-->
redheart masterpiece

Friday, December 2, 2011

Andai Itu Suratan Takdir


    
      Kehangatan mentari mula dirasai tatkala suria pagi menerpa masuk tanpa segan silu ke ruangan kamarnya lalu menjamah sebahagian daripada tubuhnya. Namun sedikit pun kamal tidak berganjak dari tempat tidurnya. Tiada apa yang mampu mengganggu lenanya walaupun 7 buah jam loceng sudah penat berdering mengikut alunan dan iramanya kecuali....
     “Kamaalll ,engkau asyik membuta je keje ko ye, itulah malam tido lambat, balik  tengah malam buta pulak tu. Majalah 3 cakap Kelawar pun dah tak keluar malam ko twu. Hish apa nak jadi dengan dengan anak aku yang seorang ni agaknya!.”
3 minit kemudian.....
     “Ya allah budak niii. Penat mulut aq membebel dia tak dengo juga. Idup agi ke dak budak ni. Kamal, kamal oi !. Bangun lah tolong-tolong mak ni kat dapur ke,sapu sampah tak pun buang sampah cukuplah.”
    “Hmmm, jap lah mak, pagi masih muda” Kamal cuba memberi alasan untuk terus lena di pembaringannya.
     “A’ah pagi masih muda tapi ko tu makin tua, bila nak berubah hah?. Cuba dijengok jam tu dulu dah kul bape. Ada ke pagi lagi”.
     “Kul 12 mak” dengan selamba Kamal menjawab tanpa ada perasaan bersalah.
    “Em, patutlah SPM teruk”.
    “Eh ehh. Apa kene mengene mak SPM dengan kul 12. Owh patutlah Kamal gagal SPM erk mak erk”.
    “Apa kena mengena dengan ko ea. Memang kena la dengan kau tu. Mak nak tanya, jam 12 tu pagi ke tengah hari?” leter Pn Aisyah lagi.
     “Hahahaha”.
     Pn Aisyah terus beredar dari bilik anaknya itu kerana sudah letih meleteri  anak tunggalnya yang degil itu, itulah satu-satunya nak yang dia miliki. Sementara Kamal bingkas bangun kerana menyedari bahawasanya perutnya perlu diisi kerana dendangan khas lagu keroncong semakin jelas kedengaran. Tetapi sebelum itu Kamal mandi dahulu dan bersiap-siap dengan baju yang baru dibelinya 2 minggu yang lepas.
     Selesai sahaja baju dan seluar di sarung ke tubuhnya, perfume dan deodorant jenama dashing cool berharga lingkungan RM35 setiap satu yang hampir kering cecair di dalamnya disembur laju bagi memberikan sedikit keharuman yang dapat menyerlahkan kejantanannya. Bak kata orang, biar papa asal bergaya.
     Tangga rumahnya dituruni satu persatu dengan berhati-hati kerana tak mahu peristiwa tatkala dia jatuh lalu berguling di tangga itu berulang lagi yang menyebabkan dia patah kaki sehingga perlu dirawat di hospital. Kedengaran seperti lucu tetapi itulah hakikatnya, Akmal sering cuai dalam setiap tindak-tanduknya.

    “Mal, kau tak bosan ke dok terperap je kat kampung hah?” Ihsan memulakan bicara.
    “Bosan ko tanya aku?. Ihsan Ihsan, hari-hari kita lepak kat tepi parit ni, hari-hari gak aku tengok muka kau. Kau tengok muka aku plak lepas tu. Dah nak muntah aku kau tahu”.
     “Dah tu??”.
     “Dah tu apa pulak?. Nape, kau ada plan baek punya ke, kalau ada citer le kat aku? .
     “Aku ada cadangan Mal tapi mesti punya kau kata idea aku gila”.
     “Cakap je lah, lom cerita lom tahu ma”.
     “Tak nak lah, ko mesti ketawakan aku punyalah”.
     “Eeiii, ni bukan menyirap lagi ni, ni dah mensirap bandung dah. Len kali kalau tak nak cerita jangan cakap. Ada paham encik Ihsan bin Annuar bin Safar”.
     “Mak aih, sampai atok kau sebut. Yolah aku cerita k”.
     “Ha cepatlah, apa di tunggunya lagi?” Kamal seperti sudah tidak sabar-sabar lagi mendengar kata-kata seterusnya daripada Ihsan.
     “Ish jap le. Emm,apa kata kita pergi JB, amacam?”.
     Ihsan cuba melontarkan idea yang terbuku di kepalanya walaupun dia tahu pendapatnya itu mungkin akan ditolak bulat-bulat. Kamal juga mungkin akan mentertawakannya. Sudah semalaman dia berfikir, dan rancangannya itu sentiasa terngiang-ngiang di mindanya.
    “Hahaha, sah sewel. Ihsan, aku tahu ko bosan dok kampung ni. Kau kena ingat  aku pun sama tapi Janganlah merepek sampai macam tu sekali. Kalau ea pun logik la sikit. Keje pun tak, duit pun takde nak pergi jalan JB. Ingat ‘free’ ke apa, lau JB sebelah umah atok kau enggak ape seh”.
     “Dah? Dah puas membebel?. Aku bukan ajak ko jalan-jalan cari makan Mariah Tengku Sabri. Aku ajak ko cari duit la mangkuk oi”.
     “What do you mean??” Kamal cuba mendapatkan kepastian sama ada Ihsan sekadar bergurau ataupun buat kali ini, Ihsan serius dalam perbualannya sebentar saja tadi.
     “Wah Kamal, bukan main lagi. Dengo je duit pandai lak ko cakap omputih erk. Bukan SPM,BI ko gagal ke agagaga” Ihsan cuba berseloroh.
     “Tapi aku tak lah sebebal ko huhu”.
     “Kamal,makan leh sebarang makan. Bebal bebal jangan main eh. Kang terbang selipo saiz 9 kat muka ko ditambah penampo sulong aku”.
     “Eleh, bwu saiz 9 dah heboh sekampung, aku saiz 19 tak kecoh”.
     “Ada? Ada aku kesah”.
     “Eh cepatlah citer, ko main-mainkan tadi?” Kamal merasakan Ihsan ‘serius’ dengan apa yang dikatakan tapi Kamal seakan-akan tidak mahu mempercayainya kerana ia memang idea yang betul giler-giler tahap ranking pertama dalam perkara-perkara dalam dunia lah.
     “Ko nampak muka aku ni ada macam main-main ke Kamal. Penah aku tipu kau?”.
     “Tak macam main-main tapi macam pencuri ada le hehe.. ok aku suka idea ko tapii” Kamal seperti memikirkan sesuatu yang mungkin menghalangnya jika dia mahu merealisasikan hasrat tersebut.
     “Tapi takut Mak Bapak ko tak bagi kan?”.
     “Bukan takut lagi, dorang tak payah fikir lah, jawapannya aku dah tahu. Memang tak lah haha”.
     “Mal, takde kejayaan tanpa usaha la sebab usaha kan tangga kejayaan. Bak kata pepatah, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian”.
     “Perhh. A. Samad Said uh”.
     “Hangguk ko A.Samad Said puisi bukan pantun ngok”.
     “Aku lak kene”.
     “Takpe takpe, ko balik ko pikiak dulu. Ti ko dah dapat jawapan baru ko bagi tahu aku. Hah baru lah leh wat plan seterusnya an”.
     “Nasib baik ko ingatkan aku. Mak aku pesan soh belikan kicap dengan gula kat kedai Pak Mail juling. Ok r, kawe klik dulu ye”.
     Kawasan itu sunyi seketika setelah Ihsan dan Kamal beredar pulang ke rumah masing-masing. Hanya kicauan burung dan keriangan unggas-unggas yang masih jelas kedengaran ketika senja itu. Malam melabuhkan tirai membiarkan kegelapan untuk kembali bermaharajalela.

      “Fulamak, wa cakap lu bro. Bangunan kat sini tnggi-tinggi uh. Ni kalau tak dapat kerja pun aku tak kisah”.
     “Woi, memang lah ni bukan hutan tapi mulut tak payah celupar sangat leh tak. Tak dapat betul-betul baru kau tahu. Ingat kita datang sini untuk pe. Jangan tahu nak enjoy je tahunya” Ihsan menasihati Kamal supaya tidak melencong daripada matlamat asal mereka ke bandar Johor Bahru tersebut.
     “Ye lah aku tahu, aku tahu. Tapi kita kan baru sampai, kasi le aku menikmati keindahan kat sini ea En. Ihsan Affendi Bin ahmad Tarmizi”.
     “Aku bukan pe Mal. Aku Cuma nak ingatkan kau je. Aku takut ko berubah je nanti. Kau perasan tak walaupun kita ni nakal tapi kita tak isap rokok apatah lagi ganja, syabu mahupun pil gajah. Tak jantan lah an tapi jangan sampai aku nampak kau tiba-tiba merokok plak sebab terpengaruh dengan budak-budak kat sini. Siap kau nanti”.
     “Skema la lu bro, tapi lu jangan isau bebeno na. Aku mane leh merokok, kau kan tahu aku ni sempu, just tunggu masa je nak di jemputt. Dah lah jangan risau sangat pasal aku, tahu lah aku jaga diri aku. Kau tu patut risau diri kau dulu, jangan sesat plak kat sini hahaha”.
     “Wey, ni Ihsan lah. Aku tak penah sesat ok”.
     “Kat kampung tak payah citer sayang oi”.
     Selang beberapa minit kemudian, Ihsan dan kamal terus menuju ke rumah pakciknya dengan berpandukan alamat yang ditulis pada sehelai kertas oleh ayah Kamal. Deruman enjin motosikal Ihsan dan Kamal terus kedengaran dengan kuat sekali seiring dengan kelajuan motosikal tersebut.
    Setibanya mereka ke halaman rumah satu tingkat milik pakcik Hamzah, mereka terus disambut mesra disamping senyuman manis yang tidak lekang dari bibirnya. Sememangnya Pakcik Hamzah telah menunggu ketibaan mereka sejak dari pagi lagi. Pakcik hamzah sememangnya seorang yang peramah dan mudah mesra orangnya. Setelah hampir 2 jam mereka berborak akhirnya Pakcik Hamzah meminta diri untuk pulang kerana Pakcik Hamzah tinggal di rumahnya yang lagi satu bersama isterinya.
     “Baik erk pakcik kau tu. Aku suka”.
     “Tengoklah pakcik spe”.
     “Mal, kat sini ada bakul tak?, kalau tak nanti aku belikan”.
     “Nak buat apa?, baru tiba dah nak beli bakul segala” Kamal bertanya pada Ihsan kerana berasa hairan akan tujuan Ihsan menginginkan bakul itu.
     “Bukan apa, aku nak suruh kau masuk dalam bakul tu. Bak kata orang dulu-dulu, masuk bakul angkat sendiri. Nanti kau leh r angkat sendiri eh hehehe”.
     Tanpa berkata apa-apa, Kamal lantas pergi ke bilik air bersama sehelai tuala mandi berwarna merah jambu kepunyaannya dengan perasaan geram terhadap Ihsan.
     “Merajuk lah tu” Ihsan menduga.
     “Tak lah.. suka”.

     Setelah hampir seminggu Ihsan dan juga Kamal menjadi warga kota tersebut, akhirnya, mereka diterima bekerja. Walaupun gaji yang diterima tidak sebanyak mana namun ia merupakan titik permulaan yang baru bagi mereka berdua untuk memulakan kehidupan di sini. Ihsan dan Kamal bersyukur jika dibandingkan di kampungnya, kedai-kedai boleh dibilang dengan jari dan jika hendak berkebun pun tidak memiliki tanah untuk diusahakan.

     “Ihsan, aku keluar jap, kau nak pesan apa-apa tak?”.
     “Kau sekarang kan, asyik keluar  je memanjang, merayap je tahu. Em, tak nak ah, kalau kau belanja takpe gak”.
      “Banyak cantik”
     Sikap Kamal mula berubah sejak kebelakangan ini. Dia sering keluar malam dan akan pulang lewat malam. Setelah 7 minggu mereka berada di Johor Bahru, Kamal dan Ihsan sudah jarang bercakap bersama. Kamal sudah memiliki banyak teman berbanding Ihsan.
     “Ihsan,  kau perasan tak kebelakangan ni kita makin jauh”.
     “Perasan. Kau la bukan reti nak melekat kat rumah. Kalau ada pun sekejap je”.
     “Ha sebab tu la aku tanya kau ni. Aku ingat nak ajak kau pergi makan”.
     “Emang benar lu?”.
     “Sejak kapan kau jadi orang indon ni. Tapi dengan member-member aku sekali la”.
     “Tak kisah lah, aku pun dah bosan sangat ni. Baik beno la tu”.
     “Cantik, jom”.
     “Sekarang ke?”.
     “Tak lah, 31 ogos nanti. Ye la, cepat r”.
     “Jap jap aku tukar baju dulu”.
     Setibanya mereka ke destinasi yang ingin dituju, Kamal membawa Ihsan ke sebuah meja yang berada di hujung restoran itu. Terdapat 2 orang lelaki dan seorang wanita sedang menikmati makanan mereka di meja itu. Semuanya kelihatan segak-segak dan bergaya.
     Akhirnya Kamal memperkenalkan Ihsan kepada mereka. Ternyata suasana yang sebentar tadi riuh rendah dihiasi dengan gelak tawa mereka tiba-tiba senyap seketika.
     “Kawan-kawan semua, aku kenalkan kawan baik aku Ihsan” Kamal memperkenalkan Ihsan kepada teman-temannya.
     “Ihsan yang ni Jamal, ni Farid dan yang ni Aisyah”
     Pada mulanya Ihsan agak kekok dan berasa agak malu kerana dia merasakan bagai orang asing di situ. Setelah beberapa jam kemudian, Ihsan dapat merasakan yang mereka sebulu. Tidak seperti yang difikirkan sebelum ini. Mereka agak sempoi dan selamba.
     “Ihsan, macam mana kau rasa hidup kat sini?”.
     “Peh, tak seperti yang aku bayangkan. Banyak guna duit wo”.
     “Sebab tu aku ajak kau ke sini sebenarnya”.
     “Hah?”.
     “Kau nak jadi kaya tak”.
     “Memang lah nak tapi emm macam seram je aku dengo”.
     “Kau perasaan tak baju yang kitaorang pakai mahal-mahal, perasan tak aku asyik coping-coping je?. Takkan tak penah terpikir kot” Kamal cuba menduga.
     “Mal, kau jangan bikin suspen woi. Aku macam tak nak dengo je. Kau rompak bank eh”.
     “Kau cakap baik-baik la. Aku tak main le rompak-rompak ni. Tapi aku cakap lu bro, memang cepat kaya. Peluang datang sekali Ihsan. Takkan kau tak nak tunjuk kat orang kampung kita yang kita dah berjaya hah”.
     “Aku tahu Mal yang tujuan kita nak berjaya tapi bukan dengan cara jahat”
     “Kita bukan guna, kita tolong orang je”.
     “Maksud kau jual dadah? Kan ??”.
     “Emm, kadang-kadang otak kau ni cepat tangkap. Ihsan, kalau kita tak buat pun orang lain akan buat. Dorang akan tetap isap, betul tak kawan-kawan”
     Kamal cuba mendapatkan sokongan daripada teman-temannya namun mereka hanya mmpu menganggukkan kepala.
     “Lantak kau la Mal, aku tak nak masuk campur. Kau tahu kan kalau kena tangkap apa jadi?”.
     “Aku tahu. Ok r kau fikir masak-masak k. Aku Cuma nak tolong kau je tapi kalau tak nak takpe but jangan report polis la eh”.
     “Mal Mal. Tak pasal-pasal aku bersubahat. Nasib baik kau tu kawan baik aku. Ok tapi jangan libatkan aku”.
     “Fikir masak-masak Ihsan”.
     “Ye betul pe kau cakap. Jom balik, aku nak masak untuk makan malam”.
     “Pandai kau tukar topik, baru makan dah fikir nak masak plak. Haish”.

     Sejak kejadian itu, Ihsan seakan-akan malas untuk berbicara dengan Kamal sebagai tanda protes akan tindakannya menjadi pengedar dadah untuk cepat kaya. Bagi Ihsan, dia lebih sanggup hidup susah begitu daripada menjadi pengkhianat kepada bangsa dan negara.
     Ihsan merasa amat bosan pada hari itu lalu dicapainya remote control di hadapannya. Channel Tv3 di tekannya lalu dihempas remote itu ke sofa. Ketika itu berita Tv3 sedang disiarkan. Namun jantungnya bagaikan terhenti dan nafasnya seakan-akan tidak terhembus buat seketika tatkala wajah kamal terpampang di kaca televisyen. Bagaikan sebuah mimpi baginya. Namun kamal dilihat bukan sebagai seorang artis baru realiti TV seperti AF mahupun finalis akhir maharaja lawak. Jika ia sebuah berita, kebiasaannya ia berkaitan kematian, pembunuhan mahupun kes-kes jenayah.
     Dan kenapa tangannya digari lalu Kamal diheret oleh sekumpulan polis yang badannya tegap-tegap.
     “Kamal, aku dah cakap dengan kau tapi kau tak nak dengar. Sekarang macam mana” Ihsan seperti tidak dapat menerima hakikat bahawa rakan yang telah dianggap sebagai sebahagian daripada keluarganya telah ditangkap atas kebodohannya sendiri.
     Tanpa berfikir panjang Ihsan mencapai sehelai baju lalu dipakainya dan tanpa berfikir panjang dia lantas ke balai polis untuk menemui Kamal.
     Setibanya di sana dan setelah bertemu Kamal.....
     “Kamal, Kau ni macam mana. Aku dah bilang sama kau tapi kau tak nak dengar. Ni sekarang macam mana. Apa aku nak buat hah?” Ihsan mula membebel dalam kegelisahan.
     Memang patut Ihsan berasa begitu kerana Kamal satu-satunya kawan yang dia ada. Dari kecil dia berkawan, bermain bersama, bersekolah di sekolah yang sama sehingga mereka berada di bandar ini yang penuh dengan kejutan.
     “Dah, dah puas berceloteh. Takde apa yang perlu disesalkan. Ni jalan yang aku pilih ‘so’ aku kene redha je la. Berani buat berani tanggung Ihsan”.
     “Wey, kau tak takut ke kena hukum mati nanti hah??. Tak takut mati eh?. Dah banyak sangat pahala tu?, hish!” suara Ihsan semakin lantang ketika itu diikuti degupan jantungnya yang semakin kencang.
     “Aku nak takut pun dah tak berguna oi. Benda dah jadi. Dakwaan tak kan boleh dicabut pun. 29 feb ni aku tetap mati gak kat tali gantung”.
     “Habis apa aku nak jawab kat mak bapak kau nanti?, tentu dorang kecewa nanti”.
     “I’m sorry Ihsan. Kau tolong tengok-tengokkan mak dengan bapak aku eh nanti. Bila aku dah takde”
     “Apa kau merepek ni Mal, kau tak boleh pergi. Aku tak nak hilang kau. Takkan kau sanggup tinggalkan aku seorang?”
     “Macam lah aku seorang je kawan kau”
     “Tak sama Mal, aku dah anggap kau macam keluarga aku. Aku dah kehilangan kedua ibu bapa aku. Takkan aku gak terpaksa kehilangan kau?. Susah senang kita bersama. Kau dah lupa?”
     “Aku tak akan lupa Ihsan dan aku tak akan pergi. Aku akan sentiasa bersama kau.
     Dengan tidak semena-mena Kamal meletakkan tanngannya pada dada Ihsan lantas mengalirkan air mata yang tidak dapat dibendung olehnya lagi.
     “Aku akan sentiasa ada kat sini”

     Pelepah kelapa seakan-akan melambai-lambai ke arahnya tatkala angin petang itu tidak henti-henti meniup sayu seperti mengerti akan perasaannya. Hatinya sebak seketika, hanya pokok-pokok di situ berserta unggas-unggas yang berterbangan yang menemaninya saat itu.
     Dengan tiba-tiba dua orang lelaki bersama seorang wanita yang segak pakaiannya datang menghampirinya. Ihsan memang kenal benar dengan wajah mereka bertiga. Mereka lah yang telah mempengaruhi Kamal.
     “Woi setan, berani kau datang sini eh?. Kau nak apa hah??”
     “Relax bro. Kita orang cuma nak tahu je keputusan kau. Dah fikir masak-masak kan?. Duit bro”
     “Mana korang tahu aku kat sini?”
     “Kamal penah bagitahu kitaorang kau selalu pergi sini. So?”
     “Jangan harap aku akan terima. Selepas Kamal kene tangkap, kau ingat aku leh terfikir untuk lakukannya. Stupid, nonsense!!”
     “Ok, tapi jangan menyesal”
     “kau yang patut menyesal bukan akui”
     “Ingat, tak nak terima takpe tapi kalau kau berani macam-macam siap kau”
     “Ingat aku takut la tu”

     Setelah hampir 39 bulan Ihsan memulakan hidup barunya di kota itu tanpa Kamal, akhirnya Ihsan bercadang untuk membuka sebuah kedai makan dengan menyewa sebuah kedai dengan hasil simpanannya bekerja selama ini. Ia merupakan permulaan yang sangat bagus baginya.



                                                                                                             Bersambung...............
Penat Menaip Oleh Unknown Tepat Jam 9:33 AM 3 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: koleksi cerpenku
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

nRelate - Posts and Homepage

About Me

Unknown
View my complete profile

Followers

senarai catatan

  • Pasal aq (15)
  • koleksi cerpenku (13)
  • lucu kah? (9)
  • Information & knowledge (5)
  • Puisi (5)
  • Mutiara Jiwa (3)
  • Tips kesihatan dan kehidupan (3)
  • Fakta ke Auta (1)
  • Ilmu Islam (1)

Chat Box

Blog Archive

  • ▼  2011 (6)
    • ►  August (2)
    • ►  October (2)
    • ►  November (1)
    • ▼  December (1)
      • Andai Itu Suratan Takdir
  • ►  2012 (32)
    • ►  January (1)
    • ►  March (3)
    • ►  April (3)
    • ►  May (9)
    • ►  June (1)
    • ►  July (5)
    • ►  August (1)
    • ►  September (1)
    • ►  October (6)
    • ►  November (1)
    • ►  December (1)
  • ►  2013 (7)
    • ►  January (2)
    • ►  April (1)
    • ►  May (1)
    • ►  June (1)
    • ►  July (1)
    • ►  October (1)
  • ►  2014 (5)
    • ►  August (4)
    • ►  November (1)
  • ►  2015 (5)
    • ►  January (2)
    • ►  June (1)
    • ►  July (1)
    • ►  August (1)
  • ►  2016 (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (1)
    • ►  June (1)


ButtonBeats.com
Manchester City
Theme images by dem10. Powered by Blogger.
ALL RIGHT RESERVE BELONGS TO REDHEART MASTERPIECE