-->
redheart masterpiece

Wednesday, March 14, 2012

Angkara Semalam (chapter 1)


Author : awal ;')       
age : 20years old
HP : 01119160811
MUAR JOHOR


    Hari kian beransur pulang, memberi ruang untuk malam yang sekian lama menantikan gilirannya tiba. Suasana hening menyelimuti Kampung Saujana yang tampak lebih kelam dari kebiasaannya. Tidak seorang pun kelihatan berlegar-legar mahupun berkeliaran di sekitar perkarangan luar rumah. Bintang-bintang menari-nari penuh gemalai di dada langit nan biru menemani bulan yang sedikit diselaputi awan mendung. Udara juga berhembus sayu namun kesegarannya masih terasa. Namun sesegar mana pun udara di situ, setiap warga desa itu tahu, mereka seharusnya masuk tidur lebih awal meskipun mata sangat sukar dipejamkan. Kebanyakan daripada mereka menerawang fikirannya.
     Namun sebahagian lainnya tahu malam itu, sesuatu akan terjadi.
     Dan mereka menunggu detik itu tiba dengan kesabaran.
     Nun jauh di ceruk desa itu, satu-satunya pintu rumah yang masih terbuka dengan cahaya api dari obor yang terang-benderang menerobos masuk ke dalam rumah tersebut.
     Angin malam yang seakan-akan mendayu alunannya membuatkan api dari obor-obor sesekali beralun mengikuti gerak tiupan. Kelihatan terpadam seketika, namun terang kembali setelah beberapa ketika kemudiannya. Sekumpulan warga kampung berkumpul di halaman rumah Tok Kenali. Wajah mereka agak kaku dan teramat takut. Teramat!. Seakan ada sesuatu yang direncanakan.. Bahkan satu dua di antara mereka telah dicengkam perasaan gusar yang teramat sehingga menampakkan mereka menggigil terketar-ketar dan tidak mampu  untuk menyembunyikannya lagi.
     Ketegangan itu sedikit reda kerana masih ada yang kelihatan tenang. Tok kenali, seorang bomoh yang hebat di kampung itu.
      “Tiada yang perlu dikhuatiri. Selagi kita ikut apa yang direncanakan”. Ucapan tok kenali sedikit mengemparkan semua yang berkumpul di situ. “Pada yang masih ragu-ragu, masih ada ruang untuk berundur.”
     Seorang demi seorang menghembuskan nafas kerisauan, kepanasan terasa meruap-ruap keluar malah suara seakan tersekat di kerongkong, namun tiada seorang pun yang mengundurkan diri. Dendam kesumat yang terbuku di hati mengatasi ketakutan yang menyelubungi diri. Satu persatu kematian disaksikan oleh ahli keluarga mereka sendiri, apabila makhluk terkutuk itu membunuh ahli keluarga mereka lalu ditinggalkan dengan keadaan yang cukup mengerikan.
     Tok Kenali tersenyum seketika. “Syukurlah kerana kamu semua telah membulatkan tekad kamu”. Lalu Tok Kenali memalingkan wajahnya ke arah  Samad.
     “Masih ingat apa yang telah engkau lakukan dahulu pada suami perempuan itu?”
     “Ya” pendek sahaja jawapan daripada Samad”
     “Bahawa cucu mu mati akibat penyakit jantung. Bukan kerana di santau suami perempuan itu.”
     “Aku tahu dan aku amat menyesalinya Tok”
     “Syukurlah kau menyedarinya. Walaupun sudah terlambat”
      Samad sedar dan pasrah sekiranya jawatan yang disandang secara turun-temurun daripada ayah dan datuknya tidak dapat dipertahankan. Samad mungkin tidak lagi menjadi ketua desa itu setelah rahsianya terbongkar atas pengakuannya sendiri.


                                                                                                                                  bersambung......
Penat Menaip Oleh Unknown Tepat Jam 10:36 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: koleksi cerpenku

No comments:

Post a Comment

Salam Ukhuwah .
Terima Kasih Sudi Singgah .
Do Come Again . :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

nRelate - Posts and Homepage

About Me

Unknown
View my complete profile

Followers

senarai catatan

  • Pasal aq (15)
  • koleksi cerpenku (13)
  • lucu kah? (9)
  • Information & knowledge (5)
  • Puisi (5)
  • Mutiara Jiwa (3)
  • Tips kesihatan dan kehidupan (3)
  • Fakta ke Auta (1)
  • Ilmu Islam (1)

Chat Box

Blog Archive

  • ►  2011 (6)
    • ►  August (2)
    • ►  October (2)
    • ►  November (1)
    • ►  December (1)
  • ▼  2012 (32)
    • ►  January (1)
    • ▼  March (3)
      • Angkara Semalam (chapter 1)
      • Angkara Semalam (CHAPTER 2)
      • Angkara Semalam (CHAPTER 3)
    • ►  April (3)
    • ►  May (9)
    • ►  June (1)
    • ►  July (5)
    • ►  August (1)
    • ►  September (1)
    • ►  October (6)
    • ►  November (1)
    • ►  December (1)
  • ►  2013 (7)
    • ►  January (2)
    • ►  April (1)
    • ►  May (1)
    • ►  June (1)
    • ►  July (1)
    • ►  October (1)
  • ►  2014 (5)
    • ►  August (4)
    • ►  November (1)
  • ►  2015 (5)
    • ►  January (2)
    • ►  June (1)
    • ►  July (1)
    • ►  August (1)
  • ►  2016 (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (1)
    • ►  June (1)


ButtonBeats.com
Manchester City
Theme images by dem10. Powered by Blogger.
ALL RIGHT RESERVE BELONGS TO REDHEART MASTERPIECE