DIKARANG
OLEH MUHAMMAD SHAWAL HIIDAYAT BIN SAMIUN
SM
TEKNIK JOHOR BAHRU
HAK
CIPTA @ TERPELIHARA
NOKTAH CINTAKU
Sinar suria memancarkan sinaran cahaya menjadikan kawasan kolam itu
tampak ceria dengan suara unggas beterbangan di udara. Suasana tenang seketika.
Hanya kocakan air yang mampu memecah kesunyian pada pagi yang sepi itu. Lamunan
Shah tersentak dengan kehadiran deruman enjin motokar yang di pandu berhampiran
kolam itu. Langit di sebelah timur laut separuh pekat dan separuh pucat
menunggu waktu yang tepat untuk memuntahkan bebanannya. Shah duduk terperosok
di atas timbunan batu yang sedikit berlumut memerhatikan keindahan panorama
ciptaan tuhan yang maha esa. Kolam ini bagaikan rumah keduanya disaat seribu
kebuntuan mendepaninya.
“Maafkan aku Shah, aku tak dapat menerimamu”.Kata-kata
itu sudah cukup membuatkan hatinya pedih bagai dihiris sembilu. Namun setelah
difikirkannya dengan penuh pertimbangan memang bukan salah Rash. Rashida yang
dikenalinya sebagai seorang gadis remaja yang cukup bersopan santun tak kira tua dan muda. Tudung litupnya tak pernah lekang daripada kepalanya sudah pasti akan
memastikan pilihannya adalah yang terbaik. Inilah cinta pertama Shah. Shah tersenyum
malu apabila memikirkannya. Tidak pernah di dalam hidupnya melafazkan kata-kata
indah kepada seorang wanita yang baru dikenalinya 5 bulan lalu.
Cinta bukan satu paksaan, cinta terbit dari dalam jiwa dan terus
tersemat di dalam dada. Adakah kita perlu bercinta kepada orang yang kita tak
suka hanya kerana untuk menjaga hatinya.
Itulah kata-kata terakhir yang diucapkan Akmal sehari selepas peristiwa itu, ketika
ingin meredakan
ketegangan hati Shah.
Air
di dalam kolam tiba-tiba berkocakan seperti ada seseorang yang melemparkan batu ke arah
kolam tersebut. Dengan tindakan
yang agak drastik, Shah menoleh ke arah belakang dan
dilihatnya Akmal sedang berdiri memberikan satu senyuman lebar. Shah tahu Akmal
akan mencarinya di saat dia memerlukan. Akmal lah tempatnya mengadu dan
bermanja memandangkan ibu Shah telah tiada lagi didunia ini.
Shah terkenang masa dahulunya. Ibunya telah mengalami kecelakaan setelah
kereta yang dipandu ayahnya terbabas dan melanggar pembahagi jalan. Tragedi di
simpang tiga itu tidak mungkin dilupakan oleh Shah dan begitu juga ayahnya yang
terselamat daripada kemalangan itu. Walaubagaimanapun, ayah Shah tidak begitu
waras kerana sering menyalahkan dirinya sendiri di atas kejadian ngeri itu.
Kerana itulah Akmal menjadi tempatnya mengadu selain makciknya iaitu Mak Leha.
Akmal seorang yang prihatin tetapi kadang-kadang kuat membebel sehingga
rakan-rakan di sekolah memanggilnya dengan panggilan ‘mulut’.
“Masih teringat lagi ?”. Akmal menyapa
sambil mencari batu atau tunggul kayu untuk didudukinya.
Shah terus membisu dan terus membatu. Tubuhnya terkaku diam seribu
bahasa.Nafasnya seakan-akan tersekat di liang kerongkong dan lidahnya seperti kelu dan diam seribu bahasa. Seribu formula berlegar dimindanya mencari jalan untuk memulakan
perbicaraan. Tetapi Shah perlu meluahkan jika tidak mahu duri sembilu yang
mencengkam dadanya semakin menusuk.
“Hey ! I’m your best friend. Don’t you
remember ?”.
“Ya, kau memang teman sejati aku selamanya”. Shah
menjawab.
“So, tak teringin nak kongsi cerita ?”. Akmal seakan-akan mendesak.
“Tak ada apa-apa yang perlu dikongsikan,
kau dah pun tahu segalanya”.
“Sudahlah Shah, tak perlu dikenang pada orang
yang tak sudi. Lagipun bunga
bukan sekuntum.
Nanti ada duit aku belikan lima kuntum”. Akmal cuba berjenaka.
Air
muka Shah sedikit tidak menunjukkan reaksi positif. Jenaka itu tidak memberi
sebarang kesan kepadanya. Namun hatinya sedikit terubat dengan kehadiran Akmal
disisinya. Baginya kewujudan Akmal disampingnya sudah memadai menyejukkan api
gelora yang membakari jiwanya tatkala ini.
Anak-anak ikan riang mengibaskan ekornya dalam
cahaya mentari yang beransur lemah. Keriangan hati Shah tidak seriang anak-anak
ikan itu dan hanya tuhan yang tahu akan seribu persoalan yang belum terungkap.
Shah dan Akmal mula menyedari akan senja mula menjengahkan diri. Mereka
beransur pulang namun memandangkan mereka tidak sebumbung maka terpaksalah
mereka berpisah.
Malam melabuhkan tirainya. Dingin angin menyapa tubuhnya namun tidak
mampu mendinginkan hati Shah yang berdetak kencang umpama gunung berapi yang
sedang meledak tanpa memuntahkan lavanya.
Lamunan Shah terhenti setelah jarum jam yang tergantung di dinding
kamarnya jelas menunjukkan jam 2 pagi. Entah jam berapa baru Shah dapat
melelapkan matanya.
BAB 2
Suara ayam berkokok menghangatkan suasana pagi yang diharapkan Shah akan
membawa sinar dan harapan baru dalam hidupnya. Tiba-tiba pintu bilik Shah
diketuk dan kedengaran suara Mak Leha yang merupakan makcik Shah. Namun Mak
Leha telah dianggapnya sebagai mak sendiri.
“Shah !, bangun cepat, kau tak solat subuh ke
?”.
“Lima minit lagi. Ngantok gilerrr ni”.
“Ngantok kepala otak hang. Solat subuh
wajib tau tak”. Bentak Mak Leha lagi.
Shah bingkas bangun dan terus berwuduk lantas menunaikan solat subuh dua
rakaat. Selesai bersolat, Shah menadah tangan ke hadrat ilahi memohon kekuatan
untuk meneruskan hidup.
Shah melangkah longlai ke tangga menuju ke bahagian dapur. Aroma dari
dapur singgah sebentar ke deria penafasannya cukup membuatkan perutnya berkeroncong.
“Masak ape hari ni, sedap je bau”. Shah
memulakan perbualan.
“Macam biasalah, nasi goreng. Macam tak biasa
je ?”. Mak Leha sedikit kehairanan melihat telatah Shah yang aneh.
“Oh, ye ke. He he he.”
“Kenapa dengan kau ni ha. Dah macam kerang
busuk je mak tengok. Ada masalah ke ?”.
“Tak adalah mak. Kepala pening sikit”.
Jarum jam berdetik dengan penuh kesopanan. Waktu dirasakannya seperti
berhenti seketika. Dunia bagaikan mengalami tranformasi kepada dunia tanpa kebahagiaan.
Shah terasa ingin menghirup udara segar di luar sana tatkala kebosanan memeluk
dirinya.
Keindahan alam tidak dirasakan begitu menerujakan. Hanya kolam itu yang
mampu menarik minatnya. Lorong gelap itu disusuri selangkah demi selangkah
sebelum tiba ke destinasi.
Langkahnya terhenti tatkala kejadian tidak diduga berlaku beberapa meter
daripadanya. Satu adegan peragutan ke atas seorang gadis yang berusia dalam
lingkungan 20-an. Tanpa berfikir panjang, Shah terus mengejar peragut tersebut
dengan langkah panjang. Kelajuannya tidak seperti biasa. Shah bagaikan atlet
lumba lari berpengalaman. Setelah begitu hampir dengan peragut tersebut Shah
terus menarik baju peragut tersebut. Peragut tersebut cuba melawan dengan
menumbuk ke arah Shah namun serangannya dapat dipatahkan. Memandangkan Shah
mempunyai kemahiran dalam ilmu persilatan maka ancaman seperti ini tidak
memberi impak besar kepadanya. Akhirnya peragut terus melarikan diri namun Shah
tidak mengejarnya kerana barang yang diragut ditinggalkan.
“Assalammualaikum, ni beg tangan awak”
“Terima kasih, Kalau awak tak ada tadi,
tak tahu la apa yang akan terjadi”
“Sama-sama. Lagipun saya memang nak
lepaskan geram.”
“Owh, ye ke ?. Apa kata kalau saya ajak
awak makan nak tak ?”.
“Really, ni kali pertama ada wanita yang
ajak saya makan. Awak ni lelaki ke perempuan ha ?.”
“Tentulah lah wanita. Hish awak ni . Nak
ke tak ni ?.”
“A wonderful day. But ape nama awak erk
?”.
“Opps, lupa pula nak perkenalkan diri. Nama
saya Aisyah, awak ?”.
“Nama diberi Shahrul tapi orang panggil
Shah.”
Mereka melangkah menuju ke arah gerai yang berhampiran. Wajah Shah kini
bagaikan pelita di tengah-tengah kegelapan belantara. Seluruh unggas dan
mergastua seakan-akan tidak lagi bernyawa. Dunia dan galaksi bagai hanya untuk
Shah Sahaja. Jantung Shah tiba-tiba berdetak kencang. Puas sudah Shah mencari
jawapan mengapa dia berkeadaan sedemikian.
Shah mencari-cari isu perbualan yang boleh diperkatakan untuk memulakan
perbicaraan. Shah memang seorang yang pemalu apatah lagi dengan wanita yang
baru dikenali sebentar tadi. Shah tetap memberanikan diri untuk menyapa Aisyah.
“Banyak duit awak belanja saya ?”.
“Bila masa saya nak belanja awak . Ha ha
ha. Gurau je la. Mane ada banyak, sekadar belanja makan boleh lah. Ni pun sebab
awak tolong saya kalau tak mana mungkin. Apa-apa pun terima kasih sekali lagi”.
“saya pun nak ucap terima kasih juga”.
“Untuk apa?”.
“Belanja makan”.
“Saya belanja je awak yang bayar”. Jawab Aisyah sekadar berjenaka.
Shah begitu seronok pada hari itu. Setiap inci permasalahan dan api
kekecewaan kian terpadam. Shah bagaikan enggang yang terbang bebas di angkasa
raya dengan kemunculan Aisyah seorang gadis riang yang sering mengusiknya.
Mereka terus bersahabat sehingga terbitnya putik-putik asmara. Mereka akan
sentiasa bersama walau kemana jua. Hanya waktu tidur yang mampu memisahkan
mereka.
Hidup Shah kini berubah dan kian bermakna. Shah bagaikan kupu-kupu malam
yang terbang bebas di awangan melebarkan sayapnya tanpa sebarang halangan.
Kupu-kupu malam singgah ke dahan sebentar menunggu malam seterusnya yang
pastinya menghiburkan.
BAB 3
“Hello !”. Sapa
mesra Aisyah melalui talifon bimbit.
“Hello !, ada apa call saya. Rindu ke ?”.
“No comen. Saya nak ajak awak jalan-jalan,
nak tak ?. Bosan betul terperap kat rumah.”
“Ok. Pukul 3 nanti saya jemput awak.
Tunggu tau”.
“Baik bos. Rojer and out.”
Deruman enjin motor memecahkan lagi suasana petang yang terik itu.
Jentera Wave 125 berwarna hijau melepasi perkarangan rumah Mak Leha. Shah
dengan penuh keriangan memecut enjin motornya dengan kelajuan yang maksima.
Motor yang dibeli dengan titik keringatnya sendiri cukup memberi kepuasan
kepada Shah. Hanya motor itulah satu-satunya aset yang Shah miliki. Hasil
daripada bekerja di gerai menjual ikan bakar ketika berusia 15 tahun memang
menguntungkan. Gerai itu juga yang yang mematangkan dirinya dan mengajarnya
erti kepayahan seorang insan bergelar ayah mencari nafkah untuk membesarkannya.
Shah tiba di hadapan rumah Aisyah yang tersergam indah. Cukup memukau
pandangan. Rumahnya yang besar dilengkapi pelbagai kemudahan dan landskap cukup
membuatkan Shah berasa ‘inferius’.
Aisyah memang bukan anak calang-calang orang jika hendak dibandingkan dengan
Shah.
Gadis berkulit putih kemerahan itu kelihatan keluar dengan tertib dan
sopan. Gaya manjanya sudah cukup meleburkan hati Shah seorang insan bergelar
manusia. Manakan daya Shah mampu menolak pelawaan Aisyah setiap kali Aisyah
mengajaknya keluar.
“Jom !”. Shah mengajak Aisyah keluar
untuk bersiar siar seperti yang dijanjikan. Hanya motor wave 125 berkuasa empat
lejang yang menemani mereka sepanjang perjalanan.
Desiran air membisik sayu ke telinga mereka. Menusukkan sedikit
kebingungan kepada Aisyah namun tidak pula kepada Shah. Shah bingkas memegang
jari jemari Aisyah lantas dipimpinnya ke arah belukar yang sedikit tidak
menyenangkan. Mereka menyusuri belukar namun Aisyah tidak berkata sepatah pun.
Aisyah tahu akan ketulusan hati shah dan sangat percaya akan Shah. Aisyah
menanti penuh kesabaran.
“Shah, tempat ni ?. cantiknya”. Aisyah
kebingungan dan seakan-akan terpesona dengan keindahan kawasan kolam itu.
“Inilah rumah keduaku, tempat yang setia mendengar celoteh dan
rungutanku. Tempat ini jugalah yang bakal menjadi saksi cinta kita bakal
terungkai”.
“Saya tak mengerti apa yang Shah cuba
katakan”.
“Wajahmu lembut bagaikan sutera dan ingin
sekali aku memiliki hati untuk ku curahkan kasih dan sayangku. Telah lama ku
impikan gadis yang sepertimu untuk mengisi taman hatiku dengan cahaya kasih
yang suci. Sudikah dikau menerima diriku”. Shah mula bermadah pujangga bagi meluahkan isi hatinya
yang lama terpendam.
Situasi di kolam itu tenang seketika. Burung-burung melabuhkan punggung ke dahan-dahan kayu yang diselaputi dedaunan
yang menghijau. Tampak tenang tetapi tidak setenang hati mereka berdua. Degupan
jantung semakin kencang terutama Shah yang sedang menanti jawapan yang mampu
merubah hidupnya. Shah tidak ingin sejarah lama terulang lagi. Cukuplah dia
dikecewakan oleh Rashidah namun bukannya Aisyah.
Wajah Aisyah semakin kemerahan seperti tomato yang kian masak. Aisyah
memandang tepat ke mata Shah yang telihat membesar dan terkadang mengecil.
Aisyah tersenyum lantas berkata “sudah
lama ku tunggu kau berkata begitu. Ari ni cukup bermakna buat diriku”. Aisyah terus tersenyum sipu lantas
tertunduk malu.
BAB 4
Oh
Aisyah, senyummu enggan pergi tawamu mengiringi wajahmu kuterbayang. Hadirmu
dalam mimpi umpama bidadari dan hatimu akan terus tersemat dalam sanubariku.
Seperti sediakala. Mereka akan sentiasa bersama menebarkan benih-benih
cinta yang semakin mekar mewangi. Hari demi hari dilalui . Hampir 3 penggal
mereka bersama.
Pagi ahad itu, Akmal mempelawa Shah untuk menonton wayang. Shah
bersetuju lantas bersiap-siap dan menyarung pakaian yang kemas. Cukup harum
wangian yang dipakainya. Mereka sangat terhibur dengan filem yang ditonton.
Filem ‘Harry Potter’ memang filem
kegemaran mereka dan jarang mengecewakan mereka.
Selesai menonton Akmal meminta diri untuk pulang dahulu kerana ada
urusan di rumah. Shah terus berjalan keluar daripada panggung wayang terus
menjauhi Akmal. Motorsikalnya terus menuju ke salah sebuah gerai. Perutnya
tidak begitu lapar tetapi entah mengapa hatinya terpanggil untuk singgah ke
situ.
Shah terus teringatkan Aisyah yang tidak dapat ikut mereka menonton
wayang kerana ada urusan. Urusan apa tidak pula diketahui Shah.
Matanya terpana dengan tiba-tiba. Satu babak yang cukup menghiris
hatinya. Namun kali ini Shah bukan lagi di alam fantasi. Shah menampar-nampar
pipinya mengharapkan ini bukan satu realiti.
Adakah aku bermimpi. Desisnya di dalam hati. Pancainderanya terus setia
menjadi pemerhati. Midanya berputar ligat seperti gasing mencari jawapan kepada
seribu persoalan.
Seorang pemuda sedang merayu-rayu dan hampir sahaja melutut menyembah
bumi kepada seorang gadis yang cukup Shah kenalinya. Namun rayuannya tidak
dihiraukan gadis itu walau sedetik pun.
Dalam tanda tanya itu, Shah melihat akan linangan air mata yang menitis
dari kelopak mata Aisyah yang kian membanjiri pipi kanannya. Setitis demi
setitis bagaikan embun di pagi hari.
Shah memberanikan diri untuk merapati mereka.
“Drama tak habis lagi ke?”. Sindir Shah.
“Kau ni sapa pula ?. Ini masalah kitorang.
Kau orang luar jangan sesekali masuk campur”.
“Apa kau cakap, masalah korang. Untuk pengetahuan
kau, segala yang berlaku pada Aisyah adalah urusan aku juga kerana aku teman
lelaki Aisyah”.
“Aisyah katakan kepadaku bahawa dia hanya
berdusta”. Pinta pemuda tersebut meminta penjelasan.
“Ya, memang kami ada hubungan dan diantara
kita tiada lagi. Hafiz lupakanlah aku”.
Shah tersentak. Nafasnya tersekat seketika di kerongkongnya dan hatinya
tercalar bagai dirobek-robek binatang buas apabila mengetahui bahawa Aisyah ada
hubungan dengan pemuda tersebut sebelum ini. Adakah cinta lamanya akan kembali.
Hafiz terus pergi menjauhi mereka yang terus terkaku di situ. Cahaya
mentari menghangatkan lagi suasana di gerai itu. Hafiz pergi dengan rasa
kekecewaan. Harapannya punah setelah rayuannya ditolak mentah-mentah.
Shah menyentuh bahu Aisyah lalu merenung tajam ke dalam anak matanya
dengan satu pandangan yang bermakna.
“Saya tahu apa yang Shah mahukan dan saya
akan jelaskan. Lima tahun dahulu kami pernah bercinta. Hafiz hanya serpihan
kenangan dalam hidup saya. Kini hanya ada awak dalam hati saya dan hati saya
hanya untuk awak. Cinta buat Hafiz telah lama terkubur daripada hidup saya.
Percayalah”. Aisyah cuba menjelaskan situasi sebenar dengan nada yang
meyakinkan.
Shah tenang sedikit setelah mendengar penjelasan daripada Aisyah namun
sedikit rasa curiga tetap ada menghantui dirinya. Mereka berjalan seiring
menuju ke arah motosikal milik Shah. Shah terus membawa Aisyah pulang ke
rumahnya.
Bab 5
Shah tersedar daripada tidur sejurus bunyi jam loceng berhenti berbunyi.
Shah mendapati dirinya terlewat setelah melihat jarum tepat jam 6:45 pagi.
Lantas di berwuduk dan menunaikan solat subuh yang tidak berapa khusuk kerana
terkejar-kejar akan masa.
Tiada aktiviti yang menarik dilakukan Shah pada pagi itu. Shah merasakan
rumahnya kosong dan hanya penuh dengan kerinduan yang tidak tertahan. Shah
menuju ke rumah Aisyah tanpa rasa segan silu. Loceng rumah banglo itu
ditekannya berkali-kali namun tidak ada yang menjelmakan diri. Dalam cubaannya
yang ke lapan barulah ada kelibat Aisyah di muka pintu.
“Mak ayah awak ada ke ?.”
“Tak ada. Semua pergi bercuti.”
“Abang dan akak awak?”.
“Bukan ke saya anak tunggal”.
“Oh, ye ke, ingatkan anak tunggul”.
“Ada aja nak kenakan saya erk !”.
Aisyah kelihatan murung dan tidak bermaya untuk berkata-kata. Aisyah
yang dulu periang dan suka mengusik terutama terhadap Shah kini tidak dapat
dirasakan oleh Shah. Aisyah bagai dirasuk jin kesepian. Shah pula merindui
Aisyah yang dikenali suatu masa dulu.
Aisyah menghidangkan segelas air oren bersama sedikit makanan ringan
yang dibawanya dari dapur. Air itu diteguk Shah dengan rakusnya.Akhirnya, Shah
meringankan mulutnya untuk berbicara.
“Awak ok ke ?. Awak macam ada masalah je.
Mana Aisyah yang dulu”.
“Saya ok je dan saya rasa tak ada yang
aneh kat saya”.
“Mulut memang mudah berkata tapi riak
wajah awak cukup menggambarkan diri sebenar awak. Aisyah, saya bukan baru kenal
awak semalam. Saya faham benar diri awak.”
Talifon rumah Aisyah berdering dengan
tiba-tiba. Aisyah bingkas mencapai ganggang talifon. Aisyah terus meletakkan
ganggang talifon sejurus pemanggil mula berkata.
Shah kian dapat meneka apa yang sedang berlaku. Kemurungan Aisyah dan
punca Aisyah meletakkan ganggang talifon. Shah tidak bertanya kepada Aisyah
kerana dia tahu dia akan menerima jawapan yang tidak diharapkan. Shah dapat
merasakan bahawa cinta Hafiz telah kembali ke dalam dunia Aisyah.
“Aisyah, tuluskah hatimu mencintai diriku
?. adakah cintamu satu keikhlasan atau kepalsuan ?”. Tiba-tiba sahaja Shah
bersuara lagi.
“Ya, semestinya. Kenapa tanya macam ni.
Awak demam ke ari ni ?.”
“Usah berdalih lagi Aisyah. Sampai bila
mesti berselindung di sebalik kebenaran. Saya tahu awak masih cinta akan Hafiz
begitu juga Hafiz. Sebab itu Hafiz telefon awak tadi kan ?”.
“Awak ni buat lawak je. Kalau Hafiz yang
talifon tadi kenapa saya letak”.
“Sebab awak tak bodoh. Tak mungkin la awak
nak berbual dengan dia depan saya. Aisyah, saya bukan budak kecil yang boleh
diperbodoh macam tu je”.
Aisyah terus membatu. Semua alasannya dapat dipatahkan dengan mudah oleh
Shah. Aisyah tidak sampai hati lagi menipu Shah kerana itu juga bermakna dia
terpaksa menipu dirinya sendiri. Aisyah tersepit di tengah-tengah kebuntuan
permasalahan kerana hendak ditelan mati bapak, diluah mati mak, dikemam pun
akan menderita dan tersiksa.
“Maafkan saya Shah”.
“Untuk apa maaf itu”.
“Saya harap awak dapat menilai saya dari
mata hati awak. Saya memang mencintai awak tapiiii”. Kata-katanya terputus.
“Tapi apa ?. Awak mencintai Hafiz lebih
daripada saya. Apa kurangnya saya”
Air
mata Aisyah terus berlinangan mencurah-curah bagaikan lautan tanpa sempadan.
Sedu-sedan mengiringi setiap inci tangisannya.
“Awak adalah insan yang sempurna. Awak
sering buat saya ketawa dan tempayan sedih saya sering awak keringkan. Namun
ini soal hati. Hati ini tidak dapat menipu dan tidak juga dapat ditipu”.
“Saya mengerti. Tersangat mengerti. Saya tak
dapat memaksa awak untuk terus berdampingan bersama saya kerana cinta bukan
satu paksaan. Cinta adalah satu pengorbanan”. Shah mengakhiri kata-katanya
lantas pergi meninggalkan Aisyah yang terus dirundung rasa serba salah.
BAB 6
Syarat untuk miliki dirimu semua itu, sungguh aku tak termampu. Silap
aku juga kerna jatuh cinta, insan sepertimu santun bidadari. Seharusnya aku
cerminkan diriku, sebelum tirai kamar aku buka untuk mengintaimu. Bunyi radio
dari rumah sebelah cukup menghiris hati Shah. Namun setiap patah lirik dihayati
Shah dengan penuh penghayatan.
Ikatan Shah dan Aisyah kian retak dan renggang walaupun sebagai seorang
rakan. Mereka tidak lagi bertegur sapa jika berjumpa. Shah teringatkan
kata-kata Akmal teman rapatnya, “Persahabatan
memang sering berakhir dengan percintaan namun percintaan sukar berakhir dengan
persahabatan”.
Cinta pandang pertama adalah cinta suci. Cinta yang terbit dari dalam
jiwa adalah cinta sejati. Ungkapan ini seolah-olah tidak bermakna lagi buat
Shah. Kegelapan bagaikan menyelaputi tubuhnya. Cahaya bulan dilihatnya pudar
bagai kain yang sudah luntur warnanya. Keadaan Shah begitu daif dan menyayat
hati. Shah bagaikan ayam yang kematian anaknya. Makan pakainya tidak terjaga
dan mandinya hanya sekadar menghilangkan daki seminggu lalu.
Shah hanya insan biasa yang tidak terlepas melakukan dosa. Setiap dosa
anak adam di muka bumi akan terampun jika benar-benar insaf namun dosa Shah
kali ini mustahil sekali. Dicapainya sebuah botol berisi ubat-ubatan daripada
rak almarinya. Botol yang diberi rakan sekolah satu ketika dahulu akhirnya
berguna juga untuk menjadi agen pemusnah hidupnya.
Dengan pemikiran cetek anak remaja bergelar manusia, Shah terus menyuap
hampir sebotol penuh ubat tidur ke dalam mulutnya. Matanya berpinar-pinar dan
Shah akhirnya rebah menyembah bumi.
Apabila Azan berkumandang, Mak Leha segera menuju ke kamar Shah untuk
mengejutnya. Puas sudah pintu itu diketuknya berkali-kali sehingga merah tangan
Mak Leha. Panggilannya juga tidak dijawab. Kebimbangan merasuk minda Mak Leha.
Mak Leha terus mengambil kunci pendua dan terus membuka tombol pintu itu.
“Astargfirullah”.
Mak Leha terpaku dan terus berteriak meminta bantuan. Dilihatnya sekujur tubuh
yang sangat dikenalinya terdampar di atas lantai.
Lima belas minit kemudian ambulan pun tiba di perkarangan rumah Mak Leha
cukup membuatkan orang kampung tertanya-tanya. Shah dibawa ke Hospital Muar
diiringi Mak Leha dan beberapa orang kampung yang prihatin.
Setibanya di Hospital Muar, Shah dibawa ke ruangan ICU untuk mendapatkan
rawatan selanjutnya. Mak Leha semakin bimbang akan keadaan Shah. Walaupun Shah
hanya anak saudaranya namun dia telah menganggap Shah sebagai anak kandungnya
sendiri.
Dua
jam selepas Shah berada dalam wad tahanan itu akhirnya seorang doktor lelaki
diiringi seorang misi wanita yang tinggi rampai merapati Mak Leha. Wajah doktor
tersebut sungguh sayu. Adakah Shah tidak dapat diselamatkan. Persolan ini terus
berlegar di ruang mindanya.
“Macam mane dengan anak saya dok ?”.
“Sebelum saya berkata tentang keadaan anak
puan, izinkan saya memohon maaf jika kata-kata saya tidak menyenangkan hati
puan”.
“Kenapa dok ?. Anak saya mati ke?”. Air mata Mak Leha membasahi pipinya yang sedikit berkedut.
“Tenang dulu puan. Anak puan dapat
diselamatkan kerana Puan berjaya membawanya awal ke hospital. Namun .......”.
“Namun ?”
“Anak puan mengalami kecacatan fizikal.
Kedua-dua belah kakinya telah lumpuh kesan daripada pengambilan pil tidur yang
melebihi dos.
Malam menjelmakan dirinya lagi. Shah merasakan dirinya begitu bodoh.
Namun bersyukur kerana Allah masih mahu dia bertaubat. Sudah sebulan Shah
menjalani hidup sebagai seorang lelaki cacat. Kerusi roda itulah yang menjadi
sahabatnya kini.
Begitu juga dengan Akmal. Akmal sering membawanya bersiar-siar ke
kawasan kolam yang indah itu. Akmal kini sudah berkahwin dan hampir memperoleh
seorang zuriat. Rashida yang dulu digilai Shah akhirnya ditewaskan oleh
rakannya sendiri. Namun sedikitpun tidak melukakan hati Shah. Cinta Shah sudah
hilang dari kamus hidupnya. Hanya cinta kepada yang hakiki yang menjadi tunjang
hidupnya.
Shah,
Akmal dan Rasyida sering ke kolam itu setiap hujung minggu diwaktu ada
kelapangan. Shah kini bahagia dengan hidupnya di samping rakan tercinta
walaupun dia tidak lagi normal. Kolam itu bagaikan nyawa, kolam itulah hidupnya
dan kolam itulah segala-galanya.
tahniah . best . bley jd penulis nihhh .
ReplyDelete~~dalam hati ade taman..~~
ReplyDeletetacing siot citer,bgenang air mata..huhu..takziah..law jodoh ta kemane,sabar yee~
ReplyDelete