Dua hari lagi perbicaraan di mahkamah
akan bermula. Redhwan menelefon Lisa.
“Lisa!,
did u read the newspaper today?”
“Belum-belum, kenapa ye Wan?”
“Belum-belum, kenapa ye Wan?”
“Takpe nanti kalau ada masa awak baca tau!”
Lisa masih terpinga-pinga tapi tidak pula mendesak
Redhwan untuk menerangkan kepadanya. “Ok-ok”
“Assalamualaikum”
“Waalaikumusalam”
Talian diputuskan oleh Redhwan. Seraya itu
Lisa terus mencapai senaskhah surat khabar di atas meja di ruang tamu. Lisa
membaca sepuas-puasnya berita di lampiran dua. Bahagian itu memaparkan berita
yang ditulis oleh seorang wartawan tentang tragedi yang mengerikan itu, tragedi
kehilangan ibunya yang tersayang. Selain itu, berita itu juga turut memuatkan
maklumat baru mengenai pemuda itu yang sebelum ini pernah dihukum penjara
selama dua tahun akibat dua kes yang dilakukannya.
Dalam kes pertama, Irwan disabitkan
kesalahan kerana memandu dalam keadaan mabuk dan membahayakan. Lalu lesen
memandunya digantung.
Dalam kes kedua, Irwan ditangkap sedang
bergaduh dan menyebabkan kecederaan.
‘Bagus, tuduhan saya jelas terbukti’
bisiknya seorang diri.
Di luar rumah, kedengaran bunyi hon yang
datang daripada sebuah kenderaan. Lisa menjengahkan kepalanya ke luar rumah
melalui cermin tingkap. Dari susuk tubuh, Lisa pasti itu adalah Redhwan.
“Lisa, jom!”
“Jom?, ke mana?”
“Jom?, ke mana?”
“Lisa, awak kan nak jumpa peguam hari ni.
Jom saya hantarkan”
“Takpe la, saya boleh naik teksi je”
“Saya tak tanya pun awak nak ke tak nak.
Dah, jom.”
“Saya pun tak cakap tak nak, hahaha”
Sebelum perbicaraan bermula, Redhwan
meluangkan masa bersama Lisa menemui peguam pendakwa yang menguruskan kes
langgar lari tersebut. Lisa terpaksa melakukan semua ini kerana ayahnya sakit
di rumah.
“So, apa pendapat awak ?”
“Great, dia tiada lesen memandu, so saya
ada bukti kukuh yang dia langgar ibu saya, kan?”
“Lupakan pasal lesen memandu” tukas
Redhwan.
“But why?”
“Irwan masih boleh memperoleh lesen
memandunya. Dia ada wang Lisa. He can buy anything with money.”
“No, he can’t!. I never make it happen. No
matter what happen”
Setibanya mereka di sana, mereka terus
bergegas ke bilik peguam pendakwa tersebut.
“Saya telah membaca berita itu,” peguam
itu menjelaskan dengan tenang. “Tetapi, kamu berdua harus tahu, saya tidak
boleh terpengaruh dengan pendapat umum, harap kamu faham.”
“Dengan bukti-bukti yang baru ini, tuan
pasti dapat menjadikan Irwan sebagai tertuduh yang melanggar ibu kepada Lisa”
Redhwan memberi cadangan.
“Tidak semudah itu Wan”
“Tapi kenapa?”
“Hanya Lisa yang melihat Irwan berada di
kerusi pemandu ketika itu. Seorang saksi tak memadai. Lagipun Arshad, pemuda
berkumis itu sudah mengaku dia yang bersalah dan melanggar ibu Lisa”
Lisa yang sejak tadi mendiamkan diri
mendekatkan diri kepada Redhwan.
“Tuan di pihak siapa?” sedikit tinggi nada
suara Lisa saat itu.
“Undang-undang” peguam itu tersenyum.
“Undang-undang yang mana?”
Hampir sahaja berlaku pertengkaran. Namun,
nampak gayanya peguam itu begitu
profesional dalam menjalankan tugas. Dia hanya mendiamkan diri bagi meredakan
keadaan. Aksi-aksi sebegini sudah lali baginya sepanjang perjalanan kariernya
sebagai seorang peguam.
Lisa memerhatikan Redhwan. Lisa menyedari bahawa Redhwan sahaja lah yang
memahami perasaannya tatkala ini.
“Saya pelik lah Wan”
“For what?”
“Siapa pemuda yang mengaku langgar ibu
saya tu?” Lisa terlupa kepada lelaki tersebut kerana asyik tertumpu pada pemuda
bernama Irwan yang dilihatnya yang melanggar ibunya.
“Arshad, errr then?”
“Takde la, Saya just pelik je. Kenapa dia
sanggup buat semua tu?. Awak tak rasa ke?. Perbuatan dia tu sama je macam tong
sampah, sanggup merelakan diri untuk sesuatu yang jijik.”
“Tong sampah juga punya hak menampung wang
kertas melimpah ruah bukan?” Redhwan menduga.
“Maksud awak?” Lisa begitu tidak mengerti
dengan kenyataan yang diberikan Redhwan.
“Mungkin Arshad melakukan untuk keperluan,
keluarganya or anything. Dalam erti kata lain, he really really needs a money”
“Ahhh!, duit, duit, duit. Tak ada benda
lain ke. Duit boleh cari lah.”
“Ya betul, money not everything, but we
cannot do anything without money. Right?”
“Sudahlah Wan, awak tak faham apa yang
saya rasa”
“Cuba awak beritahu apa yang saya tak
faham. Istighfar Lisa, ingat pada Tuhan!” pujuknya.
“Tuhan?” Lisa mendengus perlahan. “Biarkan
saya bersendirian Wan”
Malam itu, dia bersujud lagi di atas tikar
solat.
‘Kutuklah aku ya Allah kerana meragui akan
Mu!’ Lisa mulai berdoa.
Dan
tuhanmu berfirman, ‘berdoalah kepadaku, nescaya akan kuperkenankan bagimu.’
(Ghafir : 60)
Dari bilik lain, tiba-tiba terdengar suara
raungan garang disusuli lolongan anjing tinggi menyayat hati. Terdengar
cakaran, tendangan balingan sesatu benda keras. Ia seperti datang dari kamar
ayahnya. Lisa tingkas bangun daripada kedudukan asalnya dan bergegas ke bilik
ayahnya.
Di ambang pintu, Lisa terkaku dan tidak
berani melangkah lagi ke dalam walau selangkah maju.
Si lelaki tinggi kurus dan sudah tua
kelihatan menderam di dalam bilik. Pakaian di tubuhnya ditumbuhi bulu-bulu
halus namun lebat dan panjang serta berwarna coklat pekat. Wajahnya lonjong ke
hadapan. Telinganya lebar dan menjadi cabang. Begitu juga dengan gigi-gigi
taring yang meruncing berserta lidah yang terjulur ke hadapan. Matanya merah
kehijau-hijauan.
Mata yang dahagakan darah.
To
be continued
No comments:
Post a Comment
Salam Ukhuwah .
Terima Kasih Sudi Singgah .
Do Come Again . :)