-->
redheart masterpiece

Friday, August 24, 2012

Angkara Semalam (CHAPTER 10) cecerpenku


      Dua hari lagi perbicaraan di mahkamah akan bermula. Redhwan menelefon Lisa.
     “Lisa!, did u read the newspaper today?”
     “Belum-belum, kenapa ye Wan?”
     “Takpe nanti kalau ada masa awak baca tau!”
      Lisa masih terpinga-pinga tapi tidak pula mendesak Redhwan untuk menerangkan kepadanya. “Ok-ok”
     “Assalamualaikum”
     “Waalaikumusalam”
     Talian diputuskan oleh Redhwan. Seraya itu Lisa terus mencapai senaskhah surat khabar di atas meja di ruang tamu. Lisa membaca sepuas-puasnya berita di lampiran dua. Bahagian itu memaparkan berita yang ditulis oleh seorang wartawan tentang tragedi yang mengerikan itu, tragedi kehilangan ibunya yang tersayang. Selain itu, berita itu juga turut memuatkan maklumat baru mengenai pemuda itu yang sebelum ini pernah dihukum penjara selama dua tahun akibat dua kes yang dilakukannya.
     Dalam kes pertama, Irwan disabitkan kesalahan kerana memandu dalam keadaan mabuk dan membahayakan. Lalu lesen memandunya digantung.
     Dalam kes kedua, Irwan ditangkap sedang bergaduh dan menyebabkan kecederaan.
     ‘Bagus, tuduhan saya jelas terbukti’ bisiknya seorang diri.
     Di luar rumah, kedengaran bunyi hon yang datang daripada sebuah kenderaan. Lisa menjengahkan kepalanya ke luar rumah melalui cermin tingkap. Dari susuk tubuh, Lisa pasti itu adalah Redhwan.
     “Lisa, jom!”
     “Jom?, ke mana?”
     “Lisa, awak kan nak jumpa peguam hari ni. Jom saya hantarkan”
     “Takpe la, saya boleh naik teksi je”
     “Saya tak tanya pun awak nak ke tak nak. Dah, jom.”
     “Saya pun tak cakap tak nak, hahaha”
     Sebelum perbicaraan bermula, Redhwan meluangkan masa bersama Lisa menemui peguam pendakwa yang menguruskan kes langgar lari tersebut. Lisa terpaksa melakukan semua ini kerana ayahnya sakit di rumah.
     “So, apa pendapat awak ?”
     “Great, dia tiada lesen memandu, so saya ada bukti kukuh yang dia langgar ibu saya, kan?”
     “Lupakan pasal lesen memandu” tukas Redhwan.
     “But why?”
     “Irwan masih boleh memperoleh lesen memandunya. Dia ada wang Lisa. He can buy anything with money.”
     “No, he can’t!. I never make it happen. No matter what happen”
     Setibanya mereka di sana, mereka terus bergegas ke bilik peguam pendakwa tersebut.
     “Saya telah membaca berita itu,” peguam itu menjelaskan dengan tenang. “Tetapi, kamu berdua harus tahu, saya tidak boleh terpengaruh dengan pendapat umum, harap kamu faham.”
     “Dengan bukti-bukti yang baru ini, tuan pasti dapat menjadikan Irwan sebagai tertuduh yang melanggar ibu kepada Lisa” Redhwan memberi cadangan.
     “Tidak semudah itu Wan”
     “Tapi kenapa?”
     “Hanya Lisa yang melihat Irwan berada di kerusi pemandu ketika itu. Seorang saksi tak memadai. Lagipun Arshad, pemuda berkumis itu sudah mengaku dia yang bersalah dan melanggar ibu Lisa”
     Lisa yang sejak tadi mendiamkan diri mendekatkan diri kepada Redhwan.
     “Tuan di pihak siapa?” sedikit tinggi nada suara Lisa saat itu.
     “Undang-undang” peguam itu tersenyum.
     “Undang-undang yang mana?”
     Hampir sahaja berlaku pertengkaran. Namun, nampak  gayanya peguam itu begitu profesional dalam menjalankan tugas. Dia hanya mendiamkan diri bagi meredakan keadaan. Aksi-aksi sebegini sudah lali baginya sepanjang perjalanan kariernya sebagai seorang peguam.
     Lisa memerhatikan Redhwan.  Lisa menyedari bahawa Redhwan sahaja lah yang memahami perasaannya tatkala ini.
     “Saya pelik lah Wan”
     “For what?”
     “Siapa pemuda yang mengaku langgar ibu saya tu?” Lisa terlupa kepada lelaki tersebut kerana asyik tertumpu pada pemuda bernama Irwan yang dilihatnya yang melanggar ibunya.
     “Arshad, errr then?”
     “Takde la, Saya just pelik je. Kenapa dia sanggup buat semua tu?. Awak tak rasa ke?. Perbuatan dia tu sama je macam tong sampah, sanggup merelakan diri untuk sesuatu yang jijik.”
     “Tong sampah juga punya hak menampung wang kertas melimpah ruah bukan?” Redhwan menduga.
     “Maksud awak?” Lisa begitu tidak mengerti dengan kenyataan yang diberikan Redhwan.
     “Mungkin Arshad melakukan untuk keperluan, keluarganya or anything. Dalam erti kata lain, he really really needs a money”
     “Ahhh!, duit, duit, duit. Tak ada benda lain ke. Duit boleh cari lah.”
     “Ya betul, money not everything, but we cannot do anything without money. Right?”
     “Sudahlah Wan, awak tak faham apa yang saya rasa”
     “Cuba awak beritahu apa yang saya tak faham. Istighfar Lisa, ingat pada Tuhan!” pujuknya.
     “Tuhan?” Lisa mendengus perlahan. “Biarkan saya bersendirian Wan”
     Malam itu, dia bersujud lagi di atas tikar solat.
     ‘Kutuklah aku ya Allah kerana meragui akan Mu!’ Lisa mulai berdoa.
Dan tuhanmu berfirman, ‘berdoalah kepadaku, nescaya akan kuperkenankan bagimu.’
                                                                      (Ghafir : 60)
     Dari bilik lain, tiba-tiba terdengar suara raungan garang disusuli lolongan anjing tinggi menyayat hati. Terdengar cakaran, tendangan balingan sesatu benda keras. Ia seperti datang dari kamar ayahnya. Lisa tingkas bangun daripada kedudukan asalnya dan bergegas ke bilik ayahnya.
     Di ambang pintu, Lisa terkaku dan tidak berani melangkah lagi ke dalam walau selangkah maju.
     Si lelaki tinggi kurus dan sudah tua kelihatan menderam di dalam bilik. Pakaian di tubuhnya ditumbuhi bulu-bulu halus namun lebat dan panjang serta berwarna coklat pekat. Wajahnya lonjong ke hadapan. Telinganya lebar dan menjadi cabang. Begitu juga dengan gigi-gigi taring yang meruncing berserta lidah yang terjulur ke hadapan. Matanya merah kehijau-hijauan.
     Mata yang dahagakan darah.     


To be continued
     
Penat Menaip Oleh Unknown Tepat Jam 10:52 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: koleksi cerpenku
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

nRelate - Posts and Homepage

About Me

Unknown
View my complete profile

Followers

senarai catatan

  • Pasal aq (15)
  • koleksi cerpenku (13)
  • lucu kah? (9)
  • Information & knowledge (5)
  • Puisi (5)
  • Mutiara Jiwa (3)
  • Tips kesihatan dan kehidupan (3)
  • Fakta ke Auta (1)
  • Ilmu Islam (1)

Chat Box

Blog Archive

  • ►  2011 (6)
    • ►  August (2)
    • ►  October (2)
    • ►  November (1)
    • ►  December (1)
  • ▼  2012 (32)
    • ►  January (1)
    • ►  March (3)
    • ►  April (3)
    • ►  May (9)
    • ►  June (1)
    • ►  July (5)
    • ▼  August (1)
      • Angkara Semalam (CHAPTER 10) cecerpenku
    • ►  September (1)
    • ►  October (6)
    • ►  November (1)
    • ►  December (1)
  • ►  2013 (7)
    • ►  January (2)
    • ►  April (1)
    • ►  May (1)
    • ►  June (1)
    • ►  July (1)
    • ►  October (1)
  • ►  2014 (5)
    • ►  August (4)
    • ►  November (1)
  • ►  2015 (5)
    • ►  January (2)
    • ►  June (1)
    • ►  July (1)
    • ►  August (1)
  • ►  2016 (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (1)
    • ►  June (1)


ButtonBeats.com
Manchester City
Theme images by dem10. Powered by Blogger.
ALL RIGHT RESERVE BELONGS TO REDHEART MASTERPIECE