-->
redheart masterpiece

Friday, May 25, 2012

Angkara Semalam CHAPTER 8 cecerpen


Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Namun jarang sekali ia memperlihatkan keadilan itu sebagaimana yang diharapkan manusia.
     “Sabar Safar, ini ketentuan darinya” Kata Pak Jabar, jiran Lisa.
     “Dia isteri aku” kata lelaki tersebut.
     “Semua yang ada dekat sini tahu dia isteri kau, tapi percaya lah mesti ada yang direncanakan Allah yang kau tak tahu”
     “Mungkin kata kau betul”
     Safar segera mengambil cangkul dari seorang daripada mereka dan membantu mereka untuk menimbus jenazah arwah isterinya.
     Sebahagian orang yang ada berhampirannya kelihatan sedikit takut dan gugup. Ada di antara mereka yang menarik diri serta menjauhkan diri.
     Seorang daripada mereka yang bukan berasal dari situ mendekati Pak Jabar. Pemuda itu datang ke kampung itu kerana ingin melawat bapa sedaranya. “Mengapa orang kampung seperti menjauhi pakcik tu?, kalau boleh saya tahu”
     “Maaf, sepertinya pakcik tak penah tengok kamu di kampung ini sebelum ni?”
     “Oh ya, saya anak sedara Pak Hassan, yang berniaga dekat hujung kampung tu. Maafkan saya pakcik kalau pertanyaan tadi menyinggung. Pak cik tak perlu jawab kalau keberatan.”
     “Tidak lah, saja pakcik bertanya. Ya, benar apa yang kamu lihat, dia sakit….,”
     “Sakit??, tapi kenapa perlu dijauhi?”
     “Sebab penyakit dia agak misteri. Pernah dulu dia mengamuk dan menjerit-jerit seperti serigala.”
     “Seteruk itu?”
     “Lebih teruk pun ada. Menggigit pun ada. Tapi sekejap aja. Sekarang ni dia dah pulih, walaupun tak sepenuhnya.”
     “Meremang pula bulu roma saya hehe.”
     “Hahaha, macam-macam la kamu. Insya-Allah, apa yang penting dia cuma perlu kawal dirinya aje. Dia tak boleh tertekan dan marah”
     “Tapi setelah apa yang terjadi, pakcik tak rasa penyakit dia boleh kembali?”
     “Yang itu kita berdoa sahaja kepada Allah s.w.t semoga  tidak akan berulang lagi. Tak ke begitu anak muda?”
     “Ya pakcik, saya setuju.”
     Pemuda itu terus memerhatikan gelagat Pak Safar. Sungguh simpati dia terhadap musibah yang menimpa Pak Safar. Sudahlah menghidapi penyakit aneh, sekarang terpaksa meneruskan hidup setelah kematian isteri.
     Bermacam-macam andaian yang berlegar-legar di minda pemuda itu. Kebanyakan daripadanya menjerumus kepada kebimbangannya terhadap lelaki di hadapannya. Risau sekiranya apa-apa terjadi terhadap lelaki itu. Risaunya untuk waktu ini dan juga waktu-waktu selepas ini.
     Selepas pengebumian arwah wanita itu selesai dan talkin dan Yasin telah dibacakan, semua orang beredar pulang. Cuma ahli keluarga terdekat sahaja yang masih utuh di situ. Pak Jabar juga turut memohon diri.
     Kesempatan ini digunakan pemuda itu untuk mendekatinya.
     “Pakcik?”
     “Ya?”
     “Boleh saya tahu, Pak Safar tu tinggal dengan siapa?. Takkan dia tinggal seorang je?”
     “Oh, dia tinggal dengan anak perempuan dia. Tinggal berdua la mereka sekarang ni. Kesian sungguh pakcik tengok anak perempuan dia tu. Dah masuk tahun kedua tak silap pakcik, banyak nak guna duit sekarang ni”.
     “Cantik tak pakcik?”
     “Aih, lain macam je soalannya haha” Pak Jabar tersenyum mendengar pertanyaan itu.
     “Haha, saya gurau je pakcik”
     Sememangnya Redhwan seorang pemuda yang mudah mesra. Tambahan pula dia masih ada seminggu lagi  tinggal di kampung itu di rumah bapa sedaranya, dia bersetuju untuk singgah sebentar ke rumah Pak Jabar apabila dipelawanya.
     Seperjalanan Redhwan ke rumah Pak Jabar dari kawasan perkuburan, bukanlah sesuatu yang direncanakan oleh Redhwan untuk melalui kawasan rumah Pak Safar. Sememangnya, rumah Pak Safar terletak di antaranya. Ramai juga orang di situ, dipenuhi oleh sanak saudara mahupun jiran tetangga yang memenuhi kawasan halaman, dapur mahupun tangga rumah.
Penat Menaip Oleh Unknown Tepat Jam 9:01 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: koleksi cerpenku

No comments:

Post a Comment

Salam Ukhuwah .
Terima Kasih Sudi Singgah .
Do Come Again . :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

nRelate - Posts and Homepage

About Me

Unknown
View my complete profile

Followers

senarai catatan

  • Pasal aq (15)
  • koleksi cerpenku (13)
  • lucu kah? (9)
  • Information & knowledge (5)
  • Puisi (5)
  • Mutiara Jiwa (3)
  • Tips kesihatan dan kehidupan (3)
  • Fakta ke Auta (1)
  • Ilmu Islam (1)

Chat Box

Blog Archive

  • ►  2011 (6)
    • ►  August (2)
    • ►  October (2)
    • ►  November (1)
    • ►  December (1)
  • ▼  2012 (32)
    • ►  January (1)
    • ►  March (3)
    • ►  April (3)
    • ▼  May (9)
      • Berbicara dari cermin yang retak... bagai ada ser...
      • Masih Ada Aku (puisi)
      • Angkara Semalam (CHAPTER 7)
      • Aku Ingin Punyai Ketulusan Seperti Matahari
      • Takkan Pernah Hilang Cinta Ini
      • Tambatan Cintaku
      • Peribahasa Inggeris (yeke?)
      • Pepatah Melayu Modern
      • Angkara Semalam CHAPTER 8 cecerpen
    • ►  June (1)
    • ►  July (5)
    • ►  August (1)
    • ►  September (1)
    • ►  October (6)
    • ►  November (1)
    • ►  December (1)
  • ►  2013 (7)
    • ►  January (2)
    • ►  April (1)
    • ►  May (1)
    • ►  June (1)
    • ►  July (1)
    • ►  October (1)
  • ►  2014 (5)
    • ►  August (4)
    • ►  November (1)
  • ►  2015 (5)
    • ►  January (2)
    • ►  June (1)
    • ►  July (1)
    • ►  August (1)
  • ►  2016 (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (1)
    • ►  June (1)


ButtonBeats.com
Manchester City
Theme images by dem10. Powered by Blogger.
ALL RIGHT RESERVE BELONGS TO REDHEART MASTERPIECE