Kehangatan
mentari mula dirasai tatkala suria pagi menerpa masuk tanpa segan silu ke
ruangan kamarnya lalu menjamah sebahagian daripada tubuhnya. Namun sedikit pun
kamal tidak berganjak dari tempat tidurnya. Tiada apa yang mampu mengganggu
lenanya walaupun 7 buah jam loceng sudah penat berdering mengikut alunan dan
iramanya kecuali....
“Kamaalll ,engkau asyik membuta je keje ko
ye, itulah malam tido lambat, balik
tengah malam buta pulak tu. Majalah 3 cakap Kelawar pun dah tak keluar
malam ko twu. Hish apa nak jadi dengan dengan anak aku yang seorang ni agaknya!.”
3 minit kemudian.....
“Ya allah budak niii. Penat mulut aq
membebel dia tak dengo juga. Idup agi ke dak budak ni. Kamal, kamal oi !.
Bangun lah tolong-tolong mak ni kat dapur ke,sapu sampah tak pun buang sampah
cukuplah.”
“Hmmm, jap lah mak, pagi masih muda”
Kamal cuba memberi alasan untuk terus lena di pembaringannya.
“A’ah pagi masih muda tapi ko tu makin
tua, bila nak berubah hah?. Cuba dijengok jam tu dulu dah kul bape. Ada ke pagi
lagi”.
“Kul 12 mak”
dengan selamba Kamal menjawab tanpa ada perasaan bersalah.
“Em, patutlah SPM teruk”.
“Eh ehh. Apa kene mengene mak SPM dengan
kul 12. Owh patutlah Kamal gagal SPM erk mak erk”.
“Apa
kena mengena dengan ko ea. Memang kena la dengan kau tu. Mak nak tanya, jam 12
tu pagi ke tengah hari?” leter Pn Aisyah lagi.
“Hahahaha”.
Pn Aisyah terus beredar dari bilik anaknya
itu kerana sudah letih meleteri anak
tunggalnya yang degil itu, itulah satu-satunya nak yang dia miliki. Sementara
Kamal bingkas bangun kerana menyedari bahawasanya perutnya perlu diisi kerana
dendangan khas lagu keroncong semakin jelas kedengaran. Tetapi sebelum itu
Kamal mandi dahulu dan bersiap-siap dengan baju yang baru dibelinya 2 minggu
yang lepas.
Selesai sahaja baju dan seluar di sarung
ke tubuhnya, perfume dan deodorant jenama dashing cool berharga lingkungan RM35
setiap satu yang hampir kering cecair di dalamnya disembur laju bagi memberikan
sedikit keharuman yang dapat menyerlahkan kejantanannya. Bak kata orang, biar
papa asal bergaya.
Tangga rumahnya dituruni satu persatu
dengan berhati-hati kerana tak mahu peristiwa tatkala dia jatuh lalu berguling
di tangga itu berulang lagi yang menyebabkan dia patah kaki sehingga perlu dirawat
di hospital. Kedengaran seperti lucu tetapi itulah hakikatnya, Akmal sering
cuai dalam setiap tindak-tanduknya.
“Mal, kau tak bosan ke dok terperap je kat
kampung hah?” Ihsan memulakan bicara.
“Bosan ko tanya aku?. Ihsan Ihsan,
hari-hari kita lepak kat tepi parit ni, hari-hari gak aku tengok muka kau. Kau
tengok muka aku plak lepas tu. Dah nak muntah aku kau tahu”.
“Dah tu??”.
“Dah tu apa pulak?. Nape, kau ada plan
baek punya ke, kalau ada citer le kat aku? .
“Aku ada cadangan Mal tapi mesti punya kau
kata idea aku gila”.
“Cakap je lah, lom cerita lom tahu ma”.
“Tak nak lah, ko mesti ketawakan aku
punyalah”.
“Eeiii, ni bukan menyirap lagi ni, ni dah
mensirap bandung dah. Len kali kalau tak nak cerita jangan cakap. Ada paham
encik Ihsan bin Annuar bin Safar”.
“Mak aih, sampai atok kau sebut. Yolah aku
cerita k”.
“Ha cepatlah, apa di tunggunya lagi?”
Kamal seperti sudah tidak sabar-sabar lagi mendengar kata-kata seterusnya
daripada Ihsan.
“Ish jap le. Emm,apa kata kita pergi JB, amacam?”.
Ihsan cuba melontarkan idea yang
terbuku di kepalanya walaupun dia tahu pendapatnya itu mungkin akan ditolak
bulat-bulat. Kamal juga mungkin akan mentertawakannya. Sudah semalaman dia
berfikir, dan rancangannya itu sentiasa terngiang-ngiang di mindanya.
“Hahaha, sah sewel. Ihsan, aku tahu ko
bosan dok kampung ni. Kau kena ingat aku
pun sama tapi Janganlah merepek sampai macam tu sekali. Kalau ea pun logik la
sikit. Keje pun tak, duit pun takde nak pergi jalan JB. Ingat ‘free’ ke apa, lau
JB sebelah umah atok kau enggak ape seh”.
“Dah? Dah puas membebel?. Aku bukan ajak
ko jalan-jalan cari makan Mariah Tengku Sabri. Aku ajak ko cari duit la mangkuk
oi”.
“What do you mean??”
Kamal cuba mendapatkan kepastian sama ada Ihsan sekadar bergurau ataupun buat kali
ini, Ihsan serius dalam perbualannya sebentar saja tadi.
“Wah Kamal, bukan main lagi. Dengo je duit
pandai lak ko cakap omputih erk. Bukan SPM,BI ko gagal ke agagaga” Ihsan
cuba berseloroh.
“Tapi aku tak lah sebebal ko huhu”.
“Kamal,makan leh sebarang makan. Bebal
bebal jangan main eh. Kang terbang selipo saiz 9 kat muka ko ditambah penampo
sulong aku”.
“Eleh, bwu saiz 9 dah heboh sekampung, aku
saiz 19 tak kecoh”.
“Ada? Ada aku kesah”.
“Eh cepatlah citer, ko main-mainkan tadi?”
Kamal merasakan Ihsan ‘serius’ dengan
apa yang dikatakan tapi Kamal seakan-akan tidak mahu mempercayainya kerana ia
memang idea yang betul giler-giler tahap ranking
pertama dalam perkara-perkara dalam dunia lah.
“Ko nampak muka aku ni ada macam main-main
ke Kamal. Penah aku tipu kau?”.
“Tak macam main-main tapi macam pencuri
ada le hehe.. ok aku suka idea ko tapii” Kamal seperti memikirkan
sesuatu yang mungkin menghalangnya jika dia mahu merealisasikan hasrat
tersebut.
“Tapi takut Mak Bapak ko tak bagi kan?”.
“Bukan takut lagi, dorang tak payah fikir
lah, jawapannya aku dah tahu. Memang tak lah haha”.
“Mal, takde kejayaan tanpa usaha la sebab
usaha kan tangga kejayaan. Bak kata pepatah, berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian”.
“Perhh. A. Samad Said uh”.
“Hangguk ko A.Samad Said puisi bukan
pantun ngok”.
“Aku lak kene”.
“Takpe takpe, ko balik ko pikiak dulu. Ti
ko dah dapat jawapan baru ko bagi tahu aku. Hah baru lah leh wat plan seterusnya
an”.
“Nasib baik ko ingatkan aku. Mak aku pesan
soh belikan kicap dengan gula kat kedai Pak Mail juling. Ok r, kawe klik dulu
ye”.
Kawasan itu sunyi seketika setelah Ihsan
dan Kamal beredar pulang ke rumah masing-masing. Hanya kicauan burung dan
keriangan unggas-unggas yang masih jelas kedengaran ketika senja itu. Malam
melabuhkan tirai membiarkan kegelapan untuk kembali bermaharajalela.
“Fulamak, wa cakap lu bro. Bangunan kat
sini tnggi-tinggi uh. Ni kalau tak dapat kerja pun aku tak kisah”.
“Woi, memang lah ni bukan hutan tapi mulut
tak payah celupar sangat leh tak. Tak dapat betul-betul baru kau tahu. Ingat
kita datang sini untuk pe. Jangan tahu nak enjoy je tahunya”
Ihsan menasihati Kamal supaya tidak melencong daripada matlamat asal mereka ke
bandar Johor Bahru tersebut.
“Ye lah aku tahu, aku tahu. Tapi kita kan
baru sampai, kasi le aku menikmati keindahan kat sini ea En. Ihsan Affendi Bin
ahmad Tarmizi”.
“Aku bukan pe Mal. Aku Cuma nak ingatkan
kau je. Aku takut ko berubah je nanti. Kau perasan tak walaupun kita ni nakal
tapi kita tak isap rokok apatah lagi ganja, syabu mahupun pil gajah. Tak jantan
lah an tapi jangan sampai aku nampak kau tiba-tiba merokok plak sebab
terpengaruh dengan budak-budak kat sini. Siap kau nanti”.
“Skema la lu bro, tapi lu jangan isau
bebeno na. Aku mane leh merokok, kau kan tahu aku ni sempu, just tunggu masa je
nak di jemputt. Dah lah jangan risau sangat pasal aku, tahu lah aku jaga diri
aku. Kau tu patut risau diri kau dulu, jangan sesat plak kat sini hahaha”.
“Wey, ni Ihsan lah. Aku tak penah sesat
ok”.
“Kat kampung tak payah citer sayang oi”.
Selang beberapa minit kemudian, Ihsan dan
kamal terus menuju ke rumah pakciknya dengan berpandukan alamat yang ditulis
pada sehelai kertas oleh ayah Kamal. Deruman enjin motosikal Ihsan dan Kamal
terus kedengaran dengan kuat sekali seiring dengan kelajuan motosikal tersebut.
Setibanya mereka ke halaman rumah satu
tingkat milik pakcik Hamzah, mereka terus disambut mesra disamping senyuman
manis yang tidak lekang dari bibirnya. Sememangnya Pakcik Hamzah telah menunggu
ketibaan mereka sejak dari pagi lagi. Pakcik hamzah sememangnya seorang yang
peramah dan mudah mesra orangnya. Setelah hampir 2 jam mereka berborak akhirnya
Pakcik Hamzah meminta diri untuk pulang kerana Pakcik Hamzah tinggal di
rumahnya yang lagi satu bersama isterinya.
“Baik erk pakcik kau tu. Aku suka”.
“Tengoklah pakcik spe”.
“Mal, kat sini ada bakul tak?, kalau tak
nanti aku belikan”.
“Nak buat apa?, baru tiba dah nak beli
bakul segala” Kamal bertanya pada Ihsan kerana berasa
hairan akan tujuan Ihsan menginginkan bakul itu.
“Bukan
apa, aku nak suruh kau masuk dalam bakul tu. Bak kata orang dulu-dulu, masuk
bakul angkat sendiri. Nanti kau leh r angkat sendiri eh hehehe”.
Tanpa berkata apa-apa, Kamal lantas pergi
ke bilik air bersama sehelai tuala mandi berwarna merah jambu kepunyaannya
dengan perasaan geram terhadap Ihsan.
“Merajuk lah tu” Ihsan
menduga.
“Tak lah.. suka”.
Setelah hampir seminggu Ihsan dan juga
Kamal menjadi warga kota tersebut, akhirnya, mereka diterima bekerja. Walaupun
gaji yang diterima tidak sebanyak mana namun ia merupakan titik permulaan yang
baru bagi mereka berdua untuk memulakan kehidupan di sini. Ihsan dan Kamal
bersyukur jika dibandingkan di kampungnya, kedai-kedai boleh dibilang dengan
jari dan jika hendak berkebun pun tidak memiliki tanah untuk diusahakan.
“Ihsan, aku keluar jap, kau nak pesan
apa-apa tak?”.
“Kau sekarang kan, asyik keluar je memanjang, merayap je tahu. Em, tak nak ah,
kalau kau belanja takpe gak”.
“Banyak cantik”
Sikap Kamal mula berubah sejak
kebelakangan ini. Dia sering keluar malam dan akan pulang lewat malam. Setelah
7 minggu mereka berada di Johor Bahru, Kamal dan Ihsan sudah jarang bercakap
bersama. Kamal sudah memiliki banyak teman berbanding Ihsan.
“Ihsan,
kau perasan tak kebelakangan ni kita makin jauh”.
“Perasan. Kau la bukan reti nak melekat
kat rumah. Kalau ada pun sekejap je”.
“Ha sebab tu la aku tanya kau ni. Aku
ingat nak ajak kau pergi makan”.
“Emang benar lu?”.
“Sejak kapan kau jadi orang indon ni. Tapi
dengan member-member aku sekali la”.
“Tak kisah lah, aku pun dah bosan sangat
ni. Baik beno la tu”.
“Cantik, jom”.
“Sekarang ke?”.
“Tak lah, 31 ogos nanti. Ye la, cepat r”.
“Jap jap aku tukar baju dulu”.
Setibanya mereka ke destinasi yang ingin
dituju, Kamal membawa Ihsan ke sebuah meja yang berada di hujung restoran itu.
Terdapat 2 orang lelaki dan seorang wanita sedang menikmati makanan mereka di
meja itu. Semuanya kelihatan segak-segak dan bergaya.
Akhirnya Kamal memperkenalkan Ihsan kepada
mereka. Ternyata suasana yang sebentar tadi riuh rendah dihiasi dengan gelak
tawa mereka tiba-tiba senyap seketika.
“Kawan-kawan semua, aku kenalkan kawan
baik aku Ihsan” Kamal memperkenalkan Ihsan kepada
teman-temannya.
“Ihsan yang ni Jamal, ni Farid dan yang ni
Aisyah”
Pada mulanya Ihsan agak kekok dan berasa
agak malu kerana dia merasakan bagai orang asing di situ. Setelah beberapa jam
kemudian, Ihsan dapat merasakan yang mereka sebulu. Tidak seperti yang difikirkan
sebelum ini. Mereka agak sempoi dan selamba.
“Ihsan, macam mana kau rasa hidup kat
sini?”.
“Peh, tak seperti yang aku bayangkan.
Banyak guna duit wo”.
“Sebab tu aku ajak kau ke sini sebenarnya”.
“Hah?”.
“Kau nak jadi kaya tak”.
“Memang lah nak tapi emm macam seram je
aku dengo”.
“Kau
perasaan tak baju yang kitaorang pakai mahal-mahal, perasan tak aku asyik
coping-coping je?. Takkan tak penah terpikir kot”
Kamal cuba menduga.
“Mal, kau jangan bikin suspen woi. Aku
macam tak nak dengo je. Kau rompak bank eh”.
“Kau cakap baik-baik la. Aku tak main le
rompak-rompak ni. Tapi aku cakap lu bro, memang cepat kaya. Peluang datang
sekali Ihsan. Takkan kau tak nak tunjuk kat orang kampung kita yang kita dah
berjaya hah”.
“Aku tahu Mal yang tujuan kita nak berjaya
tapi bukan dengan cara jahat”
“Kita bukan guna, kita tolong orang je”.
“Maksud kau jual dadah? Kan ??”.
“Emm, kadang-kadang otak kau ni cepat
tangkap. Ihsan, kalau kita tak buat pun orang lain akan buat. Dorang akan tetap
isap, betul tak kawan-kawan”
Kamal cuba mendapatkan sokongan daripada
teman-temannya namun mereka hanya mmpu menganggukkan kepala.
“Lantak kau la Mal, aku tak nak masuk
campur. Kau tahu kan kalau kena tangkap apa jadi?”.
“Aku tahu. Ok r kau fikir masak-masak k.
Aku Cuma nak tolong kau je tapi kalau tak nak takpe but jangan report polis la
eh”.
“Mal Mal. Tak pasal-pasal aku bersubahat.
Nasib baik kau tu kawan baik aku. Ok tapi jangan libatkan aku”.
“Fikir masak-masak Ihsan”.
“Ye betul pe kau cakap. Jom balik, aku nak
masak untuk makan malam”.
“Pandai kau tukar topik, baru makan dah
fikir nak masak plak. Haish”.
Sejak kejadian itu, Ihsan seakan-akan
malas untuk berbicara dengan Kamal sebagai tanda protes akan tindakannya
menjadi pengedar dadah untuk cepat kaya. Bagi Ihsan, dia lebih sanggup hidup
susah begitu daripada menjadi pengkhianat kepada bangsa dan negara.
Ihsan merasa amat bosan pada hari itu lalu
dicapainya remote control di hadapannya. Channel Tv3 di tekannya lalu dihempas
remote itu ke sofa. Ketika itu berita Tv3 sedang disiarkan. Namun jantungnya
bagaikan terhenti dan nafasnya seakan-akan tidak terhembus buat seketika
tatkala wajah kamal terpampang di kaca televisyen. Bagaikan sebuah mimpi
baginya. Namun kamal dilihat bukan sebagai seorang artis baru realiti TV
seperti AF mahupun finalis akhir maharaja lawak. Jika ia sebuah berita,
kebiasaannya ia berkaitan kematian, pembunuhan mahupun kes-kes jenayah.
Dan kenapa tangannya digari lalu Kamal
diheret oleh sekumpulan polis yang badannya tegap-tegap.
“Kamal, aku dah cakap dengan kau tapi kau
tak nak dengar. Sekarang macam mana” Ihsan seperti tidak dapat
menerima hakikat bahawa rakan yang telah dianggap sebagai sebahagian daripada
keluarganya telah ditangkap atas kebodohannya sendiri.
Tanpa berfikir panjang Ihsan mencapai
sehelai baju lalu dipakainya dan tanpa berfikir panjang dia lantas ke balai
polis untuk menemui Kamal.
Setibanya di sana dan setelah bertemu
Kamal.....
“Kamal,
Kau ni macam mana. Aku dah bilang sama kau tapi kau tak nak dengar. Ni sekarang
macam mana. Apa aku nak buat hah?” Ihsan mula membebel dalam kegelisahan.
Memang patut Ihsan berasa begitu kerana
Kamal satu-satunya kawan yang dia ada. Dari kecil dia berkawan, bermain
bersama, bersekolah di sekolah yang sama sehingga mereka berada di bandar ini
yang penuh dengan kejutan.
“Dah, dah puas berceloteh. Takde apa yang
perlu disesalkan. Ni jalan yang aku pilih ‘so’ aku kene redha je la. Berani
buat berani tanggung Ihsan”.
“Wey, kau tak takut ke kena hukum mati
nanti hah??. Tak takut mati eh?. Dah banyak sangat pahala tu?, hish!”
suara Ihsan semakin lantang ketika itu diikuti degupan jantungnya yang semakin
kencang.
“Aku nak takut pun dah tak berguna oi.
Benda dah jadi. Dakwaan tak kan boleh dicabut pun. 29 feb ni aku tetap mati gak
kat tali gantung”.
“Habis apa aku nak jawab kat mak bapak kau
nanti?, tentu dorang kecewa nanti”.
“I’m sorry Ihsan. Kau tolong
tengok-tengokkan mak dengan bapak aku eh nanti. Bila aku dah takde”
“Apa kau merepek ni Mal, kau tak boleh
pergi. Aku tak nak hilang kau. Takkan kau sanggup tinggalkan aku seorang?”
“Macam lah aku seorang je kawan kau”
“Tak sama Mal, aku dah anggap kau macam
keluarga aku. Aku dah kehilangan kedua ibu bapa aku. Takkan aku gak terpaksa
kehilangan kau?. Susah senang kita bersama. Kau dah lupa?”
“Aku tak akan lupa Ihsan dan aku tak akan
pergi. Aku akan sentiasa bersama kau.
Dengan tidak semena-mena Kamal meletakkan
tanngannya pada dada Ihsan lantas mengalirkan air mata yang tidak dapat
dibendung olehnya lagi.
“Aku
akan sentiasa ada kat sini”
Pelepah kelapa seakan-akan melambai-lambai
ke arahnya tatkala angin petang itu tidak henti-henti meniup sayu seperti
mengerti akan perasaannya. Hatinya sebak seketika, hanya pokok-pokok di situ
berserta unggas-unggas yang berterbangan yang menemaninya saat itu.
Dengan tiba-tiba dua orang lelaki bersama
seorang wanita yang segak pakaiannya datang menghampirinya. Ihsan memang kenal
benar dengan wajah mereka bertiga. Mereka lah yang telah mempengaruhi Kamal.
“Woi setan, berani kau datang sini eh?.
Kau nak apa hah??”
“Relax bro. Kita orang cuma nak tahu je
keputusan kau. Dah fikir masak-masak kan?. Duit bro”
“Mana korang tahu aku kat sini?”
“Kamal penah bagitahu kitaorang kau selalu
pergi sini. So?”
“Jangan harap aku akan terima. Selepas
Kamal kene tangkap, kau ingat aku leh terfikir untuk lakukannya. Stupid,
nonsense!!”
“Ok, tapi jangan menyesal”
“kau yang patut menyesal bukan akui”
“Ingat, tak nak terima takpe tapi kalau
kau berani macam-macam siap kau”
“Ingat aku takut la tu”
Setelah hampir 39 bulan Ihsan memulakan
hidup barunya di kota itu tanpa Kamal, akhirnya Ihsan bercadang untuk membuka
sebuah kedai makan dengan menyewa sebuah kedai dengan hasil simpanannya bekerja
selama ini. Ia merupakan permulaan yang sangat bagus baginya.
Bersambung...............
awal... cepat la create sambungan ye..!!! ape jd pada khdupan ihsan???
ReplyDeletelaa , tak abis lak cerpen nye ..
ReplyDeletenak yg full kne beli r haha
ReplyDelete