-->
redheart masterpiece

Sunday, September 23, 2012

Angkara Semalam (CHAPTER 11)


Tiga tahun berlalu. Waktu yang seakan panjang pada permulaan kini telah pun dilaluinya. Kini Lisa sudah pun bergelar mahasiswa dan sudah tiba masanya untuk Lisa mengorak langkahnya lebih jauh lagi. Dengan azam dan tekad yang tersemat di dada selama ini.
     Teringat Lisa sewaktu kecil dahulu, semasa menduduki darjah satu apabila ditanya oleh cikgu akan cita-citanya. Dengan lantang dia menyebut ‘polis cikgu’. Dan rasanya hampir kesemua rakannya yang lain juga mempunyai jawapan yang sama. Namun apabila Lisa berada di tingkatan 1, lain pula cita-citanya. Mahu menjadi ahli sasterawan negara la, angkasawan wanita Malaysia pertama lah. Tapi itu cuma angan-angan masa kecil sahaja dan ternyata bidang yang diambil kini jauh berbeza dengan semua itu. Kursus perakaunan menjadi pilihan.
     Peristiwa hitam yang menghantuinya suatu ketika dahulu hanya menjadi sebahagian sejarah hidup yang pernah dilaluinya. Lisa sudah mampu melupakan apa yang terjadi dan redha akan ketentuan ilahi. Walaupun Lisa tidak berjaya membawa si pembunuh ke penjara dan masih bebas kini. Lisa percaya hukuman tetap hukuman. Kalau tidak di  dunia insya-Allah pasti di akhirat jua. Sudah tiba masa untuk Lisa merelakan kepergian ibu tercinta menemui sang pencipta. Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan meninggal dunia.
(manusia) mempunyai ajal. Apabila sampai ajal maut seseorang maka manusia tidak berupaya menunda mahupun mempercepatkan, walaupun sesaat pun.
                                                                                          ( Surah al-A’raf 7:34)
     Lisa masih duduk di tikar solatnya mengumpul kekuatan untuk memulakan rutin hariannya. Dia sedar sebagai hamba Allah, dia harus redha akan ketentuannya dan tidak hanya mengeluh sahaja. Terkadang Allah tidak memberikan apa yang kita mahu melainkan apa yang kita perlu. Kita sering mahukan hari yang cerah sedangkan Allah lebih tahu hakikat hujan perlu diturunkan.
     Beberapa detik kemudian, terlintas di benak fikirannya tentang Redhwan. Apa khabar agaknya sekarang ni. Entah-entah dah kahwin tapi tak jemput hahaha. Lisa ketawa berseorangan kerana merasa lucu akan hal tersebut. Sebaik sahaja kes langgar lari ibunya ditutup, Redhwan ditawarkan bekerja sebagai seorang pendidik, namun ditempatkan di Sarawak. Oleh itu sudah tiga tahun  Lisa tidak menemui Redhwan. Namun mereka masih lagi berhubung melalui pesanan ringkas dan muka buku.
     Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering dan getarannya masih dapat dirasa walaupun terletak kira-kira 10 meter darinya.
     “Assalamua”
     “Waalaikumusalam. Haha awak lambat sangat la Wan”. Lisa cuba menyakat
     “Emmm, Lisa Lisa. Tak berubah ea, masih macam dulu. Sukeee kene kan saya kan.”
     “Awak nak saya berubah ke?”
     “Eh, jangan!. Jangan ubah perasaan awak kat saya please”
     “Eeeee!! Geli la saya Wan, awak cakap macam tu. Hah apa mimpi awak ni kol saya ni. Tebiat eh hahaha. Saya baru cakap sorang-sorang fasal awak tadi. Oppss kantoi sudah, nanti ada orang perasan wekkk!”.
     “Whatever… saya nak jumpa awak. Boleh?”
     “Saya tahu saya tahu, awak mesti dah balik sini kan. Hebatnye Anis Marlissa ni, seperti yang dijangka kan”
     “Yup hebat. Hebat masuk bakul angkat sendiri. So ??”
     “So what? So tong hahaha”
     “Ariana Mayessa!!! Grrrrr”
     “Ariana Mayessa???? Awek mana plak awak tersasul ni hah?”
     “Hah jelez la tu. Yez hahahaha. Ok jangan lupa date kita lusa kul 9 malam. Tempat nanti saya text ok”
     “Eh japppp, bila masa saya cakap ok?”. Namun Lisa menyedari dia hanya bercakap seorang diri kerana Redhwan telah terlebih dahulu mematikan perbualan itu. Mungkin di Serawak  ada kelas menjinakkan burung merpati agaknya.
Penat Menaip Oleh Unknown Tepat Jam 5:46 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: koleksi cerpenku
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

nRelate - Posts and Homepage

About Me

Unknown
View my complete profile

Followers

senarai catatan

  • Pasal aq (15)
  • koleksi cerpenku (13)
  • lucu kah? (9)
  • Information & knowledge (5)
  • Puisi (5)
  • Mutiara Jiwa (3)
  • Tips kesihatan dan kehidupan (3)
  • Fakta ke Auta (1)
  • Ilmu Islam (1)

Chat Box

Blog Archive

  • ►  2011 (6)
    • ►  August (2)
    • ►  October (2)
    • ►  November (1)
    • ►  December (1)
  • ▼  2012 (32)
    • ►  January (1)
    • ►  March (3)
    • ►  April (3)
    • ►  May (9)
    • ►  June (1)
    • ►  July (5)
    • ►  August (1)
    • ▼  September (1)
      • Angkara Semalam (CHAPTER 11)
    • ►  October (6)
    • ►  November (1)
    • ►  December (1)
  • ►  2013 (7)
    • ►  January (2)
    • ►  April (1)
    • ►  May (1)
    • ►  June (1)
    • ►  July (1)
    • ►  October (1)
  • ►  2014 (5)
    • ►  August (4)
    • ►  November (1)
  • ►  2015 (5)
    • ►  January (2)
    • ►  June (1)
    • ►  July (1)
    • ►  August (1)
  • ►  2016 (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (1)
    • ►  June (1)


ButtonBeats.com
Manchester City
Theme images by dem10. Powered by Blogger.
ALL RIGHT RESERVE BELONGS TO REDHEART MASTERPIECE