-->
redheart masterpiece

Wednesday, January 7, 2015

Bila Ringgit Malaysia jatuh, (PRO&CONTRA)

ok hari ni terasa nak ajet ajet pakar ekonomi sikit (ajet-ajet bajet sungguh)..

     So aq pun tak tahu gambar kat sebelah ni bila punya.. Kalau tak silap Nilai ringgit berbanding US Dolar pd 11Jan2015 adalah bersamaan RM3.56 utk setiap US Dolar (Wooowweeee).. Cukup-cukup la tu jatuhnya, kang tergolek pula.
     Ada banyak faktor kenapa nilai Ringgit Malaysia jatuh sampai mcm tu skali.. Ni la keburukan kalau guna Matawang jika dibandingkan dgn Wang (sila bezakan :p) .. Jom pakai Wang Sunni :)


FAKTOR KEJATUHAN NILAI RINGGIT
  1. Melihatkan pertumbuhan eksport mula perlahan sekurang-kurangnya selama satu tahun berdasarkan data Julai tahun 2014 ini
  2. Inflasi Malaysia sudah hampir kepada paras tertinggi pada tempoh 3 tahun terakhir ini berdasarkan data Ogos 2014
  3. Hutang isi rumah di Malaysia tertinggi di Asia
     Jadi agak-agak ada kesan tak kat kita.. Check wallet, kira-kira semalam ada RM200, hari ni pun (tak jatuh pun haha)..

     Antara kesan nya :
  • Harga barang naik (terutama barang yg diimport)  https://www.facebook.com/janjidicapatipage/posts/539109212828545
  • Kuasa beli pengguna menurun (terutama p melancong ke negara maju)  http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/09/kesan-kejatuhan-nilai-rm-dan-kenaikkan.html
  • Pendapatan boleh guna menurun (bila barang mulai naik, gaji had tu juga)



Nak elak dah tak boleh.. Nak lari pun tak mampu.. So mari kita tanganinya huhu.. Dengan kejatuhan nilai ringgit ni ada juga kebaikannya.. Contohnya, aktiviti mengeksport mungkin meningkat disebabkan currency kita yg rendah berbanding currency negara mereka..

   

     So idea lain yg boleh kita buat adalah dengan mengambil peluang dgn kedatangan pelancong asing (semua dok pakat datang Malaysia).. Mana tidaknya bila tukar ke Ringgit Malaysia, diorang leh jadi jutawan (bezakan tinggi nilainya dgn besar angkanya :p)
     Contoh orang kuwait dtg Malaysia bawak RM1000 je (1 KWD : RM12.13) jadi bila dia tukar duit Malaysia boleh cecah RM12132 (masyuuuuukkkkkk)



 Tengok Mat Saleh sebelah ni, suka beno makan durian... So apa lagi buka la business yg ada kaitan dgn pelancongan.. Wat agensi pelancongan ke.. Deal dgn mana2 hotel, homestay, restaurant.. P bawak Mat Salleh ni jalan2 satu Malaysia (Bawak p kebun getah pun diorang suka haha, main upih)


Sekian, itu je perkongsian yg tak seberapa.. Jagan marahhh ya :) 

Penat Menaip Oleh Unknown Tepat Jam 12:30 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Information & knowledge

Thursday, January 1, 2015

Bila Minyak Petrol Turun Harga........

ASSALAMUALAIKUM.....


Ni apa nak jadi ni.. Nak sgt minyak turun (nah amik kau) hahaha.

     Tak lama LagI makin sesak la jalan raya aq rasa.. Semua dok pakat beli kereta ni.. Ditambah dgn pengeluaran kereta yg bersepah-sepah dan harga yg makin murah skrg an.


 So gambar kat bawah ni merupakan harga baru petrol di Malaysia menjelang Jan2015 :


     Tapi tak sangka plak harga RON97 pun turun banyak tu juga.. Gila2 jatuh harga minyak dunia.. Kalau tak silap, mungkin akan turun lagi (mungkin).. Kalau di bandingkan la kan, antara RON95 dgn RON97 tak jauh beza mana pun (lagi jimat pakai RON97 kot).. Beza 20 sen selitar tp apa yg kita tahu RON97 lebih berkualiti, perjalanan lebih jauh & bagus utk enjin juga.. So why not an (jgn ckp aq org kaya pakai RON97 plak eh huhu)

     Tapi tapi tapi jgn suka sgt minyak turun ni.. Jangan lupa negara kita antara negara pengeksport minyak dunia tau.. Nak tak nak kesannya kita terima.. Kejatuhan harga Ringgit Malaysia pun mungkin disebabkan kejatuhan harga minyak dunia (Kemungkinan besar).. Dan paling tak bestnya, harga minyak turun dah, harga barang bila lagi.. Dulu harga minyak naik 20 sen, harga barang naik seringgit.. Sekarang turun 35sen senyap jeeeee   (Mana letaknya etika & kejujuran dlm berniaga?)



     Wahai peniaga-peniaga memang kami tak dipaksa untuk beli tapi nak tak nak kami kena beli, lebih-lebih lagi keperluan asas (Mungkin kena tanam padi, bela lembu sendiri lepas ni).. Bukan apa tak boleh, sebab mu dok naik harga, gaji kami had tu juga.. Maka secara relatifnya gaji boleh guna kami menurun (faham tak? :p)
     Jadi aq merasakan realiti memang sukar dijangka.. Walau minyak turun sekalipun, peniaga tetap naik minyak.. Semoga Allah permudahkan segalanya.. Masa depan yg kelihatan sukar utk ditempoh.. Bakal menamatkan zaman-zaman remaja ku di universiti.. Apa agaknya profesion aq nanti (Tertanya-tanya :p)
Penat Menaip Oleh Unknown Tepat Jam 12:00 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Information & knowledge
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

nRelate - Posts and Homepage

About Me

Unknown
View my complete profile

Followers

senarai catatan

  • Pasal aq (15)
  • koleksi cerpenku (13)
  • lucu kah? (9)
  • Information & knowledge (5)
  • Puisi (5)
  • Mutiara Jiwa (3)
  • Tips kesihatan dan kehidupan (3)
  • Fakta ke Auta (1)
  • Ilmu Islam (1)

Chat Box

Blog Archive

  • ►  2011 (6)
    • ►  August (2)
    • ►  October (2)
    • ►  November (1)
    • ►  December (1)
  • ►  2012 (32)
    • ►  January (1)
    • ►  March (3)
    • ►  April (3)
    • ►  May (9)
    • ►  June (1)
    • ►  July (5)
    • ►  August (1)
    • ►  September (1)
    • ►  October (6)
    • ►  November (1)
    • ►  December (1)
  • ►  2013 (7)
    • ►  January (2)
    • ►  April (1)
    • ►  May (1)
    • ►  June (1)
    • ►  July (1)
    • ►  October (1)
  • ►  2014 (5)
    • ►  August (4)
    • ►  November (1)
  • ▼  2015 (5)
    • ▼  January (2)
      • Bila Minyak Petrol Turun Harga........
      • Bila Ringgit Malaysia jatuh, (PRO&CONTRA)
    • ►  June (1)
    • ►  July (1)
    • ►  August (1)
  • ►  2016 (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (1)
    • ►  June (1)


ButtonBeats.com
Manchester City
Theme images by dem10. Powered by Blogger.
ALL RIGHT RESERVE BELONGS TO REDHEART MASTERPIECE