Tiga
tahun berlalu. Waktu yang seakan panjang pada permulaan kini telah pun dilaluinya.
Kini Lisa sudah pun bergelar mahasiswa dan sudah tiba masanya untuk Lisa mengorak
langkahnya lebih jauh lagi. Dengan azam dan tekad yang tersemat di dada selama
ini.
Teringat Lisa sewaktu kecil dahulu, semasa
menduduki darjah satu apabila ditanya oleh cikgu akan cita-citanya. Dengan
lantang dia menyebut ‘polis cikgu’. Dan rasanya hampir kesemua rakannya yang
lain juga mempunyai jawapan yang sama. Namun apabila Lisa berada di tingkatan
1, lain pula cita-citanya. Mahu menjadi ahli sasterawan negara la, angkasawan
wanita Malaysia pertama lah. Tapi itu cuma angan-angan masa kecil sahaja dan
ternyata bidang yang diambil kini jauh berbeza dengan semua itu. Kursus
perakaunan menjadi pilihan.
Peristiwa hitam yang menghantuinya suatu
ketika dahulu hanya menjadi sebahagian sejarah hidup yang pernah dilaluinya.
Lisa sudah mampu melupakan apa yang terjadi dan redha akan ketentuan ilahi.
Walaupun Lisa tidak berjaya membawa si pembunuh ke penjara dan masih bebas
kini. Lisa percaya hukuman tetap hukuman. Kalau tidak di dunia insya-Allah pasti di akhirat jua. Sudah
tiba masa untuk Lisa merelakan kepergian ibu tercinta menemui sang pencipta.
Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan meninggal dunia.
(manusia)
mempunyai ajal. Apabila sampai ajal maut seseorang maka manusia tidak berupaya
menunda mahupun mempercepatkan, walaupun sesaat pun.
( Surah al-A’raf 7:34)
Lisa masih duduk di tikar solatnya
mengumpul kekuatan untuk memulakan rutin hariannya. Dia sedar sebagai hamba
Allah, dia harus redha akan ketentuannya dan tidak hanya mengeluh sahaja.
Terkadang Allah tidak memberikan apa yang kita mahu melainkan apa yang kita
perlu. Kita sering mahukan hari yang cerah sedangkan Allah lebih tahu hakikat
hujan perlu diturunkan.
Beberapa detik kemudian, terlintas di
benak fikirannya tentang Redhwan. Apa khabar agaknya sekarang ni. Entah-entah
dah kahwin tapi tak jemput hahaha. Lisa ketawa berseorangan kerana merasa lucu
akan hal tersebut. Sebaik sahaja kes langgar lari ibunya ditutup, Redhwan
ditawarkan bekerja sebagai seorang pendidik, namun ditempatkan di Sarawak. Oleh
itu sudah tiga tahun Lisa tidak menemui
Redhwan. Namun mereka masih lagi berhubung melalui pesanan ringkas dan muka
buku.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering dan
getarannya masih dapat dirasa walaupun terletak kira-kira 10 meter darinya.
“Assalamua”
“Waalaikumusalam. Haha awak lambat sangat
la Wan”. Lisa cuba menyakat
“Emmm, Lisa Lisa. Tak berubah ea, masih
macam dulu. Sukeee kene kan saya kan.”
“Awak nak saya berubah ke?”
“Eh, jangan!. Jangan ubah perasaan awak
kat saya please”
“Eeeee!! Geli la saya Wan, awak cakap
macam tu. Hah apa mimpi awak ni kol saya ni. Tebiat eh hahaha. Saya baru cakap
sorang-sorang fasal awak tadi. Oppss kantoi sudah, nanti ada orang perasan
wekkk!”.
“Whatever… saya nak jumpa awak. Boleh?”
“Saya tahu saya tahu, awak mesti dah balik
sini kan. Hebatnye Anis Marlissa ni, seperti yang dijangka kan”
“Yup hebat. Hebat masuk bakul angkat
sendiri. So ??”
“So what? So tong hahaha”
“Ariana Mayessa!!! Grrrrr”
“Ariana Mayessa???? Awek mana plak awak
tersasul ni hah?”
“Hah jelez la tu. Yez hahahaha. Ok jangan
lupa date kita lusa kul 9 malam. Tempat nanti saya text ok”
“Eh japppp, bila masa saya cakap ok?”.
Namun Lisa menyedari dia hanya bercakap seorang diri kerana Redhwan telah
terlebih dahulu mematikan perbualan itu. Mungkin di Serawak ada kelas menjinakkan burung merpati agaknya.
No comments:
Post a Comment
Salam Ukhuwah .
Terima Kasih Sudi Singgah .
Do Come Again . :)