-->
redheart masterpiece

Friday, March 16, 2012

Angkara Semalam (CHAPTER 2)


Dia termenung sejenak. Menatap rembulan. Hambar sahaja tatapannya itu.
     Beberapa tahun yang lalu, ketika rembulan seindah malam ini dia teringat sewaktu bersama seorang gadis jelita yang mengghairahkan. Janji dipadu terus semat di hati. Lalu tiba-tiba bagai taufan di siang hari yang melenyapkan cahaya di muka bumi, akhirnya wanita idamannya itu bernikah dengan lelaki lain. Rembulan masih hadir selepas itu. Entah berapa kali Samad menatap rembulan itu dengan perasaan sakit tidak terperi yang semakin hari semakin membangkitkan dendam kesumatnya jauh di sudut hati.
     Akan tetapi kesalahan Samad yang terbesar adalah apabila dia menabur fitnah dan memujuk orang-orang yang hampir dengannya untuk menyempurnakan hajatnya. Kelebihannya sebagai ketua desa itu dimanfaatkan sebaik mungkin. Samad menyebarkan berita bahawa suami perempuan itulah yang menyebarkan penyakit menular ke kampung mereka dan yang telah mengakibatkan kematian cucunya.
     Suami perempuan itu adalah seorang bomoh. Dia semakin masyhur di kalangan penduduk kerana telah merawat pelbagai penyakit. Semakin hari pengaruh Samad yang kuat pada dahulunya sebagai kepala desa tercabar ditambah dengan dendam lama yang membuak-buak di hati. Samad dengan tanpa berfikir panjang memfitnah bahawa keinginan besar lelaki tersebut untuk menjadi bomoh terhebat hanya dapat dicapai dengan mengorbankan beberapa nyawa dengan menyebarkan penyakit yang pelik.
Dan adalah manusia itu bersifat tergesa-gesa.
                                                (Al israa : ayat 11)
     Akhirnya pesaingnya itu tersingkir.
     Tiga tahun kemudian, dia menyangka dendamnya sudah terlangsai. Lelaki saingannya telah mati. Sayangnya, dia telah melakukan kesalahan. Perempuan itu ternyata teguh pendirian.
      Itu lah kesalahan terbesar samad. Titik permulaan kepada permasalahan. Permainan baru bermula!.
     Wabak penyakit tetap menular dan siapa sangka wabak lain muncul dengan tiba-tiba. Lebih tepat lagi wabak misteri. Wabak misteri yang datang entah dari mana. Datangnya tidak diundang sama sekali. Tanpa tanda-tanda, mangsa akhirnya mati. Mati tanpa meninggalkan bekas kecuali kepala si mati dengan keadaan mengerikan. Ia bagaikan pembunuhan kejam. Akhirnya Samad sedar, semua mangsa yang mati adalah orang-orang yang sebelumnya bersama-samanya bekerjasama menumpaskan pesaingnya itu. Pesaing yang dibunuh oleh orang kampung di tengah-tengah desa akibat termakan kata hasutan daripada Samad.
     “Entah mengapa kau dibiarkan hidup. Sungguh aku tidak mengerti.” Kata Tok Kenali, “Tetapi tak mustahil, giliran kau akan tiba jua Samad”
     “Tidak mengapa, aku sudah bersedia. Aku rela!.” Sengaja Samad menyebut perkataan ‘rela’ sedikit keras.
     “Tok, asyik bercakap je. Bila nak dimulai?” kedengaran suara seorang daripada mereka yang hadir. Seakan-akan tidak dapat menahan amarahnya.
     Tok Kenali kemudian berjalan mendahului.
     Langkah kakinya mantap tapi tak kedengaran bunyi tapak kakinya mahupun yang lain. Semua berhati-hati.
     Nafas yang lancar dan teratur.
     Namun ketika mereka mula mendaki setapak memasuki lereng gunung. Tok kenali berhenti seketika, lantas memegang parang yang terlekat di pinggang.
     Lalu tapak tangannya terasa lembap dan basah. Sesungguhnya mereka telah hampir dengan tapak persembunyian wanita tersebut. Ya, perempuan yang Samad idamkan, tapi itu dulu. Seorang janda yang telah membawa dirinya jauh dari dunia manusia. Namun diamnya membawa seribu makna dan persoalan.
     Setelah suaminya mati dengan keadaan yang memalukan. Perempuan itu membawa diri  jauh dari kampung itu. Tujuannya hanya satu. Pembalasan mutlak atas kematian suami. Dia mula menuntut ilmu yang entah dari mana datangnya. Ilmu yang tak sepatutnya dipelajari, apatah lagi dikuasai.

     Di dalam sebuah pondok usang jauh terpencil di hadapan mereka. Tampak sesusuk tubuh seorang perempuan yang dari tadi duduk diam tanpa sebarang kata.
     Malam yang sunyi sepi.
     Seluruh penghuni hutan seperti mengetahui apa yang bakal terjadi. Semuanya membisukan suara. Hanya bunyi cengkerik yang membingitkan suasana dan hembusan nafas yang tersekat-sekat dari kerongkong mereka. Lalu batang-batang rumpun buluh berkeriut menimbulkan bunyi gemersik yang bersahut-sahutan.
     Tok Kenali bersama-sama yang lain mula mendekati perempuan itu. Dari raut wajah perempuan itu menonjolkan ketenangan tanpa sebarang keresahan. Seakan-akan mengerti dan mengetahui akan apa yang direncanakan. Wajahnya yang masih ayu tidak memperlihatkan dirinya sudah berusia 30 tahun malah bertambah ayunya berbanding dulu. Mungkin ini kerana ramuan yang diberikan oleh arwah suaminya dahulu atau mungkin ilmu yang dipelajarinya sendiri. Hanya dia dan Allah mengetahui.
     Namun sedikit pun kecantikannya tidak bisa mengubah pendirian warga desa. Tujuan mereka hanyalah satu. Membalas dendam atas kematian keluarga mereka.
     “Sudahlah Maryam, semuanya akan berakhir di sini” Tok Kenali mula bicara.
     “Berapa pasti kah engkau?”
     “Sudah sekian lama kau bermaharajalela, sudah banyak nyawa telah kau korbankan”
     “Mereka berhak matiii!!!” bergetar nada suara Maryam lantas menambahkan lagi kemarahan ahli keluarga yang ingin menuntut bela.
     “Atas dasar apa kau berbicara hah?. Bukan kau yang tentukan takdir. Tapi Allah. Hanya Allah. Kembali lah kepadanya Maryam”
     “Sudah terlewat untuk Tok menasihati aku. Dan kepada lelaki tak guna itulah Tok berbicara!!”
     Lutut Samad mulai longlai dan goyah waktu matanya bertemu dengan penghuni rumah itu. Benih-benih cinta tak terbalas tapi dendam yang terus merajai hati, jelas terpancar di bibir Maryam.
     Detik-detik pun berlalu
     Bersama kesunyian yang kian menyentak. Nampaknya, tidak seorang pun yang berani mengatakan sesuatu, sehingga seperti tiga jiwa sahaja yang terlibat dalam adegan itu.
     “Maafkan aku Maryam.”
     “Maaf? Huh!”
     “Aku sedar kesalahan aku. Aku sanggup menyerahkan nyawa aku sebagai tanda pemohonan maaf aku terhadap apa yang telah aku lakukan kepada kau dan seluruh orang kampung”
     “Lupakan Samad, aku tak berminat”
     “Maryam, kenapa kau tak bunuh aku?, tapi kenapa mereka? Mereka tak bersalah!”
     “Aku tak akan biarkan kau mati begitu mudah Samad, kau akan mati. Giliran kau akan tiba juga nanti.”
     “Maryam, akuu, akuu, aku dah cukup terhukum sekarang. Aku telah dibenci oleh penduduk kampung…….. keranaa mereka semua sudah tahu aku yang memfitnah suami kau. Nama suami kau telah bersih Maryam. Tolonglah Maryam!”
     “Apakah maaf kau mampu mengembalikan suami aku?? Jawab Samad? Jawab!”
     Suasana kembali sunyi semula
     Salah seorang dari mereka tidak berpuas hati, “Mari kita lakukan sekarang Tok!”
     Yang lain turut bersetuju.
     Tok Kenali mengangkat tangan sebagai tanda menyuruh mereka senyap.
     “Aku tiada permusuhan peribadi dengan kau Maryam,” katanya dingin. “Maka, aku harap engkau mengerti. Keadaan membuat aku terpanggil untuk melibatkan diri.”
     “Aku faham. Kelak roh ku tak akan mengganggu mu”
     Yang lain tersentak apabila kalimah ‘roh’ dan ‘ganggu’ disebut Maryam. Adakah mereka bakalan diganggu selepas ini. Mereka berpandang-pandangan sesama sendiri dengan wajah pucat lesi.
    Sambil duduk di hadapan Tok Kenali, Maryam menundukkan kepalanya. “Jika nyawaku yang kalian mahukan, silakan!” 
     “Baiklah Maryam, kau telah memudahkan kerja aku. Apa kata-kata terakhir kau Maryam?” sambil mengeluarkan pedang dari sarungnya dan seraya mengangkatnya tinggi ke udara.
     “Aku mahu memperingatkan kau Samad. Ini barulah permulaan!!. Tok Kenali, aku sudah tidak dapat menahan lagi Tok!  Sempurnakan segera kehancuran itu sekarang, sebelum pandangan aku berubah di atas keterlibatan kamu!”
     “Baiklah” getusnya perlahan.
     “Waktunya sudah tiba anakku” bisik Maryam perlahan sambil mengusap lembut perutnya lantas tersenyum.
     Tok kenali melangkah setapak ke hadapan. “ Kerana kita tidak bermusuhan, aku akan berikan kau kematian yang cepat” Tenang sekali nadanya. “Berdoalah semoga yang maha esa mengampuni dosa-dosa engkau”
     Perempuan itu akur. Kepalanya ditundukkan lagi sehingga menampakkan tengkuknya yang halus dan putih mulus itu.
     Pada saat-saat akhir inilah, hanya dia yang tahu bahawa di sebalik ketenangan sikap dan kepasrahan menerima kematiannya, dia bukanlah berdoa. Tangannya menyilang di dada, turun perlahan-lahan ke perutnya. Hampir tidak kelihatan dia mengusap perutnya dengan gerakan lembut dan penuh kasih sayang. Getus di dalam hatinya ‘Mereka tidak tahu ayah kamu telah menitipkan diri kamu pada aku, anakku. Mereka tidak tahu hanya kekuatan luaran yang telah mereka curi, tetapi kekuatan dalaman ku yang aku miliki anakku, aku kini menyusup ke dalam jiwa raga mu. Lahirlah dan hiduplah. Dan balas segala sakit hati ibu mu pada manusia-manusia terkutuk itu. Bangkitlah… bangkitlah…. Bangkitlah…!’
     Tok Kenali mengangkat parang setinggi mungkin. Mulutnya terkumat-kamit membaca mantera, lalu dengan gerakan cepat yang hampir tak kelihatan dek pandangan mata, parangnya pun menjunam ke bawah.
     Menetak dengan kesempurnaan.
     Sehingga leher perempuan itu putus dan memisahkan kepala dari tubuhnya. Tubuh perempuan itu terjatuh ke lantai lalu bergabung dengan darahnya yang menyembur dan membuak-buak keluar dari batang lehernya.
     Tok Kenali memandang pada wajah-wajah pucat orang-orang kampung yang melihat kejadian yang mengerikan itu. Ada yang berdiri tegak, kaku, gementar mahupun yang muntah-muntah kerana loya.
     Walaupun Tok Kenali kelihatan tegap berdiri, kelihatan berani. Namun masih terdapat sekelumit kegusaran di hatinya. “ Masih ada yang tidak berpuas hati” suaranya berbisik yang bergetar-getar.
     Kerana tak seorang pun yang bersuara. Tok Kenali memutuskan, “Mari kita kuburkan perempuan malang ini”
     Kemudian pondok usang itu dibakar sehingga musnah.
     Malam yang sungguh panjang bagi mereka pada malam itu.
     Setelah mereka semua beredar pulang dan tiada seorang pun di situ. Perlahan-lahan bangkitlah sesusuk tubuh dari lubang kubur yang hitam itu!.


                                                                                                                                  bersambung.......
Penat Menaip Oleh Unknown Tepat Jam 6:01 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: koleksi cerpenku

1 comment:

  1. halilyismMarch 17, 2012 at 10:48 PM

    aku tak tahu nak kata seram ke sedih bila baca... tolong

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Salam Ukhuwah .
Terima Kasih Sudi Singgah .
Do Come Again . :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

nRelate - Posts and Homepage

About Me

Unknown
View my complete profile

Followers

senarai catatan

  • Pasal aq (15)
  • koleksi cerpenku (13)
  • lucu kah? (9)
  • Information & knowledge (5)
  • Puisi (5)
  • Mutiara Jiwa (3)
  • Tips kesihatan dan kehidupan (3)
  • Fakta ke Auta (1)
  • Ilmu Islam (1)

Chat Box

Blog Archive

  • ►  2011 (6)
    • ►  August (2)
    • ►  October (2)
    • ►  November (1)
    • ►  December (1)
  • ▼  2012 (32)
    • ►  January (1)
    • ▼  March (3)
      • Angkara Semalam (chapter 1)
      • Angkara Semalam (CHAPTER 2)
      • Angkara Semalam (CHAPTER 3)
    • ►  April (3)
    • ►  May (9)
    • ►  June (1)
    • ►  July (5)
    • ►  August (1)
    • ►  September (1)
    • ►  October (6)
    • ►  November (1)
    • ►  December (1)
  • ►  2013 (7)
    • ►  January (2)
    • ►  April (1)
    • ►  May (1)
    • ►  June (1)
    • ►  July (1)
    • ►  October (1)
  • ►  2014 (5)
    • ►  August (4)
    • ►  November (1)
  • ►  2015 (5)
    • ►  January (2)
    • ►  June (1)
    • ►  July (1)
    • ►  August (1)
  • ►  2016 (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (1)
    • ►  June (1)


ButtonBeats.com
Manchester City
Theme images by dem10. Powered by Blogger.
ALL RIGHT RESERVE BELONGS TO REDHEART MASTERPIECE