-->
redheart masterpiece

Sunday, November 13, 2011

NOKTAH CINTAKU


 DIADAPTASI DARIPADA PENGALAMAN SENDIRI &IMAGINASIII 
DIKARANG OLEH MUHAMMAD SHAWAL HIIDAYAT BIN SAMIUN



SM TEKNIK JOHOR BAHRU
                              
                                                                                                       HAK CIPTA @ TERPELIHARA         




                                                                                       
NOKTAH CINTAKU



     Sinar suria memancarkan sinaran cahaya menjadikan kawasan kolam itu tampak ceria dengan suara unggas beterbangan di udara. Suasana tenang seketika. Hanya kocakan air yang mampu memecah kesunyian pada pagi yang sepi itu. Lamunan Shah tersentak dengan kehadiran deruman enjin motokar yang di pandu berhampiran kolam itu. Langit di sebelah timur laut separuh pekat dan separuh pucat menunggu waktu yang tepat untuk memuntahkan bebanannya. Shah duduk terperosok di atas timbunan batu yang sedikit berlumut memerhatikan keindahan panorama ciptaan tuhan yang maha esa. Kolam ini bagaikan rumah keduanya disaat seribu kebuntuan mendepaninya.

     “Maafkan aku Shah, aku tak dapat menerimamu”.Kata-kata itu sudah cukup membuatkan hatinya pedih bagai dihiris sembilu. Namun setelah difikirkannya dengan penuh pertimbangan memang bukan salah Rash. Rashida yang dikenalinya sebagai seorang gadis remaja yang cukup bersopan santun tak kira tua dan muda. Tudung litupnya tak pernah lekang daripada kepalanya sudah pasti akan memastikan pilihannya adalah yang terbaik. Inilah cinta pertama Shah. Shah tersenyum malu apabila memikirkannya. Tidak pernah di dalam hidupnya melafazkan kata-kata indah kepada seorang wanita yang baru dikenalinya 5 bulan lalu.
    
      Cinta bukan satu paksaan, cinta terbit dari dalam jiwa dan terus tersemat di dalam dada. Adakah kita perlu bercinta kepada orang yang kita tak suka hanya kerana untuk menjaga hatinya.  Itulah kata-kata terakhir yang diucapkan Akmal sehari selepas peristiwa itu, ketika ingin meredakan ketegangan hati Shah.

     Air di dalam kolam tiba-tiba berkocakan seperti ada seseorang yang melemparkan batu ke arah kolam tersebut. Dengan tindakan yang agak drastik, Shah menoleh ke arah belakang dan dilihatnya Akmal sedang berdiri memberikan satu senyuman lebar. Shah tahu Akmal akan mencarinya di saat dia memerlukan. Akmal lah tempatnya mengadu dan bermanja memandangkan ibu Shah telah tiada lagi didunia ini.

     Shah terkenang masa dahulunya. Ibunya telah mengalami kecelakaan setelah kereta yang dipandu ayahnya terbabas dan melanggar pembahagi jalan. Tragedi di simpang tiga itu tidak mungkin dilupakan oleh Shah dan begitu juga ayahnya yang terselamat daripada kemalangan itu. Walaubagaimanapun, ayah Shah tidak begitu waras kerana sering menyalahkan dirinya sendiri di atas kejadian ngeri itu. Kerana itulah Akmal menjadi tempatnya mengadu selain makciknya iaitu Mak Leha. Akmal seorang yang prihatin tetapi kadang-kadang kuat membebel sehingga rakan-rakan di sekolah memanggilnya dengan panggilan ‘mulut’.

     “Masih teringat lagi ?”. Akmal menyapa sambil mencari batu atau tunggul kayu untuk didudukinya.
     Shah terus membisu dan terus membatu. Tubuhnya terkaku diam seribu bahasa.Nafasnya seakan-akan tersekat di liang kerongkong dan lidahnya seperti kelu dan diam seribu bahasa. Seribu formula berlegar dimindanya mencari jalan untuk memulakan perbicaraan. Tetapi Shah perlu meluahkan jika tidak mahu duri sembilu yang mencengkam dadanya semakin menusuk.

     “Hey ! I’m your best friend. Don’t you remember ?”.
     “Ya, kau memang teman sejati aku selamanya”. Shah menjawab.
     “So, tak teringin nak kongsi cerita ?”. Akmal seakan-akan mendesak.
     “Tak ada apa-apa yang perlu dikongsikan, kau dah pun tahu segalanya”.
     “Sudahlah Shah, tak perlu dikenang pada orang yang tak sudi. Lagipun bunga bukan sekuntum. Nanti ada duit aku belikan lima kuntum”. Akmal cuba berjenaka.

     Air muka Shah sedikit tidak menunjukkan reaksi positif. Jenaka itu tidak memberi sebarang kesan kepadanya. Namun hatinya sedikit terubat dengan kehadiran Akmal disisinya. Baginya kewujudan Akmal disampingnya sudah memadai menyejukkan api gelora yang membakari jiwanya tatkala ini.

     Anak-anak ikan riang mengibaskan ekornya dalam cahaya mentari yang beransur lemah. Keriangan hati Shah tidak seriang anak-anak ikan itu dan hanya tuhan yang tahu akan seribu persoalan yang belum terungkap. Shah dan Akmal mula menyedari akan senja mula menjengahkan diri. Mereka beransur pulang namun memandangkan mereka tidak sebumbung maka terpaksalah mereka berpisah.

     Malam melabuhkan tirainya. Dingin angin menyapa tubuhnya namun tidak mampu mendinginkan hati Shah yang berdetak kencang umpama gunung berapi yang sedang meledak tanpa memuntahkan lavanya.

     Lamunan Shah terhenti setelah jarum jam yang tergantung di dinding kamarnya jelas menunjukkan jam 2 pagi. Entah jam berapa baru Shah dapat melelapkan matanya.   



BAB 2



     Suara ayam berkokok menghangatkan suasana pagi yang diharapkan Shah akan membawa sinar dan harapan baru dalam hidupnya. Tiba-tiba pintu bilik Shah diketuk dan kedengaran suara Mak Leha yang merupakan makcik Shah. Namun Mak Leha telah dianggapnya sebagai mak sendiri.

     “Shah !, bangun cepat, kau tak solat subuh ke ?”.
     “Lima minit lagi. Ngantok gilerrr ni”.
     “Ngantok kepala otak hang. Solat subuh wajib tau tak”. Bentak Mak Leha lagi.

     Shah bingkas bangun dan terus berwuduk lantas menunaikan solat subuh dua rakaat. Selesai bersolat, Shah menadah tangan ke hadrat ilahi memohon kekuatan untuk meneruskan hidup.

     Shah melangkah longlai ke tangga menuju ke bahagian dapur. Aroma dari dapur singgah sebentar ke deria penafasannya cukup membuatkan perutnya berkeroncong.

     “Masak ape hari ni, sedap je bau”. Shah memulakan perbualan.
     “Macam biasalah, nasi goreng. Macam tak biasa je ?”. Mak Leha sedikit kehairanan melihat telatah Shah yang aneh.
     “Oh, ye ke. He he he.”
     “Kenapa dengan kau ni ha. Dah macam kerang busuk je mak tengok. Ada masalah ke ?”.
     “Tak adalah mak. Kepala pening sikit”.

     Jarum jam berdetik dengan penuh kesopanan. Waktu dirasakannya seperti berhenti seketika. Dunia bagaikan mengalami tranformasi kepada dunia tanpa kebahagiaan. Shah terasa ingin menghirup udara segar di luar sana tatkala kebosanan memeluk dirinya.

     Keindahan alam tidak dirasakan begitu menerujakan. Hanya kolam itu yang mampu menarik minatnya. Lorong gelap itu disusuri selangkah demi selangkah sebelum tiba ke destinasi.

     Langkahnya terhenti tatkala kejadian tidak diduga berlaku beberapa meter daripadanya. Satu adegan peragutan ke atas seorang gadis yang berusia dalam lingkungan 20-an. Tanpa berfikir panjang, Shah terus mengejar peragut tersebut dengan langkah panjang. Kelajuannya tidak seperti biasa. Shah bagaikan atlet lumba lari berpengalaman. Setelah begitu hampir dengan peragut tersebut Shah terus menarik baju peragut tersebut. Peragut tersebut cuba melawan dengan menumbuk ke arah Shah namun serangannya dapat dipatahkan. Memandangkan Shah mempunyai kemahiran dalam ilmu persilatan maka ancaman seperti ini tidak memberi impak besar kepadanya. Akhirnya peragut terus melarikan diri namun Shah tidak mengejarnya kerana barang yang diragut ditinggalkan.

  

     “Assalammualaikum, ni beg tangan awak”
     “Terima kasih, Kalau awak tak ada tadi, tak tahu la apa yang akan terjadi”
     “Sama-sama. Lagipun saya memang nak lepaskan geram.”
     “Owh, ye ke ?. Apa kata kalau saya ajak awak makan nak tak ?”.
     “Really, ni kali pertama ada wanita yang ajak saya makan. Awak ni lelaki ke perempuan ha ?.”
     “Tentulah lah wanita. Hish awak ni . Nak ke tak ni ?.”
     “A wonderful day. But ape nama awak erk ?”.
     “Opps, lupa pula nak perkenalkan diri. Nama saya Aisyah, awak ?”.
     “Nama diberi Shahrul tapi orang panggil Shah.”  

     Mereka melangkah menuju ke arah gerai yang berhampiran. Wajah Shah kini bagaikan pelita di tengah-tengah kegelapan belantara. Seluruh unggas dan mergastua seakan-akan tidak lagi bernyawa. Dunia dan galaksi bagai hanya untuk Shah Sahaja. Jantung Shah tiba-tiba berdetak kencang. Puas sudah Shah mencari jawapan mengapa dia berkeadaan sedemikian.

     Shah mencari-cari isu perbualan yang boleh diperkatakan untuk memulakan perbicaraan. Shah memang seorang yang pemalu apatah lagi dengan wanita yang baru dikenali sebentar tadi. Shah tetap memberanikan diri untuk menyapa Aisyah.

     “Banyak duit awak belanja saya ?”.
     “Bila masa saya nak belanja awak . Ha ha ha. Gurau je la. Mane ada banyak, sekadar belanja makan boleh lah. Ni pun sebab awak tolong saya kalau tak mana mungkin. Apa-apa pun terima kasih sekali lagi”.
     “saya pun nak ucap terima kasih juga”.
     “Untuk apa?”.
     “Belanja makan”.
     “Saya belanja je awak yang bayar”. Jawab Aisyah sekadar berjenaka.

     Shah begitu seronok pada hari itu. Setiap inci permasalahan dan api kekecewaan kian terpadam. Shah bagaikan enggang yang terbang bebas di angkasa raya dengan kemunculan Aisyah seorang gadis riang yang sering mengusiknya. Mereka terus bersahabat sehingga terbitnya putik-putik asmara. Mereka akan sentiasa bersama walau kemana jua. Hanya waktu tidur yang mampu memisahkan mereka.

     Hidup Shah kini berubah dan kian bermakna. Shah bagaikan kupu-kupu malam yang terbang bebas di awangan melebarkan sayapnya tanpa sebarang halangan. Kupu-kupu malam singgah ke dahan sebentar menunggu malam seterusnya yang pastinya menghiburkan.



BAB 3


     “Hello !”. Sapa mesra Aisyah melalui talifon bimbit.
     “Hello !, ada apa call saya. Rindu ke ?”.
     “No comen. Saya nak ajak awak jalan-jalan, nak tak ?. Bosan betul terperap kat rumah.”
     “Ok. Pukul 3 nanti saya jemput awak. Tunggu tau”.
     “Baik bos. Rojer and out.”

     Deruman enjin motor memecahkan lagi suasana petang yang terik itu. Jentera Wave 125 berwarna hijau melepasi perkarangan rumah Mak Leha. Shah dengan penuh keriangan memecut enjin motornya dengan kelajuan yang maksima. Motor yang dibeli dengan titik keringatnya sendiri cukup memberi kepuasan kepada Shah. Hanya motor itulah satu-satunya aset yang Shah miliki. Hasil daripada bekerja di gerai menjual ikan bakar ketika berusia 15 tahun memang menguntungkan. Gerai itu juga yang yang mematangkan dirinya dan mengajarnya erti kepayahan seorang insan bergelar ayah mencari nafkah untuk membesarkannya.

     Shah tiba di hadapan rumah Aisyah yang tersergam indah. Cukup memukau pandangan. Rumahnya yang besar dilengkapi pelbagai kemudahan dan landskap cukup membuatkan Shah berasa ‘inferius’. Aisyah memang bukan anak calang-calang orang jika hendak dibandingkan dengan Shah.

     Gadis berkulit putih kemerahan itu kelihatan keluar dengan tertib dan sopan. Gaya manjanya sudah cukup meleburkan hati Shah seorang insan bergelar manusia. Manakan daya Shah mampu menolak pelawaan Aisyah setiap kali Aisyah mengajaknya keluar.

     “Jom !”. Shah mengajak Aisyah keluar untuk bersiar siar seperti yang dijanjikan. Hanya motor wave 125 berkuasa empat lejang yang menemani mereka sepanjang perjalanan.

     Desiran air membisik sayu ke telinga mereka. Menusukkan sedikit kebingungan kepada Aisyah namun tidak pula kepada Shah. Shah bingkas memegang jari jemari Aisyah lantas dipimpinnya ke arah belukar yang sedikit tidak menyenangkan. Mereka menyusuri belukar namun Aisyah tidak berkata sepatah pun. Aisyah tahu akan ketulusan hati shah dan sangat percaya akan Shah. Aisyah menanti penuh kesabaran.

     “Shah, tempat ni ?. cantiknya”. Aisyah kebingungan dan seakan-akan terpesona dengan keindahan kawasan kolam itu.
     “Inilah rumah keduaku, tempat yang setia mendengar celoteh dan rungutanku. Tempat ini jugalah yang bakal menjadi saksi cinta kita bakal terungkai”.

     “Saya tak mengerti apa yang Shah cuba katakan”.
     “Wajahmu lembut bagaikan sutera dan ingin sekali aku memiliki hati untuk ku curahkan kasih dan sayangku. Telah lama ku impikan gadis yang sepertimu untuk mengisi taman hatiku dengan cahaya kasih yang suci. Sudikah dikau menerima diriku”. Shah mula bermadah pujangga bagi meluahkan isi hatinya yang lama terpendam.

     Situasi di kolam itu tenang seketika. Burung-burung melabuhkan punggung  ke dahan-dahan kayu yang diselaputi dedaunan yang menghijau. Tampak tenang tetapi tidak setenang hati mereka berdua. Degupan jantung semakin kencang terutama Shah yang sedang menanti jawapan yang mampu merubah hidupnya. Shah tidak ingin sejarah lama terulang lagi. Cukuplah dia dikecewakan oleh Rashidah namun bukannya Aisyah.

     Wajah Aisyah semakin kemerahan seperti tomato yang kian masak. Aisyah memandang tepat ke mata Shah yang telihat membesar dan terkadang mengecil. Aisyah tersenyum lantas berkata “sudah lama ku tunggu kau berkata begitu. Ari ni cukup bermakna buat diriku”. Aisyah terus tersenyum sipu lantas tertunduk malu.



BAB 4



     Oh Aisyah, senyummu enggan pergi tawamu mengiringi wajahmu kuterbayang. Hadirmu dalam mimpi umpama bidadari dan hatimu akan terus tersemat dalam sanubariku.

     Seperti sediakala. Mereka akan sentiasa bersama menebarkan benih-benih cinta yang semakin mekar mewangi. Hari demi hari dilalui . Hampir 3 penggal mereka bersama.

     Pagi ahad itu, Akmal mempelawa Shah untuk menonton wayang. Shah bersetuju lantas bersiap-siap dan menyarung pakaian yang kemas. Cukup harum wangian yang dipakainya. Mereka sangat terhibur dengan filem yang ditonton. Filem ‘Harry Potter’ memang filem kegemaran mereka dan jarang mengecewakan mereka.

     Selesai menonton Akmal meminta diri untuk pulang dahulu kerana ada urusan di rumah. Shah terus berjalan keluar daripada panggung wayang terus menjauhi Akmal. Motorsikalnya terus menuju ke salah sebuah gerai. Perutnya tidak begitu lapar tetapi entah mengapa hatinya terpanggil untuk singgah ke situ.

     Shah terus teringatkan Aisyah yang tidak dapat ikut mereka menonton wayang kerana ada urusan. Urusan apa tidak pula diketahui Shah.

     Matanya terpana dengan tiba-tiba. Satu babak yang cukup menghiris hatinya. Namun kali ini Shah bukan lagi di alam fantasi. Shah menampar-nampar pipinya mengharapkan ini bukan satu realiti.

     Adakah aku bermimpi. Desisnya di dalam hati. Pancainderanya terus setia menjadi pemerhati. Midanya berputar ligat seperti gasing mencari jawapan kepada seribu persoalan.

     Seorang pemuda sedang merayu-rayu dan hampir sahaja melutut menyembah bumi kepada seorang gadis yang cukup Shah kenalinya. Namun rayuannya tidak dihiraukan gadis itu walau sedetik pun.

     Dalam tanda tanya itu, Shah melihat akan linangan air mata yang menitis dari kelopak mata Aisyah yang kian membanjiri pipi kanannya. Setitis demi setitis bagaikan embun di pagi hari.

     Shah memberanikan diri untuk merapati mereka.
     “Drama tak habis lagi ke?”. Sindir Shah.
     “Kau ni sapa pula ?. Ini masalah kitorang. Kau orang luar jangan sesekali masuk campur”.
     “Apa kau cakap, masalah korang. Untuk pengetahuan kau, segala yang berlaku pada Aisyah adalah urusan aku juga kerana aku teman lelaki Aisyah”.
     “Aisyah katakan kepadaku bahawa dia hanya berdusta”. Pinta pemuda tersebut meminta penjelasan.
     “Ya, memang kami ada hubungan dan diantara kita tiada lagi. Hafiz lupakanlah aku”.

  

     Shah tersentak. Nafasnya tersekat seketika di kerongkongnya dan hatinya tercalar bagai dirobek-robek binatang buas apabila mengetahui bahawa Aisyah ada hubungan dengan pemuda tersebut sebelum ini. Adakah cinta lamanya akan kembali.

     Hafiz terus pergi menjauhi mereka yang terus terkaku di situ. Cahaya mentari menghangatkan lagi suasana di gerai itu. Hafiz pergi dengan rasa kekecewaan. Harapannya punah setelah rayuannya ditolak mentah-mentah.

     Shah menyentuh bahu Aisyah lalu merenung tajam ke dalam anak matanya dengan satu pandangan yang bermakna.

     “Saya tahu apa yang Shah mahukan dan saya akan jelaskan. Lima tahun dahulu kami pernah bercinta. Hafiz hanya serpihan kenangan dalam hidup saya. Kini hanya ada awak dalam hati saya dan hati saya hanya untuk awak. Cinta buat Hafiz telah lama terkubur daripada hidup saya. Percayalah”. Aisyah cuba menjelaskan situasi sebenar dengan nada yang meyakinkan.

     Shah tenang sedikit setelah mendengar penjelasan daripada Aisyah namun sedikit rasa curiga tetap ada menghantui dirinya. Mereka berjalan seiring menuju ke arah motosikal milik Shah. Shah terus membawa Aisyah pulang ke rumahnya.



Bab 5


     Shah tersedar daripada tidur sejurus bunyi jam loceng berhenti berbunyi. Shah mendapati dirinya terlewat setelah melihat jarum tepat jam 6:45 pagi. Lantas di berwuduk dan menunaikan solat subuh yang tidak berapa khusuk kerana terkejar-kejar akan masa.

     Tiada aktiviti yang menarik dilakukan Shah pada pagi itu. Shah merasakan rumahnya kosong dan hanya penuh dengan kerinduan yang tidak tertahan. Shah menuju ke rumah Aisyah tanpa rasa segan silu. Loceng rumah banglo itu ditekannya berkali-kali namun tidak ada yang menjelmakan diri. Dalam cubaannya yang ke lapan barulah ada kelibat Aisyah di muka pintu.

     “Mak ayah awak ada ke ?.”
     “Tak ada. Semua pergi bercuti.”
     “Abang dan akak awak?”.
     “Bukan ke saya anak tunggal”.
     “Oh, ye ke, ingatkan anak tunggul”.
     “Ada aja nak kenakan saya erk !”.

     Aisyah kelihatan murung dan tidak bermaya untuk berkata-kata. Aisyah yang dulu periang dan suka mengusik terutama terhadap Shah kini tidak dapat dirasakan oleh Shah. Aisyah bagai dirasuk jin kesepian. Shah pula merindui Aisyah yang dikenali suatu masa dulu.

     Aisyah menghidangkan segelas air oren bersama sedikit makanan ringan yang dibawanya dari dapur. Air itu diteguk Shah dengan rakusnya.Akhirnya, Shah meringankan mulutnya untuk berbicara.

     “Awak ok ke ?. Awak macam ada masalah je. Mana Aisyah yang dulu”.
     “Saya ok je dan saya rasa tak ada yang aneh kat saya”.
     “Mulut memang mudah berkata tapi riak wajah awak cukup menggambarkan diri sebenar awak. Aisyah, saya bukan baru kenal awak semalam. Saya faham benar diri awak.”

     Talifon rumah Aisyah berdering dengan tiba-tiba. Aisyah bingkas mencapai ganggang talifon. Aisyah terus meletakkan ganggang talifon sejurus pemanggil mula berkata.

     Shah kian dapat meneka apa yang sedang berlaku. Kemurungan Aisyah dan punca Aisyah meletakkan ganggang talifon. Shah tidak bertanya kepada Aisyah kerana dia tahu dia akan menerima jawapan yang tidak diharapkan. Shah dapat merasakan bahawa cinta Hafiz telah kembali ke dalam dunia Aisyah.

     “Aisyah, tuluskah hatimu mencintai diriku ?. adakah cintamu satu keikhlasan atau kepalsuan ?”. Tiba-tiba sahaja Shah bersuara lagi.
     “Ya, semestinya. Kenapa tanya macam ni. Awak demam ke ari ni ?.”
     “Usah berdalih lagi Aisyah. Sampai bila mesti berselindung di sebalik kebenaran. Saya tahu awak masih cinta akan Hafiz begitu juga Hafiz. Sebab itu Hafiz telefon awak tadi kan ?”.
     “Awak ni buat lawak je. Kalau Hafiz yang talifon tadi kenapa saya letak”.
     “Sebab awak tak bodoh. Tak mungkin la awak nak berbual dengan dia depan saya. Aisyah, saya bukan budak kecil yang boleh diperbodoh macam tu je”.

    Aisyah terus membatu. Semua alasannya dapat dipatahkan dengan mudah oleh Shah. Aisyah tidak sampai hati lagi menipu Shah kerana itu juga bermakna dia terpaksa menipu dirinya sendiri. Aisyah tersepit di tengah-tengah kebuntuan permasalahan kerana hendak ditelan mati bapak, diluah mati mak, dikemam pun akan menderita dan tersiksa.

     “Maafkan saya Shah”.
     “Untuk apa maaf itu”.
     “Saya harap awak dapat menilai saya dari mata hati awak. Saya memang mencintai awak tapiiii”. Kata-katanya terputus.
     “Tapi apa ?. Awak mencintai Hafiz lebih daripada saya. Apa kurangnya saya”
     Air mata Aisyah terus berlinangan mencurah-curah bagaikan lautan tanpa sempadan. Sedu-sedan mengiringi setiap inci tangisannya.
     “Awak adalah insan yang sempurna. Awak sering buat saya ketawa dan tempayan sedih saya sering awak keringkan. Namun ini soal hati. Hati ini tidak dapat menipu dan tidak juga dapat ditipu”.
     “Saya mengerti. Tersangat mengerti. Saya tak dapat memaksa awak untuk terus berdampingan bersama saya kerana cinta bukan satu paksaan. Cinta adalah satu pengorbanan”. Shah mengakhiri kata-katanya lantas pergi meninggalkan Aisyah yang terus dirundung rasa serba salah.



BAB 6



     Syarat untuk miliki dirimu semua itu, sungguh aku tak termampu. Silap aku juga kerna jatuh cinta, insan sepertimu santun bidadari. Seharusnya aku cerminkan diriku, sebelum tirai kamar aku buka untuk mengintaimu. Bunyi radio dari rumah sebelah cukup menghiris hati Shah. Namun setiap patah lirik dihayati Shah dengan penuh penghayatan.

     Ikatan Shah dan Aisyah kian retak dan renggang walaupun sebagai seorang rakan. Mereka tidak lagi bertegur sapa jika berjumpa. Shah teringatkan kata-kata Akmal teman rapatnya, “Persahabatan memang sering berakhir dengan percintaan namun percintaan sukar berakhir dengan persahabatan”.

     Cinta pandang pertama adalah cinta suci. Cinta yang terbit dari dalam jiwa adalah cinta sejati. Ungkapan ini seolah-olah tidak bermakna lagi buat Shah. Kegelapan bagaikan menyelaputi tubuhnya. Cahaya bulan dilihatnya pudar bagai kain yang sudah luntur warnanya. Keadaan Shah begitu daif dan menyayat hati. Shah bagaikan ayam yang kematian anaknya. Makan pakainya tidak terjaga dan mandinya hanya sekadar menghilangkan daki seminggu lalu.

     Shah hanya insan biasa yang tidak terlepas melakukan dosa. Setiap dosa anak adam di muka bumi akan terampun jika benar-benar insaf namun dosa Shah kali ini mustahil sekali. Dicapainya sebuah botol berisi ubat-ubatan daripada rak almarinya. Botol yang diberi rakan sekolah satu ketika dahulu akhirnya berguna juga untuk menjadi agen pemusnah hidupnya.

     Dengan pemikiran cetek anak remaja bergelar manusia, Shah terus menyuap hampir sebotol penuh ubat tidur ke dalam mulutnya. Matanya berpinar-pinar dan Shah akhirnya rebah menyembah bumi. 




     Apabila Azan berkumandang, Mak Leha segera menuju ke kamar Shah untuk mengejutnya. Puas sudah pintu itu diketuknya berkali-kali sehingga merah tangan Mak Leha. Panggilannya juga tidak dijawab. Kebimbangan merasuk minda Mak Leha. Mak Leha terus mengambil kunci pendua dan terus membuka tombol pintu itu.

     “Astargfirullah”. Mak Leha terpaku dan terus berteriak meminta bantuan. Dilihatnya sekujur tubuh yang sangat dikenalinya terdampar di atas lantai.

     Lima belas minit kemudian ambulan pun tiba di perkarangan rumah Mak Leha cukup membuatkan orang kampung tertanya-tanya. Shah dibawa ke Hospital Muar diiringi Mak Leha dan beberapa orang kampung yang prihatin.

     Setibanya di Hospital Muar, Shah dibawa ke ruangan ICU untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Mak Leha semakin bimbang akan keadaan Shah. Walaupun Shah hanya anak saudaranya namun dia telah menganggap Shah sebagai anak kandungnya sendiri.

     Dua jam selepas Shah berada dalam wad tahanan itu akhirnya seorang doktor lelaki diiringi seorang misi wanita yang tinggi rampai merapati Mak Leha. Wajah doktor tersebut sungguh sayu. Adakah Shah tidak dapat diselamatkan. Persolan ini terus berlegar di ruang mindanya.

     “Macam mane dengan anak saya dok ?”.
     “Sebelum saya berkata tentang keadaan anak puan, izinkan saya memohon maaf jika kata-kata saya tidak menyenangkan hati puan”.
     “Kenapa dok ?. Anak saya mati ke?”. Air mata Mak Leha membasahi pipinya yang sedikit berkedut.
     “Tenang dulu puan. Anak puan dapat diselamatkan kerana Puan berjaya membawanya awal ke hospital. Namun .......”.
     “Namun ?”
     “Anak puan mengalami kecacatan fizikal. Kedua-dua belah kakinya telah lumpuh kesan daripada pengambilan pil tidur yang melebihi dos.




     
     Malam menjelmakan dirinya lagi. Shah merasakan dirinya begitu bodoh. Namun bersyukur kerana Allah masih mahu dia bertaubat. Sudah sebulan Shah menjalani hidup sebagai seorang lelaki cacat. Kerusi roda itulah yang menjadi sahabatnya kini.

     Begitu juga dengan Akmal. Akmal sering membawanya bersiar-siar ke kawasan kolam yang indah itu. Akmal kini sudah berkahwin dan hampir memperoleh seorang zuriat. Rashida yang dulu digilai Shah akhirnya ditewaskan oleh rakannya sendiri. Namun sedikitpun tidak melukakan hati Shah. Cinta Shah sudah hilang dari kamus hidupnya. Hanya cinta kepada yang hakiki yang menjadi tunjang hidupnya.

   Shah, Akmal dan Rasyida sering ke kolam itu setiap hujung minggu diwaktu ada kelapangan. Shah kini bahagia dengan hidupnya di samping rakan tercinta walaupun dia tidak lagi normal. Kolam itu bagaikan nyawa, kolam itulah hidupnya dan kolam itulah segala-galanya.  



Penat Menaip Oleh Unknown Tepat Jam 2:49 PM 3 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: koleksi cerpenku
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

nRelate - Posts and Homepage

About Me

Unknown
View my complete profile

Followers

senarai catatan

  • Pasal aq (15)
  • koleksi cerpenku (13)
  • lucu kah? (9)
  • Information & knowledge (5)
  • Puisi (5)
  • Mutiara Jiwa (3)
  • Tips kesihatan dan kehidupan (3)
  • Fakta ke Auta (1)
  • Ilmu Islam (1)

Chat Box

Blog Archive

  • ▼  2011 (6)
    • ►  August (2)
    • ►  October (2)
    • ▼  November (1)
      • NOKTAH CINTAKU
    • ►  December (1)
  • ►  2012 (32)
    • ►  January (1)
    • ►  March (3)
    • ►  April (3)
    • ►  May (9)
    • ►  June (1)
    • ►  July (5)
    • ►  August (1)
    • ►  September (1)
    • ►  October (6)
    • ►  November (1)
    • ►  December (1)
  • ►  2013 (7)
    • ►  January (2)
    • ►  April (1)
    • ►  May (1)
    • ►  June (1)
    • ►  July (1)
    • ►  October (1)
  • ►  2014 (5)
    • ►  August (4)
    • ►  November (1)
  • ►  2015 (5)
    • ►  January (2)
    • ►  June (1)
    • ►  July (1)
    • ►  August (1)
  • ►  2016 (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (1)
    • ►  June (1)


ButtonBeats.com
Manchester City
Theme images by dem10. Powered by Blogger.
ALL RIGHT RESERVE BELONGS TO REDHEART MASTERPIECE