-->
redheart masterpiece

Wednesday, April 11, 2012

Angkara Semalam (CHAPTER 6)


Mentari kembali lagi. Hadirnya memberi sinar harapan kepada makhluk-makhluk tuhan yang bertebaran di muka bumi. Manusia juga mula berkeliaran menunaikan kewajipan sebagai khalifah di muka bumi, sebahagian menjadi petani, yang lain menjadi peniaga dan bermacam-macam lagi. Tumbuh-tumbuhan tidak ketinggalan menggunakan cahaya matahari untuk membuat makanan melalui fotosintesisnya. Sungguh besar kekuasaannya. Ya Allah, Allah maha besar.
     Hitam putihnya dunia telah dicipta Tuhan bersamaan terciptanya alam semesta. Maka tidak hairanlah apabila masih ada segelintir manusia yang kurang menikmati keindahan suasana pagi hari yang menaungi Kampung Saujana.
     Namun, apabila berada di dalam Hospital, siang dan malam seakan-akan sama. Amat sukar dibezakan tambahan lagi semalaman berada di dalam hospital. Cahaya dari lampu pendarfluor tetap menemani warga hospital tanpa jemu.
     Tiba-tiba Lisa tersentak dari tidurnya, apabila terasa ada sesuatu getaran yang dirasai di pergelangan tangannya. Semalaman dia memegang erat tangan ibunya kerana amat merindui suara ibunya.
     Jururawat yang menemaninya telah pulang ke rumah dan telah membenarkannya menemani ibunya setelah mendapat kebenaran daripada doktor yang bertugas. Sungguh tidak sampai hati untuk jururawat itu untuk tidak membenarkannya.
     Lisa terkejut apabila melihat kelopak mata ibunya bergerak-gerak dan terbuka. Begitu juga dengan bibirnya.
     Jarinya semakin kuat menguit-nguit.
     “Lisa?” panggil ibunya lemah. Bibirnya pucat lesu.
     Gadis itu memegang lebih erat tangan ibunya dan menciumnya beberapa kali.
     “Ya ibu. Lisa kat sini bu” setitis air matanya jatuh ke bumi. Tak dapat Lisa menahannya lagi.
     Ibunya seakan ingin mengatakan sesuatu. Namun belum sempat ia berkata begitu, pintu bilik wad itu terbuka. Ada seseorang sedang berdiri di balik pintu itu. Seseorang yang agak terlewat.
     “Abang….” lembut sahaja ibunya memanggil ayahnya.
     Tanpa berfikir panjang, ayahnya mendekati Lisa dan ibunya seraya memandang tepat ke mata ibunya, “Mah, maafkan abang ya Mah?”
     “Mah tak tahu nak maafkan macam mana. Abang salah apa?” tersenyum ibunya.
     “Sebab abang terlambat dann…”
     “Dan??”
     “Kalau abang yang pergi pekan mungkin semuanya tak akan terjadi”
     “Astarfirullah, mengucap bang. Tak baik abang cakap macam tu tau. Nanti Allah murka. Dah itu ketentuannya, kita tak boleh salahkan takdir, sama sekali tidak boleh.”
     Ayahnya hanya mampu berdiam diri. Tidak mampu mengatakan apa lagi kerana semuanya telah terjadi. Memang benar apa yang dikatakan oleh isterinya, Salmah. Namun dia tetap tidak dapat memaafkan dirinya sekiranya apa-apa berlaku kepada isterinya. Dia amat menyayangi isterinya itu.
     “Abang, Mah nak cakap sedikit boleh?”
     “Awak jangan cakap banyak sangat, awak tu tak sihat lagi.”
     “Tapi penting bang”
     “Baiklah, cakaplah”
     Lisa hanya berdiam diri dari tadi. Terus merenung wajah ibunya sambil tangannya tidak lepas-lepas mengusap-usap jari-jemari ibunya.
     “Mah sayangkan abang, Mah sayangkan Lisa. Mah nak abang janji dengan Mah, kalau apa-apa jadi….”
     Belum sempat Salmah menghabiskan ayatnya, “Mah, kenapa cakap macam tu, abang tak suka”
     “Betul cakap ayah tu mak. Dah la, mak berehat je. Jangan cakap bukan-bukan lagi tau”
     Salmah hanya menuruti kata-kata suami dan anaknya. Dia hanya tersenyum ke arah mereka, air matanya sengaja ditahan daripada keluar. Dia tidak mahu menunjukkan sebarang kesedihan ataupun kesakitan di hadapan mereka. Sesungguhnya Salmah seorang yang kuat dan tabah.
     Salmah amat risau. Bukan dia risau akan dirinya, akan tetapi suaminya. Salmah tahu, suaminya menghidap satu penyakit aneh. Penyakit turun-temurun. Namun penyakit itu dapat dikawal walaupun ia amat aneh.
     Namun kerisauannya mula timbul sekiranya dia tidak dapat bertahan lagi, siapakah yang akan mengambil alih tugasnya merawat suaminya. Sudah pasti sekiranya dia pergi, dan suaminya tidak dapat menerima hakikat ini, pasti penyakit aneh itu akan menyerang kembali.
     Kebiasaannya satu ketika dulu, suaminya akan diserang penyakit aneh jika dia tertekan atau kerisauan. Kebimbangan Salmah ini ditambah lagi kerana penyakit ini adalah datang dari keturunan. Adakah Lisa juga akan menghidapinya. Ya Allah, kau jauhkan lah Ya Allah.
Ketahuilah bahawa sesungguhnya pertolongan (kemenangan) disertai dengan kesabaran, kelonggaran itu disertai dengan kesusahan, dan bersama kesukaran ada kemudahan.
                                                        (HR Ahmad 2666)
Dan tuhanmu berfirman,’Berdoalah kepadaku, nescaya akan kuperkenankan bagimu.’
                                                                                                       (Ghafir : ayat 60)
     
Penat Menaip Oleh Unknown Tepat Jam 2:26 AM 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: koleksi cerpenku
Location: Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka, Malaysia

Sunday, April 8, 2012

Angkara Semalam (CHAPTER 5)


Tiada satu petanda pun yang menyatakan akan terjadinya sebuah tragedi. Tragedi mengerikan yang kemudian hari pasti akan diingati. Dalam kecerahan cuaca, ketenangan lalu lintas di atas jalan raya juga dapat dirasakan. Hanya seketika, satu dua kenderaan pacuan empat roda membelah jalan raya itu.
     Dapat dilihat bayangan dua susuk tubuh beberapa ratus meter di sebuah pondok bas. Dua orang perempuan yang seperti anak-beranak tiba-tiba berdiri apabila menyedari kehadiran bas yang semakin hampir ke arah mereka.
     “Itu mesti penumpang nak pergi pekan.” Bisik hati pemandu bas itu.
     Namun, dari cermin pandang sisi, si pemandu dapat melihat sebuah kereta Mercedes cuba memotongnya. Dari arah bertentangan pula, muncul sebuah lori pembawa pasir yang juga bergerak laju. Lori pasir sempat menyalakan lampu silau sebagai tanda amaran kepada pemandu kereta supaya tidak memotong.
     Hanya satu yang pemandu bas itu dapat lakukan ialah memperlahankan kenderaan dan memusingkan sterengnya ke kiri untuk berhenti di bahu jalan.
     Akibat keegoan yang menguasai pemandu kereta itu yang telah memotong ¼ daripada badan bas itu meneruskan juga usahanya. Sambil menekan minyak ke tahap maksimum, akhirnya dia berjaya memintas bas dan menghindar lori pasir itu dengan jayanya. Namun itu bukanlah kejayaan sebenar yang perlu diambil kira. Sesuatu yang lain pula yang tidak dapat dihindari.
     Dua orang perempuan menjadi mangsa. Namun salah seorang sempat mengelak tapi tidak bagi yang satu lagi. Malang nasibnya. Mungkin dia tidak menyedari bahawa sebuah kereta akan melanggarnya. Namun yang lebih malang lagi tatkala tubuhnya tercampak jauh ke pagar besi hiasan rumah yang berdekatan. Lalu menikam perutnya dan darah berhamburan ke luar. Membuak-buak pekatnya.
     Seorang lagi hanya terkedu di sisi jalan. Tiada apa yang mampu diungkapkan apatah lagi dilakukan.
     Akibat peristiwa yang menyayat hati tersebut pemandu bas yang merasakan dirinya bersangkut paut melarikan diri. Dapat didengari pekikan dan rungutan daripada penumpangnya. Begitu juga dengan pemandu kereta itu. Bagaikan hantu keretanya dipacu. Tidak mahu bertanggungjawab atas perbuatannya. Inilah manusia.
Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah.
                                                              (Al-Balad : 4)
    Pasrahlah dengan apa yang menimpa. Kita harus sedar dunia adalah rumah musibah. Selalu ada sahaja musibah untuk menguji keimanan dan ketabahan kita.
     Tidak lama kemudian, pihak polis serta ambulans tiba di tempat kejadian. Akhirnya ibu Lisa di hantar ke hospital berhampiran menaiki ambulans dengan jeritan siren yang menbingit. Ibu Lisa tidak mampu berkata-kata dan seperti nyawa-nyawa ikan. Lisa setia menemani ibunya dan sentiasa berada di sisi ibunya sambil teresak-esak tangisnya.
     Setibanya di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, ibunya segera dibawa ke unit kecemasan (ICU). Sepasukan doktor dan jururawat segera mengambil alih tugas dan menjalankan tugas mereka. Lisa bagaimanapun tidak dibenarkan masuk, hanya menunggu di ruang tetamu.
     Hancur hatinya.
     Menjelang tengah malam, akhirnya doktor bersetuju membenarkan dia masuk ke dalam dengan syarat hanya seorang sahaja yang dibenarkan masuk. Ayahnya sudah diberitahu tapi belum tiba-tiba lagi semenjak tadi. Walau bagaimanapun, dia ditemani oleh seorang jururawat sebagai tindakan berjaga-jaga di atas sebarang kemungkinan. Jururawat itu membiarkan Lisa merapati ibunya.
     Seluruh tumpuannya hanya ke raut wajah ibunya. Sayu pandangannya namun hambar.
     Wajah ibunya tidak menampakkan sebarang tanda dia dalam kesakitan. Hanya ketenangan yang diperlihatkan.
     “Ibu, Lisa datang ni bu. Bukak lah mata bu” menyedari ibunya masih dalam koma dan tidak akan menyahut panggilannya itu. Lisa terus menangis teresak-esak.
     Melihat keadaan Lisa yang sangat menyedihkan itu, jururawat itu menghampirinya lantas duduk bersebelahan Lisa dan tangannya mengusap-ngusap tubuh  Lisa. Mengharap mampu memberi sedikit ketenangan kepadanya.
     Lalu, Lisa merangkul jururawat dan memeluknya erat walaupun dia tidak mengenalinya. “Kak, kenapa semua ni terjadi pada saya kak, kenapa”. Jururawat tersebut membiarkan Lisa menagis di pelukannya dan membalas pelukannya.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu. Dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah Maha mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
                                                         (Al Baqarah : 216)




Penat Menaip Oleh Unknown Tepat Jam 8:36 PM 4 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: koleksi cerpenku
Location: Melaka, Malaysia

Monday, April 2, 2012

Angkara semalam (CHAPTER 4)


     Kebosanan mula dirasai Lisa pada hujung-hujung minggu sebegini. Tiada apa yang dapat lakukan melainkan merebahkan diri di atas sofa sambil melayani rancangan televisyen yang entah apa aja.
     Lebih-lebih lagi rumahnya hanya ada TV biasa dan tiada pula Astro seperti rumah Aini. Kerana itu jugalah dia tidak kisah sangat jika Aini mengajaknya bertandang ke rumahnya. Dapat lah juga dia menonton pelbagai rancangan yang ditawarkan. Ialah, macam-macam ada.
     Tiba-tiba dapat menangkap satu suara yang datang dari arah dapur.
     “Lisa, oh Lisa!”
     Sambil berlari-lari anak, “Ye mak, ada apa?”
     “Meh teman mak pergi pekan Lisa, mak nak beli barang dapur sikit. Lepas tu nak singgah rumah Kak Melah kau tu, nak ambil baju yang mak suruh dia jahit.”
     “Eh, bukan ayah ke yang selalu pergi pekan. Ayah sakit ke mak?”
      “Ayah kau sakit kaki. Biarlah dia berehat dekat rumah. Tak sampai hati mak nak suruh ayah kau tu.”
     “Ok-ok, sekarang ke mak?”
     “Ewah-ewah, laju aja kalau nak pergi pekan ea?. Siap-siap dulu. Lepas zuhur kita gerak la”
     “Baik bos, hehehe”
      Sesungguhnya ia bagaikan durian runtuh bagi Lisa apabila di ajak ke pekan oleh ibunya. Dapat lah sedikit sebanyak dia hilangkan kebosanannya asyik terperuk di rumah. Memang jarang Lisa berkesempatan ke Pekan kerana agak jauh juga hendak ke Pekan dari rumahnya. Hampir 100km juga jauhnya, jarak yang memadai untuk dikira musafir.
     Hari yang cerah. Matahari tidak begitu terik. Hari yang cukup indah.
     Namun air yang tenang jangan disangka tiada buaya…….
Penat Menaip Oleh Unknown Tepat Jam 9:05 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: koleksi cerpenku
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

nRelate - Posts and Homepage

About Me

Unknown
View my complete profile

Followers

senarai catatan

  • Pasal aq (15)
  • koleksi cerpenku (13)
  • lucu kah? (9)
  • Information & knowledge (5)
  • Puisi (5)
  • Mutiara Jiwa (3)
  • Tips kesihatan dan kehidupan (3)
  • Fakta ke Auta (1)
  • Ilmu Islam (1)

Chat Box

Blog Archive

  • ►  2011 (6)
    • ►  August (2)
    • ►  October (2)
    • ►  November (1)
    • ►  December (1)
  • ▼  2012 (32)
    • ►  January (1)
    • ►  March (3)
    • ▼  April (3)
      • Angkara semalam (CHAPTER 4)
      • Angkara Semalam (CHAPTER 5)
      • Angkara Semalam (CHAPTER 6)
    • ►  May (9)
    • ►  June (1)
    • ►  July (5)
    • ►  August (1)
    • ►  September (1)
    • ►  October (6)
    • ►  November (1)
    • ►  December (1)
  • ►  2013 (7)
    • ►  January (2)
    • ►  April (1)
    • ►  May (1)
    • ►  June (1)
    • ►  July (1)
    • ►  October (1)
  • ►  2014 (5)
    • ►  August (4)
    • ►  November (1)
  • ►  2015 (5)
    • ►  January (2)
    • ►  June (1)
    • ►  July (1)
    • ►  August (1)
  • ►  2016 (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (1)
    • ►  June (1)


ButtonBeats.com
Manchester City
Theme images by dem10. Powered by Blogger.
ALL RIGHT RESERVE BELONGS TO REDHEART MASTERPIECE