-->
redheart masterpiece

Monday, August 8, 2011

CORETAN HATI INSAN BERGELAR LELAKI!!

     8 ogos 2011

Hari ini merupakan hari pertama aku menulis blog. Hari ini juga blog ini tercipta dengan jayanya (sedikit bangga lah aha) dan dirasmikan oleh En Redheart awal (aku lah tu).
     Nama aku mokhtar (bukan nama sebenar). Nama gelaran aku redheart awal, emm tak tahulah kenapa dalam berjuta nama(bukan berjuta impian eh) tapi nama ni yang patut aku pilih. Kalau korang tanya aku lah apa maknanya, emm maknanya lebih baik lupakan sahaja niat korang tu sebab aku pun tak tahu sebab musababnya aku memperdagangkan nama tersebut di hati korang hahaha (aku rasa kelakar). Apa ? pelik?? Aku mampu melemparkan kasut saiz 10 1/2  inci tepat ke rongga mulut korang (walaupun tengah puasa yang-yang yok pagi-pagi buka periuk) jika ada yang mengatakan nama tu pelik bebeno. Tapi tapi aku cukup bangga bagaikan teringin menyarung jersi kebangsaan (tak ada kene mengene antara yang hidup atau yang mati) jika ada yang mengatakan nama tersebut unik. Yeah aku pun merasakan nama itu unik (agak perasan yang teramat). Aku harap kepada sesiapa yang sedang membaca atau bakal membacanya diharapkan buat persiapan seperti baldi mahupun beg plastik. Sekurang-kurangnya aku dah beri amaran dengan kegiatan aku yang poyo lagi perasantan ni uhuhu.
     Sebenarnya bukanlah tujuan asal aku menulis blog ini untuk membahaskan apatah lagi memperdebat dan memperhebat namo gelaran aku yang cukup masyhur tersebut. Walaupun agak melencong  360 darjah dari tujuan asal aku menulis blog ini namun sekurang-kurangnya korang tahu lah serba sedikit kan tentang aku. Tak gitu??.
     Usia aku kini menjangkau 19 tahun 4 bulan ?? hari, kira remaja la kan.. tapi aku bukan nak cerita pasal hidup aku yang sekarang. Yang sekarang nak buat apa dah hancur. Lebih baik aku cerita pengalaman hidup aku. Ya ya ya, itulah tujuan aku, mana lah tahu aku dapat kaji kelemahan, kekuatan mahupun aku leh belajar sesuatu. Korang setuju?? Kalau setuju yeah kira bagus tapi kalau tidak “get out from my blog” (sekadar bergurau walaupun agak kasar). Tapi sebelum aku kongsi  pengalaman hidup aku yang yang tak menarik ni, aku nak tanya kepada sesiapa yang pernah bercinta atau still tengah hangat le dikatakan “sejauh mana cinta leh wat kita bahagia?”. Yang tak pernah tu diam je lah!!, buat-buat macam tak pernah baca blog ni hehehe gurau je, leh gak kalau nak kongsi (bukan filem r). Lagi dialu-alukan.
     Aku tak paham apa yang dimaksudkan dengan cinta sehingga diagung-agungkan menjadi sebuah karya terulung mahupun teragung seperti karya Shakespears, A.Samad Said dan redheart awal (ada kerr??? Ada aku kisah). Dan disebabkan aku ingin memahami apa itu cintalah maka blog ini tercipta, peh teruja tak haha. Yeah itu lah matlamat misi serta visi aku tulis blog ni, bukan nak cari glamour yup. Siapa lah yang tergomak berkata sedimikian memang sedara kiah propar la tu. Tulis jurnal dalam blog sesuatu yang glamour? Owh oh woo baru aku tahu sekarang. Korang ingat aku kisah ke pasal tu (hakikatnya aku kisah juga. Ngeee!)
     Berbalik kepada tujuan jurnal ni, aku nak cerita kat korang semua kisah hidup aku dari sebelum aku dipertemukan dengan cinta dan pengakhiran kisah cinta aku. Kira macam flashback lah ni. Korang percaya tak aku dulu trauma pada perempuan. Masa itu aku masih di bangku sekolah, kalau kat bangku umah tengah lepak-lepak sah sah kene hambat dek  abah den sebab tak pergi sekolah. Dasyat-dasyat. Apa yang dasyat? Dasyat r bapak aku wat larian marathon keliling rumah diselang-selikan dengan adegan wrestling antara abah dan aku. Kompom le abah aku menang, nak jadi anak derhaka ke apa. Masa tu aku baru tingkatan 3 dan aku still tak tahu apa tu cinta, cinta?? Kuih ke? Agagaga. Cuma tahu ia wujud tapi tak pernah merasainya. Macam mana nak merasainya atau mengalaminya sedangkan menghampiri seorang wanita seperti menghampiri sakaratul mauuuttt( perumpamaan yang agak melampau agaknya). Paling lama aku bercakap dengan wanita hanyalah setakat 3 minit rekod yang dicatatkan tapi masih tak bertentang mata. Pernah sekali seorang perempuan yang agak cun kat kelas ???? (lupa sudah nama kelas tu) minta aku ajar kan matematik, peh aku pun pergi kat meja dia lalu dengan pantas mengambil sebatang pen di atas mejanya. Namun tanpa dipinta tangan aku menggigil secara tiba-tiba. Nak tahu apa awek cun tu cakap ?? . aweks itu pun berkata “ takkan tengok aku pun menggigil hahaha?”. Apa macam ? ada segan?. Mana tak segannya kalau dia bersama kawan-kawan dia yang lain mentertawakan aku tanpa henti seperti  cas internet per KB hahaha.
     Ok lah korang semua, aku dah penat menaip dari tadi dan aku rasa aku dah cukup membebel panjang hari ini. Jumpe esok.
     Daaa~~~ !
Penat Menaip Oleh Unknown Tepat Jam 2:18 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Pasal aq

1 comment:

  1. yanaMarch 17, 2012 at 12:45 AM

    haha 'ketawa tnpa henti mcm cas internet per kb'?? kretif la ko ~(‾▽‾)♥(‾⌣‾)~

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Salam Ukhuwah .
Terima Kasih Sudi Singgah .
Do Come Again . :)

Newer Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

nRelate - Posts and Homepage

About Me

Unknown
View my complete profile

Followers

senarai catatan

  • Pasal aq (15)
  • koleksi cerpenku (13)
  • lucu kah? (9)
  • Information & knowledge (5)
  • Puisi (5)
  • Mutiara Jiwa (3)
  • Tips kesihatan dan kehidupan (3)
  • Fakta ke Auta (1)
  • Ilmu Islam (1)

Chat Box

Blog Archive

  • ▼  2011 (6)
    • ▼  August (2)
      • CORETAN HATI INSAN BERGELAR LELAKI!!
      • tuesday
    • ►  October (2)
    • ►  November (1)
    • ►  December (1)
  • ►  2012 (32)
    • ►  January (1)
    • ►  March (3)
    • ►  April (3)
    • ►  May (9)
    • ►  June (1)
    • ►  July (5)
    • ►  August (1)
    • ►  September (1)
    • ►  October (6)
    • ►  November (1)
    • ►  December (1)
  • ►  2013 (7)
    • ►  January (2)
    • ►  April (1)
    • ►  May (1)
    • ►  June (1)
    • ►  July (1)
    • ►  October (1)
  • ►  2014 (5)
    • ►  August (4)
    • ►  November (1)
  • ►  2015 (5)
    • ►  January (2)
    • ►  June (1)
    • ►  July (1)
    • ►  August (1)
  • ►  2016 (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (1)
    • ►  June (1)


ButtonBeats.com
Manchester City
Theme images by dem10. Powered by Blogger.
ALL RIGHT RESERVE BELONGS TO REDHEART MASTERPIECE