-->
redheart masterpiece

Monday, May 7, 2012

Angkara Semalam (CHAPTER 7)


Tidak lama kemudian, pihak polis berjaya memberkas pemandu bas yang melarikan diri itu untuk mendapatkan keterangan daripada beliau juga sebagai saksi kejadian langgar lari tersebut.
     “Saya sengaja tidak berhenti tuan.”
     “Alasan?”
     “Saya mahu mengejar kereta yang langgar lari tu” cuba memberi alasan. Walaupun sebenarnya dia yang melarikan diri dahulu sebelum pemandu itu berbuat demikian.
     “Dapat kejar?” sindir pegawai polis itu.
     “Sayang sekali, tak tuan. Kereta itu laju sangat”
     “Nama pun kereta”
     Begitu juga dengan kereta Mercedes yang melanggar ibu Lisa telah menyerah diri di Balai Polis Muar.
     Hari itu, Lisa berangkat ke Balai Polis Muar untuk menjadi saksi utama kes langgar lari tersebut dan setibanya di sana terjadi sedikit ketegangan. Lisa juga diperkenalkan dengan ketua polis dan dua orang peguam terkenal. Akhir sekali pemandu kereta tersebut bersama rakannya.
     Lisa memerhatikan wajah mereka dengan satu pandangan yang agak tajam. Lisa berasa amat jijik apabila memandang muka mereka.
     Wajah mereka kelihatan menyesal. Namun bagi Lisa ia hanya sebuah lakonan.
     Seorang peguam merapati Lisa menyerahkan sesuatu kepada keluarga Lisa. Peguam itu mewakili pemandu tersebut. Ternyata pemandu tersebut berasal daripada golongan berada.
     “Pampasan in tidak lah seberapa, tapi kami harap cik terimanya”
      Apabila melihat nilai wang pampasan tersebut, ramai yang terkejut kerana nilai wang yang dikatakan tidak seberapa itu sudah cukup bagi orang seperti keluarga Lisa. Jumlah itu memerlukan waktu bertahun-tahun jika ingin dikumpulkan. Itu pun jika usaha yang  banyak dilakukan.
     “Sudilah kiranya saudari menandatangani surat ini” terdengar suara peguam sambil mengeluarkan sepucuk surat perjanjian kepada Lisa.
     Gadis itu menoleh dan menjeling wajah pemuda untuk sesaat dan kembali kepada peguam itu.
     “Adakah pemandu kereta itu bakal dibebaskan jika saya menandatangani dan menerima pampasan ini?” ditatapnya kembali surat itu dengan pandangan tidak berminat sama sekali.
     Sepi tiba-tiba.
     “Sebaiknya saudari membacanya terlebih dahulu. Wang pampasan yang diberikan tiada kaitan dengan hukuman yang akan dijatuhkan”
     “So, mereka tetap akan dihukum. Bukankah begitu?”
     “Ya, tepat sekali”
     Lisa akhirnya tersenyum dengan tiba-tiba. Tidak tahu apa makna di sebalik senyumannya itu. Hanya dia yang mengerti. Tangannya mula bergerak perlahan-lahan mengambil helaian surat itu untuk ditelitinya.
     Dengan wang pampasan sejumlah itu, Lisa boleh membiayai yuran pengajiannya yang tertunggak dan membolehkan Lisa mengurangkan beban yang ditanggung keluarganya.
     “Kalau begitu, hukumlah dia!” sambil menuding jari telunjuknya ke arah seorang pemuda. Seorang pemuda bernama Irwan.
     Suasana tegang kembali.
     Pegawai polis mahupun peguam yang berada di situ menjadi kelam kabut dan kekeliruan terjadi. Hal ini kerana Lisa bukan menuding jari kepada lelaki yang telah menyerah diri dan mengaku bersalah, akan tetapi kepada rakan di sebelahnya yang tampak lebih tampan darinya.
     Pemuda itu seakan gelisah itu kelihatan tidak dapat mengawal diri.
     “Maaf, saya tak suka difitnah sebegini ok”
     Petugas setempat berusaha mendiamkan pemuda tampan itu. Akhirnya pemuda itu duduk kembali dengan wajah kegusaran.
     “Adakah cik Lisa pasti?” tanya salah seorang pegawai polis itu. “ mungkin cik Lisa keliru mungkin?”
     “Kalau saya salah, bunuh lah saya!” jawabnya tegas.
     “Cik betul-betul yakin” terus bertanya untuk mendapatkan kepastian.
     Namun Lisa tak menjawab, tapi Lisa mengerling tajam ke arah polis itu kerana tidak mempercayai kata-katanya.
     “Sabar cik Lisa. Saya hanya menjalankan tugas. Ini hanyalah sebahagian daripada prosedur kami.”
     Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Lisa mengeluarkannya dari beg tangannya. Dilihatnya nama ayahnya terpapar di skrin telefon bimbitnya. Lisa memohon kebenaran mereka untuk menjawab panggilan itu.
     Seteguh dan sekuat mana pun seekor gajah pasti akan tumbang. Begitu juga manusia, tiada yang terkecuali dari takdir yang telah ditetapkan Allah. Dia lah yang menciptakan kita dan kepadanya lah tempat kita kembali.
     Tiada apa yang mampu diungkapkan…
     Tiada yang mampu diperkatakan. ..
     Tiada yang mampu dilakukan…
     Hanya derai tangisnya yang tiba-tiba dapat didengari. Air matanya tak mampu ditahan lagi. Tangannya digenggam kuat sambil dihentak-hentak ke pehanya.
     “Cik, Cik Lisa tak apa-apa ke?”
     Tiada respons yang diberikan.
     “Boleh saya tahu kenapa” pegawai polis itu bertanya kembali.
     “Ibuu…….” Tak mampu dia melengkapkan ayat tersebut.
     “Ibu saya dah tak ada tuan. Ayah saya kata ibu saya baru saje meninggal” genggaman tangannya semakin kuat.
      Serentak itu mereka yang berada di situ berasa simpati. “Ina lillah, saya turut bersimpati.”

Penat Menaip Oleh Unknown Tepat Jam 11:51 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: koleksi cerpenku

No comments:

Post a Comment

Salam Ukhuwah .
Terima Kasih Sudi Singgah .
Do Come Again . :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

nRelate - Posts and Homepage

About Me

Unknown
View my complete profile

Followers

senarai catatan

  • Pasal aq (15)
  • koleksi cerpenku (13)
  • lucu kah? (9)
  • Information & knowledge (5)
  • Puisi (5)
  • Mutiara Jiwa (3)
  • Tips kesihatan dan kehidupan (3)
  • Fakta ke Auta (1)
  • Ilmu Islam (1)

Chat Box

Blog Archive

  • ►  2011 (6)
    • ►  August (2)
    • ►  October (2)
    • ►  November (1)
    • ►  December (1)
  • ▼  2012 (32)
    • ►  January (1)
    • ►  March (3)
    • ►  April (3)
    • ▼  May (9)
      • Berbicara dari cermin yang retak... bagai ada ser...
      • Masih Ada Aku (puisi)
      • Angkara Semalam (CHAPTER 7)
      • Aku Ingin Punyai Ketulusan Seperti Matahari
      • Takkan Pernah Hilang Cinta Ini
      • Tambatan Cintaku
      • Peribahasa Inggeris (yeke?)
      • Pepatah Melayu Modern
      • Angkara Semalam CHAPTER 8 cecerpen
    • ►  June (1)
    • ►  July (5)
    • ►  August (1)
    • ►  September (1)
    • ►  October (6)
    • ►  November (1)
    • ►  December (1)
  • ►  2013 (7)
    • ►  January (2)
    • ►  April (1)
    • ►  May (1)
    • ►  June (1)
    • ►  July (1)
    • ►  October (1)
  • ►  2014 (5)
    • ►  August (4)
    • ►  November (1)
  • ►  2015 (5)
    • ►  January (2)
    • ►  June (1)
    • ►  July (1)
    • ►  August (1)
  • ►  2016 (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (1)
    • ►  June (1)


ButtonBeats.com
Manchester City
Theme images by dem10. Powered by Blogger.
ALL RIGHT RESERVE BELONGS TO REDHEART MASTERPIECE