-->
redheart masterpiece

Wednesday, March 21, 2012

Angkara Semalam (CHAPTER 3)


Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka),kecuali orang yang beriman dan yang mengerjakan amal soleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putus.
                                                                 (At-tin; ayat 4-6)
     “Wah, macam best je Aini”
     “Best??, Apa yang bestnya. Aku menguap pun best ke hak hak hak.”
     “Nasib baik lah aku ni penyabar orangnya. Bukan. Maksud aku ni novel yang aku baca. Kau dah habis baca kan?” Lisa merenung wajah Aini sambil memeluk Novel yang berada di pegangannya.
     “Eleh, nak pinjam cakap je lah. Malu-malu konon. Tui”
     “Alah kau ni Aini. Aku kan perempuan Melayu terakhir, kenelah cover macho skit. Lemah lembut gitu.” Menyeringai senyuman Lisa di hadapan Aini. Sengaja kelopak matanya di kelip-kelipkan.
     “Ha yelah-yelah. Takkan aku tak bagi pulak kat kawan kesayangan aku sorang ni kan. Best sangat ke cerita tu?”
     “Boleh lah aku rasa. Kau dah abis baca kan Aini?. What is ur opinion Pn Aini?”
     Aini meletakkan gelas yang dipenuhi air yang diambilnya dari dapur kerana tekaknya terasa dahaga sebentar tadi. “What!!, I’m still single ok!, don’t call me Pn ok. Emm, bagi aku eh?.. Biasa je kot. Tak ada lah seram pun.”
     “Entah, tak tahu  plak aku. Yelah baru habis baca bab 1. Tapi kenapa kau rasa tak best. Ha baik kau cakap, sebelum aku meneruskan pembacaan ku ini hahaha.”
     “Bukan tak best sebab apa, cerita dia tak berapa logik lah. Ok, contoh kat bab 1, takkan tetiba je si Samad tu mengaku dia fitnah arwah suami Maryam tu, then takkan lah mudah sangat si Maryam tu mati. Lawan jelah, fire ke hehe.” Dengan penuh semangat Aini menerangkan kepada Lisa.
     “Ish ish ish. Dah citernye macam tu. Eh, parent kau balik esok kan.” Terangkat kedua-dua keningnya, sehingga menampakkan garis kedutan di dahinya kerana inginkan kepastian.
     “Iya, jangan risau kawan ku yang tersayang.”
     Sememangnya Lisa agak risau. Bukan khuatir akan dirinya tapi ibu bapanya yang ditinggalkan di rumah. Lisa terpaksa bermalam di rumah Aini kerana temannya itu mengajaknya bahkan memujuknya menemaninya dalam beberapa hari ini di atas kepergian ibu bapanya bercuti ke pantai timur.
     Sudah puas Lisa mengajak Aini tidur di rumah ibu bapanya sahaja tetapi ternyata Aini lebih hebat memujuk. Sebenarnya Aini terasa kekok berada di rumah orang tambahan lagi jika ada orang tua Lisa di rumah. Oleh itu, Aini memberi alasan tak ada orang nak jaga rumah nanti sekiranya dia tidur di rumah Lisa.
     “Bagus, and I borrow this book until Wednesday k?”
     “Tak payah lah, amik je terus”
     “Are you serius??”
    “This offer comes skali je tau. Nak aku tarik balik kata-kata aku cik Lisa?”
     “Never mind. Sayang kau lebih.” Lisa terus merangkul tubuh Aini dan memeluknya erat. Mana bisa dia menolakkan. Ia seperti orang mengantuk di sorongkan bantal, tilam dan bantal busuk. Maka tidak perlu dia memikirkan sekiranya dia terlupa untuk memulangnya semula.
     Tepat 11 malam. Kedua-duanya terlena. Namun Lisa bangun semula apabila jam locengnya bergetar tatkala waktu sudah menunjukkan hampir pukul 2. Waktu yang indah untuk terus lena bagi yang lain. Malam itu, Lisa sudah bertekad untuk menunaikan solat sunat.
Keadaan yang paling dekat antara Tuhan dan hambanya adalah pada waktu tengah malam. Jika kamu mampu menjadi sebahagian makhluk yang berzikir kepada Allah, maka kerjakanlah pada waktu itu.
                                                                 (HR Tirmizi 3503)

Penat Menaip Oleh Unknown Tepat Jam 12:59 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: koleksi cerpenku

Friday, March 16, 2012

Angkara Semalam (CHAPTER 2)


Dia termenung sejenak. Menatap rembulan. Hambar sahaja tatapannya itu.
     Beberapa tahun yang lalu, ketika rembulan seindah malam ini dia teringat sewaktu bersama seorang gadis jelita yang mengghairahkan. Janji dipadu terus semat di hati. Lalu tiba-tiba bagai taufan di siang hari yang melenyapkan cahaya di muka bumi, akhirnya wanita idamannya itu bernikah dengan lelaki lain. Rembulan masih hadir selepas itu. Entah berapa kali Samad menatap rembulan itu dengan perasaan sakit tidak terperi yang semakin hari semakin membangkitkan dendam kesumatnya jauh di sudut hati.
     Akan tetapi kesalahan Samad yang terbesar adalah apabila dia menabur fitnah dan memujuk orang-orang yang hampir dengannya untuk menyempurnakan hajatnya. Kelebihannya sebagai ketua desa itu dimanfaatkan sebaik mungkin. Samad menyebarkan berita bahawa suami perempuan itulah yang menyebarkan penyakit menular ke kampung mereka dan yang telah mengakibatkan kematian cucunya.
     Suami perempuan itu adalah seorang bomoh. Dia semakin masyhur di kalangan penduduk kerana telah merawat pelbagai penyakit. Semakin hari pengaruh Samad yang kuat pada dahulunya sebagai kepala desa tercabar ditambah dengan dendam lama yang membuak-buak di hati. Samad dengan tanpa berfikir panjang memfitnah bahawa keinginan besar lelaki tersebut untuk menjadi bomoh terhebat hanya dapat dicapai dengan mengorbankan beberapa nyawa dengan menyebarkan penyakit yang pelik.
Dan adalah manusia itu bersifat tergesa-gesa.
                                                (Al israa : ayat 11)
     Akhirnya pesaingnya itu tersingkir.
     Tiga tahun kemudian, dia menyangka dendamnya sudah terlangsai. Lelaki saingannya telah mati. Sayangnya, dia telah melakukan kesalahan. Perempuan itu ternyata teguh pendirian.
      Itu lah kesalahan terbesar samad. Titik permulaan kepada permasalahan. Permainan baru bermula!.
     Wabak penyakit tetap menular dan siapa sangka wabak lain muncul dengan tiba-tiba. Lebih tepat lagi wabak misteri. Wabak misteri yang datang entah dari mana. Datangnya tidak diundang sama sekali. Tanpa tanda-tanda, mangsa akhirnya mati. Mati tanpa meninggalkan bekas kecuali kepala si mati dengan keadaan mengerikan. Ia bagaikan pembunuhan kejam. Akhirnya Samad sedar, semua mangsa yang mati adalah orang-orang yang sebelumnya bersama-samanya bekerjasama menumpaskan pesaingnya itu. Pesaing yang dibunuh oleh orang kampung di tengah-tengah desa akibat termakan kata hasutan daripada Samad.
     “Entah mengapa kau dibiarkan hidup. Sungguh aku tidak mengerti.” Kata Tok Kenali, “Tetapi tak mustahil, giliran kau akan tiba jua Samad”
     “Tidak mengapa, aku sudah bersedia. Aku rela!.” Sengaja Samad menyebut perkataan ‘rela’ sedikit keras.
     “Tok, asyik bercakap je. Bila nak dimulai?” kedengaran suara seorang daripada mereka yang hadir. Seakan-akan tidak dapat menahan amarahnya.
     Tok Kenali kemudian berjalan mendahului.
     Langkah kakinya mantap tapi tak kedengaran bunyi tapak kakinya mahupun yang lain. Semua berhati-hati.
     Nafas yang lancar dan teratur.
     Namun ketika mereka mula mendaki setapak memasuki lereng gunung. Tok kenali berhenti seketika, lantas memegang parang yang terlekat di pinggang.
     Lalu tapak tangannya terasa lembap dan basah. Sesungguhnya mereka telah hampir dengan tapak persembunyian wanita tersebut. Ya, perempuan yang Samad idamkan, tapi itu dulu. Seorang janda yang telah membawa dirinya jauh dari dunia manusia. Namun diamnya membawa seribu makna dan persoalan.
     Setelah suaminya mati dengan keadaan yang memalukan. Perempuan itu membawa diri  jauh dari kampung itu. Tujuannya hanya satu. Pembalasan mutlak atas kematian suami. Dia mula menuntut ilmu yang entah dari mana datangnya. Ilmu yang tak sepatutnya dipelajari, apatah lagi dikuasai.

     Di dalam sebuah pondok usang jauh terpencil di hadapan mereka. Tampak sesusuk tubuh seorang perempuan yang dari tadi duduk diam tanpa sebarang kata.
     Malam yang sunyi sepi.
     Seluruh penghuni hutan seperti mengetahui apa yang bakal terjadi. Semuanya membisukan suara. Hanya bunyi cengkerik yang membingitkan suasana dan hembusan nafas yang tersekat-sekat dari kerongkong mereka. Lalu batang-batang rumpun buluh berkeriut menimbulkan bunyi gemersik yang bersahut-sahutan.
     Tok Kenali bersama-sama yang lain mula mendekati perempuan itu. Dari raut wajah perempuan itu menonjolkan ketenangan tanpa sebarang keresahan. Seakan-akan mengerti dan mengetahui akan apa yang direncanakan. Wajahnya yang masih ayu tidak memperlihatkan dirinya sudah berusia 30 tahun malah bertambah ayunya berbanding dulu. Mungkin ini kerana ramuan yang diberikan oleh arwah suaminya dahulu atau mungkin ilmu yang dipelajarinya sendiri. Hanya dia dan Allah mengetahui.
     Namun sedikit pun kecantikannya tidak bisa mengubah pendirian warga desa. Tujuan mereka hanyalah satu. Membalas dendam atas kematian keluarga mereka.
     “Sudahlah Maryam, semuanya akan berakhir di sini” Tok Kenali mula bicara.
     “Berapa pasti kah engkau?”
     “Sudah sekian lama kau bermaharajalela, sudah banyak nyawa telah kau korbankan”
     “Mereka berhak matiii!!!” bergetar nada suara Maryam lantas menambahkan lagi kemarahan ahli keluarga yang ingin menuntut bela.
     “Atas dasar apa kau berbicara hah?. Bukan kau yang tentukan takdir. Tapi Allah. Hanya Allah. Kembali lah kepadanya Maryam”
     “Sudah terlewat untuk Tok menasihati aku. Dan kepada lelaki tak guna itulah Tok berbicara!!”
     Lutut Samad mulai longlai dan goyah waktu matanya bertemu dengan penghuni rumah itu. Benih-benih cinta tak terbalas tapi dendam yang terus merajai hati, jelas terpancar di bibir Maryam.
     Detik-detik pun berlalu
     Bersama kesunyian yang kian menyentak. Nampaknya, tidak seorang pun yang berani mengatakan sesuatu, sehingga seperti tiga jiwa sahaja yang terlibat dalam adegan itu.
     “Maafkan aku Maryam.”
     “Maaf? Huh!”
     “Aku sedar kesalahan aku. Aku sanggup menyerahkan nyawa aku sebagai tanda pemohonan maaf aku terhadap apa yang telah aku lakukan kepada kau dan seluruh orang kampung”
     “Lupakan Samad, aku tak berminat”
     “Maryam, kenapa kau tak bunuh aku?, tapi kenapa mereka? Mereka tak bersalah!”
     “Aku tak akan biarkan kau mati begitu mudah Samad, kau akan mati. Giliran kau akan tiba juga nanti.”
     “Maryam, akuu, akuu, aku dah cukup terhukum sekarang. Aku telah dibenci oleh penduduk kampung…….. keranaa mereka semua sudah tahu aku yang memfitnah suami kau. Nama suami kau telah bersih Maryam. Tolonglah Maryam!”
     “Apakah maaf kau mampu mengembalikan suami aku?? Jawab Samad? Jawab!”
     Suasana kembali sunyi semula
     Salah seorang dari mereka tidak berpuas hati, “Mari kita lakukan sekarang Tok!”
     Yang lain turut bersetuju.
     Tok Kenali mengangkat tangan sebagai tanda menyuruh mereka senyap.
     “Aku tiada permusuhan peribadi dengan kau Maryam,” katanya dingin. “Maka, aku harap engkau mengerti. Keadaan membuat aku terpanggil untuk melibatkan diri.”
     “Aku faham. Kelak roh ku tak akan mengganggu mu”
     Yang lain tersentak apabila kalimah ‘roh’ dan ‘ganggu’ disebut Maryam. Adakah mereka bakalan diganggu selepas ini. Mereka berpandang-pandangan sesama sendiri dengan wajah pucat lesi.
    Sambil duduk di hadapan Tok Kenali, Maryam menundukkan kepalanya. “Jika nyawaku yang kalian mahukan, silakan!” 
     “Baiklah Maryam, kau telah memudahkan kerja aku. Apa kata-kata terakhir kau Maryam?” sambil mengeluarkan pedang dari sarungnya dan seraya mengangkatnya tinggi ke udara.
     “Aku mahu memperingatkan kau Samad. Ini barulah permulaan!!. Tok Kenali, aku sudah tidak dapat menahan lagi Tok!  Sempurnakan segera kehancuran itu sekarang, sebelum pandangan aku berubah di atas keterlibatan kamu!”
     “Baiklah” getusnya perlahan.
     “Waktunya sudah tiba anakku” bisik Maryam perlahan sambil mengusap lembut perutnya lantas tersenyum.
     Tok kenali melangkah setapak ke hadapan. “ Kerana kita tidak bermusuhan, aku akan berikan kau kematian yang cepat” Tenang sekali nadanya. “Berdoalah semoga yang maha esa mengampuni dosa-dosa engkau”
     Perempuan itu akur. Kepalanya ditundukkan lagi sehingga menampakkan tengkuknya yang halus dan putih mulus itu.
     Pada saat-saat akhir inilah, hanya dia yang tahu bahawa di sebalik ketenangan sikap dan kepasrahan menerima kematiannya, dia bukanlah berdoa. Tangannya menyilang di dada, turun perlahan-lahan ke perutnya. Hampir tidak kelihatan dia mengusap perutnya dengan gerakan lembut dan penuh kasih sayang. Getus di dalam hatinya ‘Mereka tidak tahu ayah kamu telah menitipkan diri kamu pada aku, anakku. Mereka tidak tahu hanya kekuatan luaran yang telah mereka curi, tetapi kekuatan dalaman ku yang aku miliki anakku, aku kini menyusup ke dalam jiwa raga mu. Lahirlah dan hiduplah. Dan balas segala sakit hati ibu mu pada manusia-manusia terkutuk itu. Bangkitlah… bangkitlah…. Bangkitlah…!’
     Tok Kenali mengangkat parang setinggi mungkin. Mulutnya terkumat-kamit membaca mantera, lalu dengan gerakan cepat yang hampir tak kelihatan dek pandangan mata, parangnya pun menjunam ke bawah.
     Menetak dengan kesempurnaan.
     Sehingga leher perempuan itu putus dan memisahkan kepala dari tubuhnya. Tubuh perempuan itu terjatuh ke lantai lalu bergabung dengan darahnya yang menyembur dan membuak-buak keluar dari batang lehernya.
     Tok Kenali memandang pada wajah-wajah pucat orang-orang kampung yang melihat kejadian yang mengerikan itu. Ada yang berdiri tegak, kaku, gementar mahupun yang muntah-muntah kerana loya.
     Walaupun Tok Kenali kelihatan tegap berdiri, kelihatan berani. Namun masih terdapat sekelumit kegusaran di hatinya. “ Masih ada yang tidak berpuas hati” suaranya berbisik yang bergetar-getar.
     Kerana tak seorang pun yang bersuara. Tok Kenali memutuskan, “Mari kita kuburkan perempuan malang ini”
     Kemudian pondok usang itu dibakar sehingga musnah.
     Malam yang sungguh panjang bagi mereka pada malam itu.
     Setelah mereka semua beredar pulang dan tiada seorang pun di situ. Perlahan-lahan bangkitlah sesusuk tubuh dari lubang kubur yang hitam itu!.


                                                                                                                                  bersambung.......
Penat Menaip Oleh Unknown Tepat Jam 6:01 PM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: koleksi cerpenku

Wednesday, March 14, 2012

Angkara Semalam (chapter 1)


Author : awal ;')       
age : 20years old
HP : 01119160811
MUAR JOHOR


    Hari kian beransur pulang, memberi ruang untuk malam yang sekian lama menantikan gilirannya tiba. Suasana hening menyelimuti Kampung Saujana yang tampak lebih kelam dari kebiasaannya. Tidak seorang pun kelihatan berlegar-legar mahupun berkeliaran di sekitar perkarangan luar rumah. Bintang-bintang menari-nari penuh gemalai di dada langit nan biru menemani bulan yang sedikit diselaputi awan mendung. Udara juga berhembus sayu namun kesegarannya masih terasa. Namun sesegar mana pun udara di situ, setiap warga desa itu tahu, mereka seharusnya masuk tidur lebih awal meskipun mata sangat sukar dipejamkan. Kebanyakan daripada mereka menerawang fikirannya.
     Namun sebahagian lainnya tahu malam itu, sesuatu akan terjadi.
     Dan mereka menunggu detik itu tiba dengan kesabaran.
     Nun jauh di ceruk desa itu, satu-satunya pintu rumah yang masih terbuka dengan cahaya api dari obor yang terang-benderang menerobos masuk ke dalam rumah tersebut.
     Angin malam yang seakan-akan mendayu alunannya membuatkan api dari obor-obor sesekali beralun mengikuti gerak tiupan. Kelihatan terpadam seketika, namun terang kembali setelah beberapa ketika kemudiannya. Sekumpulan warga kampung berkumpul di halaman rumah Tok Kenali. Wajah mereka agak kaku dan teramat takut. Teramat!. Seakan ada sesuatu yang direncanakan.. Bahkan satu dua di antara mereka telah dicengkam perasaan gusar yang teramat sehingga menampakkan mereka menggigil terketar-ketar dan tidak mampu  untuk menyembunyikannya lagi.
     Ketegangan itu sedikit reda kerana masih ada yang kelihatan tenang. Tok kenali, seorang bomoh yang hebat di kampung itu.
      “Tiada yang perlu dikhuatiri. Selagi kita ikut apa yang direncanakan”. Ucapan tok kenali sedikit mengemparkan semua yang berkumpul di situ. “Pada yang masih ragu-ragu, masih ada ruang untuk berundur.”
     Seorang demi seorang menghembuskan nafas kerisauan, kepanasan terasa meruap-ruap keluar malah suara seakan tersekat di kerongkong, namun tiada seorang pun yang mengundurkan diri. Dendam kesumat yang terbuku di hati mengatasi ketakutan yang menyelubungi diri. Satu persatu kematian disaksikan oleh ahli keluarga mereka sendiri, apabila makhluk terkutuk itu membunuh ahli keluarga mereka lalu ditinggalkan dengan keadaan yang cukup mengerikan.
     Tok Kenali tersenyum seketika. “Syukurlah kerana kamu semua telah membulatkan tekad kamu”. Lalu Tok Kenali memalingkan wajahnya ke arah  Samad.
     “Masih ingat apa yang telah engkau lakukan dahulu pada suami perempuan itu?”
     “Ya” pendek sahaja jawapan daripada Samad”
     “Bahawa cucu mu mati akibat penyakit jantung. Bukan kerana di santau suami perempuan itu.”
     “Aku tahu dan aku amat menyesalinya Tok”
     “Syukurlah kau menyedarinya. Walaupun sudah terlambat”
      Samad sedar dan pasrah sekiranya jawatan yang disandang secara turun-temurun daripada ayah dan datuknya tidak dapat dipertahankan. Samad mungkin tidak lagi menjadi ketua desa itu setelah rahsianya terbongkar atas pengakuannya sendiri.


                                                                                                                                  bersambung......
Penat Menaip Oleh Unknown Tepat Jam 10:36 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: koleksi cerpenku
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

nRelate - Posts and Homepage

About Me

Unknown
View my complete profile

Followers

senarai catatan

  • Pasal aq (15)
  • koleksi cerpenku (13)
  • lucu kah? (9)
  • Information & knowledge (5)
  • Puisi (5)
  • Mutiara Jiwa (3)
  • Tips kesihatan dan kehidupan (3)
  • Fakta ke Auta (1)
  • Ilmu Islam (1)

Chat Box

Blog Archive

  • ►  2011 (6)
    • ►  August (2)
    • ►  October (2)
    • ►  November (1)
    • ►  December (1)
  • ▼  2012 (32)
    • ►  January (1)
    • ▼  March (3)
      • Angkara Semalam (chapter 1)
      • Angkara Semalam (CHAPTER 2)
      • Angkara Semalam (CHAPTER 3)
    • ►  April (3)
    • ►  May (9)
    • ►  June (1)
    • ►  July (5)
    • ►  August (1)
    • ►  September (1)
    • ►  October (6)
    • ►  November (1)
    • ►  December (1)
  • ►  2013 (7)
    • ►  January (2)
    • ►  April (1)
    • ►  May (1)
    • ►  June (1)
    • ►  July (1)
    • ►  October (1)
  • ►  2014 (5)
    • ►  August (4)
    • ►  November (1)
  • ►  2015 (5)
    • ►  January (2)
    • ►  June (1)
    • ►  July (1)
    • ►  August (1)
  • ►  2016 (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (1)
    • ►  June (1)


ButtonBeats.com
Manchester City
Theme images by dem10. Powered by Blogger.
ALL RIGHT RESERVE BELONGS TO REDHEART MASTERPIECE