Tuesday, July 17, 2012

CHAPTER 9 Angkara Semalam


     Petang itu, cuaca tidaklah begitu panas seperti hari-hari sebelum ini. Suasana di Kampung Saujana tidaklah terlalu sunyi kerana teriakan anak-anak kecil yang sedang bermain di luar rumah masing-masing memberi keriangan dan keceriaan di kampung itu. Lebih meriah dari kampung Upin & Ipin J .
     Redhwan juga tidak melepaskan peluang untuk merasai keindahan berada di desa. Keberadaannya di kampung itu digunakan sebaiknya kerana Redhwan tinggal di tengah-tengah bandar raya yang tidak kenal erti sesak. Redhwan menaiki motor bapa saudaranya untuk meronda-ronda ke kawasan kampung itu.
     Nyaman sungguh udara. Setelah puas meronda, Redhwan baru mengenali apa itu erti kepenatan. Dia mengambil keputusan untuk beredar pulang ke rumah .
     Namun, dalam perjalanan pulangnya, dia terserempak dengan seorang gadis yang seperti dia mengenalinya. Tapi tidaklah dia begitu pasti. Redhwan memperlahankan motornya sebelum berhenti di bahu jalan. Redhwan Cuma berada dalam lingkungan 5 meter di hadapan gadis itu. Dia menunggu seketika sehingga gadis itu melepasinya.
    “ Emmm Lisa?”
     Gadis itu memandang muka Redhwan, nampak kedutan di dahinya, “Ya saya. Ha! boleh saya tahu macam mana Encik ni boleh tahu nama saya?”
     “Oh betul la awak Lisa, lega saya. Saya fikir silap orang tadi. Actually, dua hari lepas masa ibu awak dikebumikan, saya dan Pak Jabar ada terlihat awak semasa perjalanan kami ke rumahnya, then dia ternampak awak dekat luar rumah. Dia pun kenalkan pada saya.”
     “Wah panjang explanation Encik hehe. Pak Jabar ni pun satu. Pandai-pandai je kenalkan orang dekat orang lain. Siap dia nanti”
     “Awak marah ke?”
     “Tak adalah, saya bergurau je”
     “Anyway, nama saya Redhwan. Panggil Wan je.”
     “Lisa”
     “Salam perkenalan. Dan awak nak ke mana ni?”
     “Saya dari pasar tadi, beli barang basah sikit. Dan sekarang nak balik rumah dah”
     “Em, nak saya hantar?”
     “Errr, naik motor??. Takpe lah Encik Redhwan . Next time k”
     “Panggil saya Redhwan je. Ok, jumpa lagi Lisa” 
      Redhwan beredar dari situ dan membiarkan Lisa meneruskan perjalanannya. Tanpa disedari dia tersenyum berseorangan di atas motosikalnya. Tidak tahu apa yang sedang difikirkannya. Sama ada pelawaannya mengajak Lisa menaiki motornya yang membuatkan dia berasa lucu atau benda lain, Redhwan sahaja yang tahu.
       Pertemuan mereka tidak berakhir di situ, kerana keesokan harinya mereka bertemu lagi. Ia seperti satu pertemuan yang direncanakan.
      Mulai detik dan saat itu mereka semakin akrab dan menjadi sahabat.



No comments:

Post a Comment

Salam Ukhuwah .
Terima Kasih Sudi Singgah .
Do Come Again . :)

nRelate - Posts and Homepage

ALL RIGHT RESERVE BELONGS TO REDHEART MASTERPIECE