-->
redheart masterpiece

Friday, May 25, 2012

Angkara Semalam CHAPTER 8 cecerpen


Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Namun jarang sekali ia memperlihatkan keadilan itu sebagaimana yang diharapkan manusia.
     “Sabar Safar, ini ketentuan darinya” Kata Pak Jabar, jiran Lisa.
     “Dia isteri aku” kata lelaki tersebut.
     “Semua yang ada dekat sini tahu dia isteri kau, tapi percaya lah mesti ada yang direncanakan Allah yang kau tak tahu”
     “Mungkin kata kau betul”
     Safar segera mengambil cangkul dari seorang daripada mereka dan membantu mereka untuk menimbus jenazah arwah isterinya.
     Sebahagian orang yang ada berhampirannya kelihatan sedikit takut dan gugup. Ada di antara mereka yang menarik diri serta menjauhkan diri.
     Seorang daripada mereka yang bukan berasal dari situ mendekati Pak Jabar. Pemuda itu datang ke kampung itu kerana ingin melawat bapa sedaranya. “Mengapa orang kampung seperti menjauhi pakcik tu?, kalau boleh saya tahu”
     “Maaf, sepertinya pakcik tak penah tengok kamu di kampung ini sebelum ni?”
     “Oh ya, saya anak sedara Pak Hassan, yang berniaga dekat hujung kampung tu. Maafkan saya pakcik kalau pertanyaan tadi menyinggung. Pak cik tak perlu jawab kalau keberatan.”
     “Tidak lah, saja pakcik bertanya. Ya, benar apa yang kamu lihat, dia sakit….,”
     “Sakit??, tapi kenapa perlu dijauhi?”
     “Sebab penyakit dia agak misteri. Pernah dulu dia mengamuk dan menjerit-jerit seperti serigala.”
     “Seteruk itu?”
     “Lebih teruk pun ada. Menggigit pun ada. Tapi sekejap aja. Sekarang ni dia dah pulih, walaupun tak sepenuhnya.”
     “Meremang pula bulu roma saya hehe.”
     “Hahaha, macam-macam la kamu. Insya-Allah, apa yang penting dia cuma perlu kawal dirinya aje. Dia tak boleh tertekan dan marah”
     “Tapi setelah apa yang terjadi, pakcik tak rasa penyakit dia boleh kembali?”
     “Yang itu kita berdoa sahaja kepada Allah s.w.t semoga  tidak akan berulang lagi. Tak ke begitu anak muda?”
     “Ya pakcik, saya setuju.”
     Pemuda itu terus memerhatikan gelagat Pak Safar. Sungguh simpati dia terhadap musibah yang menimpa Pak Safar. Sudahlah menghidapi penyakit aneh, sekarang terpaksa meneruskan hidup setelah kematian isteri.
     Bermacam-macam andaian yang berlegar-legar di minda pemuda itu. Kebanyakan daripadanya menjerumus kepada kebimbangannya terhadap lelaki di hadapannya. Risau sekiranya apa-apa terjadi terhadap lelaki itu. Risaunya untuk waktu ini dan juga waktu-waktu selepas ini.
     Selepas pengebumian arwah wanita itu selesai dan talkin dan Yasin telah dibacakan, semua orang beredar pulang. Cuma ahli keluarga terdekat sahaja yang masih utuh di situ. Pak Jabar juga turut memohon diri.
     Kesempatan ini digunakan pemuda itu untuk mendekatinya.
     “Pakcik?”
     “Ya?”
     “Boleh saya tahu, Pak Safar tu tinggal dengan siapa?. Takkan dia tinggal seorang je?”
     “Oh, dia tinggal dengan anak perempuan dia. Tinggal berdua la mereka sekarang ni. Kesian sungguh pakcik tengok anak perempuan dia tu. Dah masuk tahun kedua tak silap pakcik, banyak nak guna duit sekarang ni”.
     “Cantik tak pakcik?”
     “Aih, lain macam je soalannya haha” Pak Jabar tersenyum mendengar pertanyaan itu.
     “Haha, saya gurau je pakcik”
     Sememangnya Redhwan seorang pemuda yang mudah mesra. Tambahan pula dia masih ada seminggu lagi  tinggal di kampung itu di rumah bapa sedaranya, dia bersetuju untuk singgah sebentar ke rumah Pak Jabar apabila dipelawanya.
     Seperjalanan Redhwan ke rumah Pak Jabar dari kawasan perkuburan, bukanlah sesuatu yang direncanakan oleh Redhwan untuk melalui kawasan rumah Pak Safar. Sememangnya, rumah Pak Safar terletak di antaranya. Ramai juga orang di situ, dipenuhi oleh sanak saudara mahupun jiran tetangga yang memenuhi kawasan halaman, dapur mahupun tangga rumah.
Penat Menaip Oleh Unknown Tepat Jam 9:01 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: koleksi cerpenku

Wednesday, May 16, 2012

Pepatah Melayu Modern

  1. TERLAJAK PERAHU BOLEH DI UNDUR, TERLAJAK KETA UN LEH UNDUR, TERLAJAK AEROPLANE TAKDE GEAR REVERSE……SORRY.
  2. BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA KAWIN LAGI!!!
  3. SEBAB MULUT SANTAN BINASA, SEBAB MULUT….. NASI PUN HABIS!!!
  4. KALAU TIADA ANGIN MASAKAN POKOK BERGOYANG, KECUALI KALAU ADA BERUK ATAS POKOK TU.
  5. BIAR MATI BINI, JANGAN MATI ANAK ( BOLEH KAWIN LAGI APE! )
  6. HARAPKAN PAGAR, PAGAR PUN TAK BOLEH HARAP! SAH2 LAH BENDA TU BESI
  7. HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI, KALAU MACAM TU LEBIH BAIK TAK PAYAH HUJAN
  8. KALAU TIADA ROTAN, PELEMPANG AJELAH….
  9. CARIK-CARIK BULU AYAM, LAMA-LAMA JADI BULU TANGKIS BADMINTON, PASTI AYAM KEBOGELAN.
  10. AIR DI CINCANG TAKKAN PUTUS, TAPI KALAU DAGING DI CINCANG TANDANYA ADA KENDURI LA TUUU…..
  11. TAKKAN LARI GUNUNG DI KEJAR, TAPI KALAU TAK KEJAR PUN GUNUNG TU TAKKAN LARI JUGAK!!!
  12. PATAH TUMBUH, HILANG REPORT POLIS .
  13. BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI AHLI SUKAN YG MASUK ACARA ANGKAT BERAT!
  14. SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA TAK MASUK JUGAK SUKAN OLIMPIK.
  15. KALAU ADE JARUM YG PATAH JANGAN DI SIMPAN DI DALAM PETI, BUANG AJE BELILAH JARUM YG BARU.
  16. KALAU KAIL PANJANG SEJENGKAL, BELI KAIL YG PANJANG DUA JENGKAL OK ;)
                                                                                                                      tq :)
Penat Menaip Oleh Unknown Tepat Jam 11:15 AM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: lucu kah?
Location: jalan tun mamat Melaka, Malaysia

Peribahasa Inggeris (yeke?)

1) frog under coconut shell

2) monkey in the jungle in will milk, child at home died of starvation

3) let the child die, please do not custom perish

4) throw stone hide hand

5) already fell in befall ladder

6) harpoon two eyes

7) wife will love live will stay, child will honey will hand hand

8) banana fruit twice

9) sparrow equivalent hornbill which flaying with

10) dog barked hill 
Penat Menaip Oleh Unknown Tepat Jam 9:59 AM 6 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: lucu kah?

Monday, May 14, 2012

Tambatan Cintaku


Seandainya kau tahu
Betapa sulitnya waktuku berlalu tanpamu
Seandainya kau mengerti
Betapa perihnya hatiku saat kau sakiti
Tapi kau hanya ingin tahu
Seberapa besar cintaku padamu
Seberapa dalam rindu ini ku simpan untukmu
Kau salah. . .
Cintaku kecil padamu
Lebih kecil dari kuku kuku jarimu
Tapi slalu ada. . .
Rinduku dangkal untukmu
Lebih dangkal dari mata kakimu
Tapi tetap terisi air
Cukup untuk menyegarkan hidupmu
Apalah arti cinta bila tak saling mencinta?
Apalah arti abadi bila tak saling mengerti?
Tapi cintaku tak seperti kata mutiara
Cintaku nyata
Yang tidak hanya sesaat melenakan mata
Tapi cinta ini…….
Bersemi laiknya turi yang tumbuh di tengah tengah ilalang
Tetap putih meski dihempas derasnya hujan
Tetap bersemi di tengah terik matahari
Itulah cintaku,
Yang hanya padamu
Ku tambatkan


Puisi ini Karya : Ibnu Abhi
Penat Menaip Oleh Unknown Tepat Jam 10:16 PM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Puisi

Takkan Pernah Hilang Cinta Ini


ketika cinta berusaha menjauh
aku tetap mencoba untuk mendekatinya.
ketika cinta tak mau memihaku lagi
aku takan pernah menyerah

mesti kamu memintaku untuk pergi
aku takan pernah pergi
karna hatiku tlah memilihmu
sosokmu takan pernah bisa aku lupakan

rasa ini takan pernah hilang
cinta ini akan selalu bersamamu
maafkan aku bila terlalu menyayangimu
membuatku tak sanggup jauh darimu


puisi ini karya : nofi febriyana
Penat Menaip Oleh Unknown Tepat Jam 10:13 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Puisi

Aku Ingin Punyai Ketulusan Seperti Matahari


aku ingin memetik bintang dan berlari kearahmu
mengubahnya menjadi mawar dan kuberikan untukmu
bukan untuk apa”…….
hanya ingin membuatmu tersenyum manis di hari ini

sejujurnya…….
aku pernah memandangmu sangat dalam..!!!
saat engkau menggoreskan pena pada sebuah buku
menatapmu seperti seorang bidadari yang diam.
sambil simpulkan senyum di raut wajah yg pernah aku lihat dulu

andai aku bisa meminta bulan tuk bersenandung…
malam ini saja…
biar bulan yang menyanyikanya
dan aku yg memetik gitar sebagai pengiringnya
hanya membawakan lagu sederhana saja……
agar hati ini sedikit tersenyum manis untuk satu rindu.

lihatlah dirimu….memang kau tak sebegitu indah
dari paras-paras yg setia menjadi bintang untuk bulanya
namun kau cukup manis untuk aku lihat………………
mereka mungkin juga sama sepertiku ketika melihatmu

jika tangan ini punyai kharisma seperti khalil gibran
mungkin aku takkan berhenti menulis keindahanmu dalam puisi ini
namun menulis perasaanku tentangmu disini…itu cukup…!!!

tak penting seberapa besar pengorbanan yg dilakukan matahari
yg tak pernah bertemu sang rembulan untuk tersenyum kearahnya
namun dia selalu berikan separuh sinarnya untuk membuatnya indah
agar dia tampak special di hadapan bintang….

sayang…..

aku ingin punyai ketulusan seperti matahari..^^


karya : shoffi (noble estuary)
Penat Menaip Oleh Unknown Tepat Jam 10:08 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Puisi

Monday, May 7, 2012

Angkara Semalam (CHAPTER 7)


Tidak lama kemudian, pihak polis berjaya memberkas pemandu bas yang melarikan diri itu untuk mendapatkan keterangan daripada beliau juga sebagai saksi kejadian langgar lari tersebut.
     “Saya sengaja tidak berhenti tuan.”
     “Alasan?”
     “Saya mahu mengejar kereta yang langgar lari tu” cuba memberi alasan. Walaupun sebenarnya dia yang melarikan diri dahulu sebelum pemandu itu berbuat demikian.
     “Dapat kejar?” sindir pegawai polis itu.
     “Sayang sekali, tak tuan. Kereta itu laju sangat”
     “Nama pun kereta”
     Begitu juga dengan kereta Mercedes yang melanggar ibu Lisa telah menyerah diri di Balai Polis Muar.
     Hari itu, Lisa berangkat ke Balai Polis Muar untuk menjadi saksi utama kes langgar lari tersebut dan setibanya di sana terjadi sedikit ketegangan. Lisa juga diperkenalkan dengan ketua polis dan dua orang peguam terkenal. Akhir sekali pemandu kereta tersebut bersama rakannya.
     Lisa memerhatikan wajah mereka dengan satu pandangan yang agak tajam. Lisa berasa amat jijik apabila memandang muka mereka.
     Wajah mereka kelihatan menyesal. Namun bagi Lisa ia hanya sebuah lakonan.
     Seorang peguam merapati Lisa menyerahkan sesuatu kepada keluarga Lisa. Peguam itu mewakili pemandu tersebut. Ternyata pemandu tersebut berasal daripada golongan berada.
     “Pampasan in tidak lah seberapa, tapi kami harap cik terimanya”
      Apabila melihat nilai wang pampasan tersebut, ramai yang terkejut kerana nilai wang yang dikatakan tidak seberapa itu sudah cukup bagi orang seperti keluarga Lisa. Jumlah itu memerlukan waktu bertahun-tahun jika ingin dikumpulkan. Itu pun jika usaha yang  banyak dilakukan.
     “Sudilah kiranya saudari menandatangani surat ini” terdengar suara peguam sambil mengeluarkan sepucuk surat perjanjian kepada Lisa.
     Gadis itu menoleh dan menjeling wajah pemuda untuk sesaat dan kembali kepada peguam itu.
     “Adakah pemandu kereta itu bakal dibebaskan jika saya menandatangani dan menerima pampasan ini?” ditatapnya kembali surat itu dengan pandangan tidak berminat sama sekali.
     Sepi tiba-tiba.
     “Sebaiknya saudari membacanya terlebih dahulu. Wang pampasan yang diberikan tiada kaitan dengan hukuman yang akan dijatuhkan”
     “So, mereka tetap akan dihukum. Bukankah begitu?”
     “Ya, tepat sekali”
     Lisa akhirnya tersenyum dengan tiba-tiba. Tidak tahu apa makna di sebalik senyumannya itu. Hanya dia yang mengerti. Tangannya mula bergerak perlahan-lahan mengambil helaian surat itu untuk ditelitinya.
     Dengan wang pampasan sejumlah itu, Lisa boleh membiayai yuran pengajiannya yang tertunggak dan membolehkan Lisa mengurangkan beban yang ditanggung keluarganya.
     “Kalau begitu, hukumlah dia!” sambil menuding jari telunjuknya ke arah seorang pemuda. Seorang pemuda bernama Irwan.
     Suasana tegang kembali.
     Pegawai polis mahupun peguam yang berada di situ menjadi kelam kabut dan kekeliruan terjadi. Hal ini kerana Lisa bukan menuding jari kepada lelaki yang telah menyerah diri dan mengaku bersalah, akan tetapi kepada rakan di sebelahnya yang tampak lebih tampan darinya.
     Pemuda itu seakan gelisah itu kelihatan tidak dapat mengawal diri.
     “Maaf, saya tak suka difitnah sebegini ok”
     Petugas setempat berusaha mendiamkan pemuda tampan itu. Akhirnya pemuda itu duduk kembali dengan wajah kegusaran.
     “Adakah cik Lisa pasti?” tanya salah seorang pegawai polis itu. “ mungkin cik Lisa keliru mungkin?”
     “Kalau saya salah, bunuh lah saya!” jawabnya tegas.
     “Cik betul-betul yakin” terus bertanya untuk mendapatkan kepastian.
     Namun Lisa tak menjawab, tapi Lisa mengerling tajam ke arah polis itu kerana tidak mempercayai kata-katanya.
     “Sabar cik Lisa. Saya hanya menjalankan tugas. Ini hanyalah sebahagian daripada prosedur kami.”
     Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Lisa mengeluarkannya dari beg tangannya. Dilihatnya nama ayahnya terpapar di skrin telefon bimbitnya. Lisa memohon kebenaran mereka untuk menjawab panggilan itu.
     Seteguh dan sekuat mana pun seekor gajah pasti akan tumbang. Begitu juga manusia, tiada yang terkecuali dari takdir yang telah ditetapkan Allah. Dia lah yang menciptakan kita dan kepadanya lah tempat kita kembali.
     Tiada apa yang mampu diungkapkan…
     Tiada yang mampu diperkatakan. ..
     Tiada yang mampu dilakukan…
     Hanya derai tangisnya yang tiba-tiba dapat didengari. Air matanya tak mampu ditahan lagi. Tangannya digenggam kuat sambil dihentak-hentak ke pehanya.
     “Cik, Cik Lisa tak apa-apa ke?”
     Tiada respons yang diberikan.
     “Boleh saya tahu kenapa” pegawai polis itu bertanya kembali.
     “Ibuu…….” Tak mampu dia melengkapkan ayat tersebut.
     “Ibu saya dah tak ada tuan. Ayah saya kata ibu saya baru saje meninggal” genggaman tangannya semakin kuat.
      Serentak itu mereka yang berada di situ berasa simpati. “Ina lillah, saya turut bersimpati.”

Penat Menaip Oleh Unknown Tepat Jam 11:51 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: koleksi cerpenku

Tuesday, May 1, 2012

Masih Ada Aku (puisi)


Masih ada aku
Ketika langit yang engkau junjung seakan runtuh
Saat darahmu seakan berhenti mengalir
Dan udara bagaikan duri di tubuhmu
Ketika sejuta alasan membuatmu bersedih

Masih ada aku
Yang memberi satu alasan untukmu tersenyum
Yang menyediakan ruang kosong untuk engkau isi hatimu
Tempatmu bersandar melepaskan gundah yang engkau rasa

Aku masih disini
Ditempat yang sama
Yang akan terus mencoba melukis senyum di bibirmu
Menghadirkan pelangi di hatimu
Aku tempatmu untuk kembali
Menyulam benang-benang kesedihan
Agar terlihat lebih indah


Read more: Masih Ada Aku | Puisi Masih Ada Aku 
Penat Menaip Oleh Unknown Tepat Jam 5:36 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Puisi
Berbicara dari cermin yang retak...
bagai ada
seribu luka di wajah
tampak kusam
merah
dan berdarah
Berbicara dari cermin yang retak...
hilang kudus
hilang tulus
hilang mulus
yang ada
hanyalah... kelam
dari cerita semalam
Penat Menaip Oleh Unknown Tepat Jam 5:27 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Puisi
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

nRelate - Posts and Homepage

About Me

Unknown
View my complete profile

Followers

senarai catatan

  • Pasal aq (15)
  • koleksi cerpenku (13)
  • lucu kah? (9)
  • Information & knowledge (5)
  • Puisi (5)
  • Mutiara Jiwa (3)
  • Tips kesihatan dan kehidupan (3)
  • Fakta ke Auta (1)
  • Ilmu Islam (1)

Chat Box

Blog Archive

  • ►  2011 (6)
    • ►  August (2)
    • ►  October (2)
    • ►  November (1)
    • ►  December (1)
  • ▼  2012 (32)
    • ►  January (1)
    • ►  March (3)
    • ►  April (3)
    • ▼  May (9)
      • Berbicara dari cermin yang retak... bagai ada ser...
      • Masih Ada Aku (puisi)
      • Angkara Semalam (CHAPTER 7)
      • Aku Ingin Punyai Ketulusan Seperti Matahari
      • Takkan Pernah Hilang Cinta Ini
      • Tambatan Cintaku
      • Peribahasa Inggeris (yeke?)
      • Pepatah Melayu Modern
      • Angkara Semalam CHAPTER 8 cecerpen
    • ►  June (1)
    • ►  July (5)
    • ►  August (1)
    • ►  September (1)
    • ►  October (6)
    • ►  November (1)
    • ►  December (1)
  • ►  2013 (7)
    • ►  January (2)
    • ►  April (1)
    • ►  May (1)
    • ►  June (1)
    • ►  July (1)
    • ►  October (1)
  • ►  2014 (5)
    • ►  August (4)
    • ►  November (1)
  • ►  2015 (5)
    • ►  January (2)
    • ►  June (1)
    • ►  July (1)
    • ►  August (1)
  • ►  2016 (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (1)
    • ►  June (1)


ButtonBeats.com
Manchester City
Theme images by dem10. Powered by Blogger.
ALL RIGHT RESERVE BELONGS TO REDHEART MASTERPIECE