-->
redheart masterpiece

Wednesday, April 11, 2012

Angkara Semalam (CHAPTER 6)


Mentari kembali lagi. Hadirnya memberi sinar harapan kepada makhluk-makhluk tuhan yang bertebaran di muka bumi. Manusia juga mula berkeliaran menunaikan kewajipan sebagai khalifah di muka bumi, sebahagian menjadi petani, yang lain menjadi peniaga dan bermacam-macam lagi. Tumbuh-tumbuhan tidak ketinggalan menggunakan cahaya matahari untuk membuat makanan melalui fotosintesisnya. Sungguh besar kekuasaannya. Ya Allah, Allah maha besar.
     Hitam putihnya dunia telah dicipta Tuhan bersamaan terciptanya alam semesta. Maka tidak hairanlah apabila masih ada segelintir manusia yang kurang menikmati keindahan suasana pagi hari yang menaungi Kampung Saujana.
     Namun, apabila berada di dalam Hospital, siang dan malam seakan-akan sama. Amat sukar dibezakan tambahan lagi semalaman berada di dalam hospital. Cahaya dari lampu pendarfluor tetap menemani warga hospital tanpa jemu.
     Tiba-tiba Lisa tersentak dari tidurnya, apabila terasa ada sesuatu getaran yang dirasai di pergelangan tangannya. Semalaman dia memegang erat tangan ibunya kerana amat merindui suara ibunya.
     Jururawat yang menemaninya telah pulang ke rumah dan telah membenarkannya menemani ibunya setelah mendapat kebenaran daripada doktor yang bertugas. Sungguh tidak sampai hati untuk jururawat itu untuk tidak membenarkannya.
     Lisa terkejut apabila melihat kelopak mata ibunya bergerak-gerak dan terbuka. Begitu juga dengan bibirnya.
     Jarinya semakin kuat menguit-nguit.
     “Lisa?” panggil ibunya lemah. Bibirnya pucat lesu.
     Gadis itu memegang lebih erat tangan ibunya dan menciumnya beberapa kali.
     “Ya ibu. Lisa kat sini bu” setitis air matanya jatuh ke bumi. Tak dapat Lisa menahannya lagi.
     Ibunya seakan ingin mengatakan sesuatu. Namun belum sempat ia berkata begitu, pintu bilik wad itu terbuka. Ada seseorang sedang berdiri di balik pintu itu. Seseorang yang agak terlewat.
     “Abang….” lembut sahaja ibunya memanggil ayahnya.
     Tanpa berfikir panjang, ayahnya mendekati Lisa dan ibunya seraya memandang tepat ke mata ibunya, “Mah, maafkan abang ya Mah?”
     “Mah tak tahu nak maafkan macam mana. Abang salah apa?” tersenyum ibunya.
     “Sebab abang terlambat dann…”
     “Dan??”
     “Kalau abang yang pergi pekan mungkin semuanya tak akan terjadi”
     “Astarfirullah, mengucap bang. Tak baik abang cakap macam tu tau. Nanti Allah murka. Dah itu ketentuannya, kita tak boleh salahkan takdir, sama sekali tidak boleh.”
     Ayahnya hanya mampu berdiam diri. Tidak mampu mengatakan apa lagi kerana semuanya telah terjadi. Memang benar apa yang dikatakan oleh isterinya, Salmah. Namun dia tetap tidak dapat memaafkan dirinya sekiranya apa-apa berlaku kepada isterinya. Dia amat menyayangi isterinya itu.
     “Abang, Mah nak cakap sedikit boleh?”
     “Awak jangan cakap banyak sangat, awak tu tak sihat lagi.”
     “Tapi penting bang”
     “Baiklah, cakaplah”
     Lisa hanya berdiam diri dari tadi. Terus merenung wajah ibunya sambil tangannya tidak lepas-lepas mengusap-usap jari-jemari ibunya.
     “Mah sayangkan abang, Mah sayangkan Lisa. Mah nak abang janji dengan Mah, kalau apa-apa jadi….”
     Belum sempat Salmah menghabiskan ayatnya, “Mah, kenapa cakap macam tu, abang tak suka”
     “Betul cakap ayah tu mak. Dah la, mak berehat je. Jangan cakap bukan-bukan lagi tau”
     Salmah hanya menuruti kata-kata suami dan anaknya. Dia hanya tersenyum ke arah mereka, air matanya sengaja ditahan daripada keluar. Dia tidak mahu menunjukkan sebarang kesedihan ataupun kesakitan di hadapan mereka. Sesungguhnya Salmah seorang yang kuat dan tabah.
     Salmah amat risau. Bukan dia risau akan dirinya, akan tetapi suaminya. Salmah tahu, suaminya menghidap satu penyakit aneh. Penyakit turun-temurun. Namun penyakit itu dapat dikawal walaupun ia amat aneh.
     Namun kerisauannya mula timbul sekiranya dia tidak dapat bertahan lagi, siapakah yang akan mengambil alih tugasnya merawat suaminya. Sudah pasti sekiranya dia pergi, dan suaminya tidak dapat menerima hakikat ini, pasti penyakit aneh itu akan menyerang kembali.
     Kebiasaannya satu ketika dulu, suaminya akan diserang penyakit aneh jika dia tertekan atau kerisauan. Kebimbangan Salmah ini ditambah lagi kerana penyakit ini adalah datang dari keturunan. Adakah Lisa juga akan menghidapinya. Ya Allah, kau jauhkan lah Ya Allah.
Ketahuilah bahawa sesungguhnya pertolongan (kemenangan) disertai dengan kesabaran, kelonggaran itu disertai dengan kesusahan, dan bersama kesukaran ada kemudahan.
                                                        (HR Ahmad 2666)
Dan tuhanmu berfirman,’Berdoalah kepadaku, nescaya akan kuperkenankan bagimu.’
                                                                                                       (Ghafir : ayat 60)
     
Penat Menaip Oleh Unknown Tepat Jam 2:26 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: koleksi cerpenku
Location: Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka, Malaysia

2 comments:

  1. UnknownApril 11, 2012 at 2:36 AM

    dah sampai kemuncak ke ni ? nak tau ending . :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. UnknownApril 11, 2012 at 10:50 PM

    baru starting la tira.. sampai bab 20 kot

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Salam Ukhuwah .
Terima Kasih Sudi Singgah .
Do Come Again . :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

nRelate - Posts and Homepage

About Me

Unknown
View my complete profile

Followers

senarai catatan

  • Pasal aq (15)
  • koleksi cerpenku (13)
  • lucu kah? (9)
  • Information & knowledge (5)
  • Puisi (5)
  • Mutiara Jiwa (3)
  • Tips kesihatan dan kehidupan (3)
  • Fakta ke Auta (1)
  • Ilmu Islam (1)

Chat Box

Blog Archive

  • ►  2011 (6)
    • ►  August (2)
    • ►  October (2)
    • ►  November (1)
    • ►  December (1)
  • ▼  2012 (32)
    • ►  January (1)
    • ►  March (3)
    • ▼  April (3)
      • Angkara semalam (CHAPTER 4)
      • Angkara Semalam (CHAPTER 5)
      • Angkara Semalam (CHAPTER 6)
    • ►  May (9)
    • ►  June (1)
    • ►  July (5)
    • ►  August (1)
    • ►  September (1)
    • ►  October (6)
    • ►  November (1)
    • ►  December (1)
  • ►  2013 (7)
    • ►  January (2)
    • ►  April (1)
    • ►  May (1)
    • ►  June (1)
    • ►  July (1)
    • ►  October (1)
  • ►  2014 (5)
    • ►  August (4)
    • ►  November (1)
  • ►  2015 (5)
    • ►  January (2)
    • ►  June (1)
    • ►  July (1)
    • ►  August (1)
  • ►  2016 (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (1)
    • ►  June (1)


ButtonBeats.com
Manchester City
Theme images by dem10. Powered by Blogger.
ALL RIGHT RESERVE BELONGS TO REDHEART MASTERPIECE